Tahniah Wala, Juara Raja Lawak Musim Ke - 7


Assalamualaikum..

Tamat sudah Raja Lawak Musim ke 7 ni...  Sekalung tahniah diutujukan pada kumpulan Wala yang akhirnya menjuarai pertandingan tersebut.. 

Diakui malam ni Wala lebih terserlah berbanding peserta lain.. Suka dengan lawak kumpulan Wala ni lebih sempoi dan tulus lawaknya...

Pertandingan akhir malam ni menggabungkan 2 segmen... Bebas dan Muzikal bersama Artis Jemputan... Tak kisah la nk guna time Segmen Bebas ataupun Segmen Muzikal...

Segmen Bebas, Wala membawa Rahim R2 sebagai artis jemputannya... Segmen pertama ni Wan nampak nervous sket... Yang Lolop memang sempoi... Wala tak menggunakan sepenuhnya khidmat Rahim walaupun Rahim adalah artis jemputannya...

Shiraz harap kumpulan Wala akan terus success seperti JoZan, Nabil, Sepah, Kecik (actually  Kecik macam dah lost sangat kan...Diaorang pun best sebenarnya...),  Man (walaupun  bergelar Juara, Man tak segagah juara lain), dan Shiro... Wala kena amek semangat bekas-bekas Juara ni.. Okay, lupa Juara musim pertama bukan JoZan tapi Yus... Sorry!