Thank You, Mesra Mall



    
        Shiraz nak ucapkan thanks bnyk2 dkt Mesra Mall cuz choose me as a winner for Giveaway Year End.. Touching you

Asalnya, mmg Shiraz langsung tak memberikan sebarang harapan.. Langsung tidak. Sekadar suka-suka je untuk masuk.. Iyalah, bukan calang-calang GA ni... Shopping mall punya GA kut.. Mmg idakla harapannya.
Shiraz tengok pengumuman pemenang minggu pertama beberapa hari selepas disiarkan di wall page Mesra Mall. Kiranya, kalau Shiraz tak alert mmg sah-sah la melepas..cry teapot

3-4 kali jugak la Shiraz baca balik nama yang tentera tu kan..mana tahu kut la salah pandang.. Bila dah soheh menang tu apa lagi menjerit-jerit la kegembiraan.. Yay ya aku menang!!!!cheer3 onion head

Cepat-cepat lari bgtaw mama ngan abah ni... Macam menang hadiah besar..hehe..

    Dan selepas beberapa bulan menantikan keputusan penuh, akhirnya rezeki berpihak pada Shiraz... Alhamdulillah... Memang tak dijangka langsung. Menang Ipad yo!

Shiraz takde bodek akak-akak ke, adik-adik ke, abang-abang ke, bos-bos Mesra Mall erk.. Memang tak ada langsung! Shiraz terkilan jugak bila ada seorang peserta tu yang tak boleh menerima hakikat kekalahan diaorang dan tanya macam mana Shiraz boleh menang... Ada kenal orang dalam ke?... Tak de erk.. Shiraz tak kenal sapa2 dekat Mesra Mall tu.. confused onion head Shiraz menang pun nasib je kak oii.... Nasib sangat la tu kalau menang pun..

Mesra Mall, Giveaway, Menang, GA Year End, Mesra Mall Kemasik

Mesra Mall, Giveaway, Ipad, Winner, Win iPad, Mini ipad, GA Year End


Pupuskah Belas Kasihan?


   Al-fatihah buat adik Nur Syafiqah yang ditemui mati dalam keadaan tragis di sebuah rumah kosong di Paka.. Mayat kanak-kanak malang ini dijumpai oleh seorang pengawal keselamatan mendapat liputan meluas. Pada mula Shiraz terima gambar di WhatsApp terfikir sekejap betul ke di Paka? Betul ke cerita ni? Bila dah bertalu-talu mesej diterima, Shiraz akui memang ada.

Kejamnya si pelaku yang melakukan kerja terkutuk tersebut pada si kecil malah lebih kejam si ibu yang membiarkan si anak yang baru berusia 2 tahun diperlakukan begitu. Si ibu buat laporan palsu arwah Syafiqah dilarikan orang walhal dia sendiri terlibat dengan kehilangan anaknya itu. Semuanya gara-gara satu benda. D.A.D.A.H... Sebab dadah, mempengaruhi kewarasan si pelaku, si ibu dan sahabat yang membantu. Sebab dadah, pupus sudah belas kasihan pada si anak yang mungkin lemah longlai dek keletihan menjerit dan menangis kesakitan. Dan sebab dadah, hilang sudah kasih sayang seorang ibu yang bersusah payah mengandungkan si anak 9 bulan 10 hari dan membesarkan dalam tempoh 2 tahun itu.

Ramai yang kata "macam mana la diaorang boleh buat macam tu dekat seorang budak kecil?"  Memang diaorang boleh buat sebab diaorang dalam pengaruh dadah. Yang dia tahu cuma keseronokan dia sahaja. Tangisan kanak-kanak malang tersebut mungkin menjadi keseronokan pada si pelaku yang tidak berada dalam keadaan waras. Orang yang dikuasai syaitan. Diaorang cuma tahu teruskan menganiayai kanak-kanak malang tersebut. Sebab, kalau orang yang berada dalam keadaan waras jangan katakan nak pukul tengking sedikit mesti terhenti tatkala dengar suara si kanak-kanak menangis. Kalian akan cepat rasa simpati bila melihat anak ataupun adik kalian dimarahi lalu secara automatik kemarahan kalian akan hilang. Dalam keadaan tidak sedar kalian akan merangkul anak ataupun adik kalian yang menangis teresak-esak walaupun sebentar tadi kalian cukup marah dengan kedegilan dan kenakalannya..

