JS (Autumn Di Hatiku) bikin panas hati wanita Malaysia

ohartis-kim-jin-sung-autunm-dihatiku-1

Autumn Di Hatiku...

Sekarang ni semua pakat duk cerita pasal drama Autumn Di Hatiku erk..Nak-nak lagi pasal hero handsome dari Negara Korea tu... Kim Jin Sung... tak dinafikan la memang wajah dia ada dalam pasaran muka-muka orang kacak..hehe..

Nama Kim Jin Sung di Korea belum tahap popular lagi tapi mana tau lepas ni rezeki untuk beliau kan...

Tapi, hari ni Jin Sung a.k.a JS ni dah bikin hati anak-anak dara di Malaysia wave jap... Mana taknya, JS buat pengakuan yang dia sukakan kecantikan wanita Malaysia.... No plastic katanya...

Sebagai rakyat Malaysia, i'm proud to hear what your say la Jin Sung-ssi... not easily know foreigners want to give praise about the beauty of the people of Malaysia...So, lucky la rakyat Malaysia sekalian..

Katanya... kata si JS ni 
“Sebenarnya saya bukan tergolong di kalangan orang yang membuat pembedahan plastik untuk perubahan wajah seperti kebanyakan masyarakat di Korea. Saya lebih suka wajah yang asli kerana ia memberi daya tarikan yang tersendiri.
“Apabila datang ke Malaysia pada Mei lalu, saya terkejut ramai wanita di negara ini memiliki wajah yang cantik tanpa perlu mengubah muka dengan pembedahan. Perkara itu membuatkan saya sudah mula berkenan dengan wanita Malaysia. kalau boleh saya mahu mencari kekasih dari negara ini,” katanya.
Ayar terakhirnya nak cari kekasih dari negara ni.... waaa untung lagi tu.. kalau sebelum ni Jehan Miskin dapat kahwin wanita Korea mana tahu kali ni wanita Malaysia pulak dapat kahwin lelaki dari Korea kan...
Jadi, selamat la semua berangan wahai wanita Malaysia..hehe