Sudah-Sudahlah

Photo: Jangan lupa, esok, sabtu jam 2 ptg di tv1

Assalamualaikum...

Terpaku sebentar Shiraz depan tv tengahari tadi menonton drama perpaduan yang jarang-jarang disiarkan di kaca televisyen. Drama Sudah-Sudahlah mungkin tidak sehebat drama cinta, romantik yang menjadi tatapan orang ramai tapi Shiraz percaya kalau siapa yang dapat menonton drama tu tadi pasti akan berganggapan seperti Shiraz, "TERBAEKKK!!!"

Ada yang tak faham eh tengok drama tu... Jangan dijadikan alasan sebenarnya sebab terang-terang drama tu siarkan subtitles... Shiraz kagum dan berbangga dengan pelakon yang berjaya membawa watak anak jati Besut dalam drama tu. Okay... Mungkin sebahagian dari drama tersebut adalah pelakon dan ahli dikir barat tapi sebenarnya susah untuk mempelajari dialek negeri Terengganu apatah lagi dialek orang Besut. Sebabnya Besut ni dah masuk sempadan Negeri Kelantan. Dialek diaorang bercampur dengan Kelantan dan Terengganu tapi bila dihayati drama tersebut ada keindahan dalam dialek itu..

Actually dalam drama ni ramai sangat pelakon yang Shiraz tak kenal... Pelakon baru (mungkin baru sebab ada yang Shiraz tak kenal) dan hebat jugak penangan watak diaorang. Kisahnya tentang sinikal politik zaman sekarang. Kisah orang lama yang tak dapat menerima kekalahan bertanding kerusi dengan orang baru.  Shiraz akui memang ada orang yang sebegini rupa.

Pak Nik Him merupakan bekas ketua koperasi di kampung tersebut (lupa nama kampung, sorry!) bertanding merebut kerusi jawatan Pengerusi Koperasi dengan anak muda yang inginkan perubahan, Faris (actually, Shiraz tak kenal dengan pelakon yang membawa watak Faris ni tapi jujurnya Shiraz kagum dengan watak beliau). Kekalahan pada anak muda itu memaksa Pak Nik Him bersama orang kuatnya, Pak Embong dan Bidi untuk melawan kembali merebut kerusi itu kembali. Pak Embong (pada dasarnya merupakan batu api pada Pak Nik Him) sentiasa memberi sokongan untuk Nik Him merebut kembali jawatan tersebut dengan alasan 'anak jantan' dan 'maruah lelaki'. Memang pada umumnya ada orang begini. Orang yang terlibat dengan politik walaupun tak sepenuhnya akan merasa tempias drama ni.

Akibat kekalahan tersebut, Nik Him merasakan dirinya dipulaukan dan angin cemburu pada Faris semakin menebal. Nik Him ni ada juga 'anginnya'.. Dia cuma nak orang dengar cakap dia dan dia angkuh untuk menerima kekalahan tersebut. Dia rasakan yang Faris tidak layak untuk memegang jawatan tersebut kerana baru setahun jagung. Sesetengah orang seperti Nik Him mungkin tak sedar yang ada sesetengah penduduk kampung ingin perubahan dan pemimpin muda untuk menguruskan koperasi tersebut.  

Watak Faris tidak juga kurang hebatnya. Walaupun orang kuatnya seakan menghasut beliau tapi Faris masih dalam pegangan yang betul. Dia cuma ingin melakukan perubahan. Apabila penduduk kampung tersebut mula tidak bertegur sapa, dia merasakan mungkin berpunca daripada pemilihan kerusi tersebut lalu cuba mengalah dengan memberikannya pada Pak Nik Him tapi orang tua tu 'bodoh sombong'.

Kalau nak diceritakan memang la banyak tapi sudah-sudahlah sampai di sini saja.. Akhirnya Pak Nik Him menyesal akibat perbuatannya itu apabila ada rumah tangga orang bergolak disebabkan sokongan pada ketua masing-masing akibatnya si anak terpaksa merayu pada Nik Him.. Jujurnya, babak tersebut sempat membuatkan Shiraz merasa sebak.. Iyalah, kalau dalam dunia realiti mungkin anak itu tidak berani berhadapan dengan Pak Nik Him dan menyalahkan orang tua tu.. Hakikatnya, ada keluarga yang berpecah belah akibat kepercayaan politik masing-masing.

Shiraz tak tahu ramai mana yang menonton drama dialek Besut ni tapi pada pendapat Shiraz, drama ini berjaya dengan jayanya. Dengan skrip yang cukup hebat, pelakon yang berjaya mengagumkan Shiraz dan krew penerbitan yang berjaya menghasilkan Sudah-Sudahlah. Shiraz dengan ini mengucapkan SEKALUNG TAHNIAH buat KalamAriff sebab berjaya menghasilkan drama perpaduan ni. Biasa kita cuma tahu drama dialek Penang, Perak, Negeri Sembilan... Jarang-jarang drama dari Besut, Negeri Terengganu. Tahniah buat pelakon-pelakon yang hebat Chekem, Wan Hanafi Su (Shiraz cukup kagum dengan lakonan beliau...), Z Zambrie, AsrulFaizal (tuan empunya diri yang memegang watak Faris), Kamarool Hj Yusoff, Yaya Ma'Embong (adik beradik Caca dan Emma Maembong ke), Norseha Lee, Adrea Abdullah...