Semua dah tahu kisah kematian kanak-kanak tersebut. Ditemui dalam keadaan reput, berlumuran darah, dan bengkak di kemaluan. Sungguh menyayat hati. Ramai yang tanya Shiraz simpan lagi ke gambar budak tu? Shiraz dah delete sebab tak sampai hati nak simpan. Gambar yang penuh keaiban itu Shiraz delete selepas mendapat tahu yang terlibat dalam kematian kanak-kanak ini ibu si mangsa. 

Ramai kawan-kawan satu sekolah kenal dengan ibu mangsa cuma Shiraz memang langsung tak dapat ingat yang mana satu. Adik-adik pun kenal. Shiraz je lah yang masih gelap gambar yang tak dapat nak imagine yang mana satu mak si mangsa ni... Lagipun kalau macam ni perangai si ibunya tak mengaku kawan pun tak apa... Tak ada benda nak dibanggakan.

Si ibu ni dah lama kematian orang tua. Duduk dengan adik beradik yang hampir kesemuanya ialah najis dadah. Dan Shiraz rasa ada hikmah di sebalik kematian kanak-kanak ini. Rupanya masih banyak penagih dadah di kawasan Paka tu... Kawasan tempat tinggal Shiraz. 

Al-fatihah buat adik Nursyafiqah Abdullah.

Kronologi Kes Kematian Nursyafiqah Adawiyyah Abdullah
Berikut adalah kronologi kematian seorang kanak-kanak perempuan berusia 2 tahun iaitu Nursyafiqah Adawiyyah Abdullah yang ditemui mati dipercayai dibunuh dalam sebuah rumah kosong di Taman Permint Fasa Dua Seberang Paka, Dungun Terengganu
gambar nursyafiqah abdullah budak umur 2 tahun mati diibunuh kronologi kes kematian nursyafiqah adawiyyah abdullah
KRONOLOGI KEMATIAN NURSYAFIQAH ADAWIYYAH ABDULLAH
17 Januari 2014: Nursyafiqah Abdullah dilaporkan hilang oleh ibunya dan laporan polis telah dibuat
Ibu mangsa Rabiatul Adawiyah Mamat berusia 28 tahun sebelum itu dilaporkan meninggalkan anaknya di dalam sebuah kereta yang tidak berkunci, untuk bertemu dengan rakannya di sebuah restoran di Kuala Paka.
Sejurus dia kembali ke keretanya, anaknya itu didapati hilang
21 Januari 2014: Seorang pengawal keselamatan telah menemui mayat seorang kanak-kanak perempuan berusia 2 tahun kira -kira jam 3.20 petang Selasa dalam keadaan mayat mangsa dipenuhi darah dan separuh bogel dengan pakaiannya tersingkap hingga ke paras dada
Penemuan juga berkaitan selepas pengawal keselamatan terbabit terhidu bau busuk yang datang dari sebuah rumah kosong di Taman Permint Fasa Dua Seberang Paka, Dungun Terengganu
22 Januari 2014: Media melaporkan, polis turut memburu individu pertama yang muat naik foto pembunuhan Nursyafiqah Abdullah di internet menerusi laman sosial
Ibu mangsa berusia 28 tahun sebelum ini dipercayai membuat laporan palsu iaitu pada Jumaat 17 Januari dan selepas siasatan lanjut dibuat oleh pihak polis empat suspek iaitu dua rakan suspek utama masing-masing berusia 25 tahun serta ibu mangsa dan teman lelaki wanita berkenaan diberkas di sekitar Paka
Kesemua yang ditahan itu merupakan penagih dan pengedar dadah
Jenazah arwah adik Nursyafikah selamat dikebumikan selepas solat Maghrib di Tanah Perkuburan Kampung Nibong, Paka
23 Januari 2014: Siasatan terus dijalankan dan polis percaya dapat menyelesaikan kes ini dengan tertangkapnya keempat-empat suspek bagi mengetahui motif sebenar kanak-kanak itu dibunuh dan menangkap pembunuhnya
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan  yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan
Hasil laporan bedah siasat ke atas mayat mangsa, tidak menemui sebarang kesan penderaan seksual sama ada dirogol atau diliwat
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K Manoharan bagaimanapun berkata, laporan itu belum dimuktamadkan
Beliau berkata, pihaknya kini menunggu pengesahan dan laporan konklusif mengenai punca kematian mangsa dari Bahagian Toksikologi, Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah