Sabarlah Hati, Dayana Lokman...


Assalamualaikum....
    Kisah Ashraf Muslim berkahwin dua sebenarnya dah lama kecoh... Pernah Ashraf Muslim buat pengakuan yang itu semua hanya khabar angin. Dia dan Sakinah tiada apa-apa hubungan namun beberapa hari ini laman media penuh dengan sajak penuh kedukaan dari Dayana.. Memang betul lah Ashraf Muslim dah kahwin dengan Sakinah...
   
    Shiraz sedih dan hiba juga bila membaca sajak dari Dayana tu... Mana tak sedihnya, bukan mudah bagi seorang perempuan dan isteri yang terpaksa menerima hakikat bahawa suaminya berkahwin lagi hanya kerana beralasan kan dirinya belum melahirkan zuriat buat suaminya.. Baru 2 tahun kot kahwin... Ramai lagi yang bertahun-tahun kahwin belum dikurniakan zuriat.. Rasanya alasan Ashraf Muslim nak zuriat tu cuma alasan semata-mata...

   Payung emas??? Fikir secara logik memang la seronok bagi seorang isteri untuk dikurniakan payung emas di Syurga namun sesabar manakah kita nak dibandingkan dengan Isteri Nabi Muhammad, Siti Khadijah.. Sejujur manakah kita nak dibandingkan dengan beliau? Cakap memang la mudah tapi hati dan perasaan kita tidaklah sebati sebenarnya... Hari ini mungkin kita dalam keadaan berserah tapi esok lusa mungkin terdetik di hati betapa cemburunya kita melihat kemesraan mereka.. Hari ini kita mungkin tersenyum namun mungkin ada linangan airmata keesokannya.

  Shiraz fikir Dayana cuba tabahkan diri namun kekecewaan pasti tercalit jua apabila si Suami bertindak membelakangkan dirinya dan keluarga. Kalau Ashraf benar-benar jujur, beliau tidak akan bertindak menikahi Sakinah secara sorok-sorok.

   Kisah rumahtangga bukan perkara mudah untuk diselesaikan... Kita sekadar orang luar yang hanya memberi pendapat dan adakalanya cacian. Shiraz mendoakan yang terbaik buat Dayana sekurang-kurangnya biarlah kebenaran berada di pihak Dayana pabila Sakinah mengatakan Dayana merestui perkahwinan mereka sedangkan di pihak Dayana mengatakan tidak. Sabarlah Hati, Puan Dayana Lokman...

p/s: Shiraz respect pada si suami yang masih bersama isterinya walaupun belum dikurniakan zuriat. Jujurnya mereka pada cinta dan kesetiaan pada si isteri..