GiveAway Contest Gila #4: 110 Juta Kenangan




Assalamualaikum..

Shiraz sebenarnya tertarik dengan GA Contest yang dibuat oleh Buasir Otak ni. Semua manusia akan mengalami sebuah kenangan sama ada pahit atau manis yang paling akan sukar dilupakan. Shiraz pun ada satu kenangan yang sampai sekarang masih melekat kukuh dalam ingatan Shiraz dan sampai sekarang pun Shiraz belum memaafkan orang yang buat aniaya tu. Satu kenangan yang Shiraz cuba untuk lupakan cuma sesekali terimbas. 

Buasir Otak ni ada bagi tiga soalan yang wajib dijawab.. So, bagi Shiraz jawab soalan2 tu dulu eh.. Ada kenangan pahit yang akan tersurat bagi soalan tersebut.

A. Pada usia berapakah yang anda paling suka sepanjang kehidupan anda? 

J: Pada usia 26 tahun bila Shiraz pertama kali dapat menjejakan kaki ke Tanah Haram, Mekah. Satu pengalaman yang sukar dilupakan. Sepanjang 2 minggu Shiraz berada di Mekah dan Madinah, pelbagai dugaan dan cabaran yang Shiraz tempuh kat sana. Kita tak akan menyangkakan akan berhadapan dengan pelbagai karenah manusia ketika di Masjidilharam, kita tak akan dapat lihat pelbagai ragam peniaga yang melarikan diri setiap kali pihak polis membuat rondaan, kita tak akan dapat rasai pengalaman kongsi makanan dengan para jemaah dari negara asing. Setiap kali berada di Masjidilharam sementara menantikan solat zohor, asar, maghrib mahupun isyak, ada jemaah dari negara India, Korean, Jepun, Africa dan macam-macam lagi yang menghulurkan makanan mereka untuk dikongsi.. Satu pengalaman yang paling indah dalam hidup Shiraz.
B. Apakah kenangan zaman silam (manis atau pahit) yang anda paling ingat sampai sekarang?

J: Kenangan pahit dalam hidup Shiraz yang sampai sekarang dilupakan sewaktu usia 18 tahun. Masa tu Shiraz masuk Tingkatan 6. Usia 18 bukanlah usia kanak-kanak mahupun budak2 sekolah. Usia seorang remaja yang matang sepatutnya tapi perkara tu tak ada pada seorang makhluk Allah ni. Makhluk Allah ni penyebab 2 kenangan pahit dalam hidup Shiraz dalam satu tahun Shiraz berada dekat situ. Bayangkan betapa sukarnya hidup Shiraz nak menempuh alam persekolahan pra-universiti tu.
Apa yang makhluk Allah tu lakukan? Yang pertama dia sorokkan beg sekolah Shiraz. Puas merata hala Shiraz mencari sampai tiba waktu pulang sekolah. Sampaikan dalam tong sampah Shiraz mencari tapi tak de seorang pun yang beritahu Shiraz dekat mana beg Shiraz berada. Disebabkan dah tiba waktu pulang, Shiraz buat report pada guru kelas Shiraz. Dengan seriusnya Shiraz beritahu yang Shiraz kehilangan beg tu tapi apa yang dia lakukan. Dia gelak besar dekat Shiraz. Seorang guru yang Shiraz hormati masa tu boleh gelakan Shiraz bila Shiraz dalam tekanan mencari beg sekolah. Siap sindir2 bagai. Kecewa punya pasal Shiraz patah balik ke kelas dan teruskan usaha mencari beg sekolah tu tapi tak jumpa. Tawakkal lah balik tanpa beg sekolah. Masa tu pelajar2 dah balik tinggal Shiraz sorang je.. Pakguard datang beritahu yang beg Shiraz ada dalam tandas. Shiraz ikut Pakguard tu ke tandas dan beg Shiraz berada di atas kotak putih tu.. (Apa namanya eh Shiraz lupalah..) Masa tu Shiraz nangis teresak2.. Pakguard tu yang pujuk Shiraz bawa bersabar. 

2 minggu lepas tu Shiraz terkena lagi. Ada orang tampalkan kertas dengan tulisan "AKU BODOH!!" dekat belakang baju Shiraz. Shiraz memang tak perasan masa tu sampai la Shiraz ke kantin. Ramai sangat orang perhatikan Shiraz sampai lah ada seorang budak lelaki tingkatan 4 masa tu datang cabut kertas tu kat tudung Shiraz. Makhluk Allah yang buat tu ketawa terbahak2 dekat meja makan. Memang bengang tahap gila sampai Shiraz tak sedar pun yang Shiraz amek mangkuk mee sup Shiraz buang atas lantai. Ada cikgu lelaki yang nampak dan panggil Shiraz bawa Shiraz jumpa Guru kelas Shiraz. Tapi, masa tu Shiraz tak pergi pun jumpa Guru tu.. Dan lepas 2 kejadian tu Shiraz memang malas yang amat nak ke sekolah. Asal pukul 11 Shiraz minta kebenaran pulang ke rumah. Walaupun masa tu adik Shiraz yang bersekolah sama dengan Shiraz malu sebab selalu kena panggil dengan Cikgu perihal Shiraz. Memang Shiraz tak cerita langsung pada siapa2 masa tu sampai la mama tanya kenapa asik ponteng sekolah.  Sejak peristiwa tu Shiraz tak maafkan cikgu yang bernama 'S' tu dan makhluk Allah yang bernama 'N' tu.. Shiraz tak maafkan sampai detik hari ni . Percaya atau tidak, Shiraz pernah tanyakan perkara ni pada ustaz yang bawa Shiraz ke Mekah walaupun Ustaz tu suruh Shiraz cuba maafkan diaorang tapi Shiraz tak mampu. Last Ustaz tu kata "kalau kebencian tu memalukan diri Shiraz ambilah sebanyak mana masa untuk memaafkan diaorang" dan Shiraz rasa memang banyak masa yang Shiraz ambil sebab sampai sekarang Shiraz tak maafkan diaorang walaupun dah beberapa kali bertembung dengan diaorang. Shiraz memang tak dapat maafkan diaorang dengan apa yang diaorang dah lakukan pada Shiraz. Shiraz tak tahu pada pandangan korang macam mana?
C. Kalau anda diberi pilihan untuk kembali ke zaman silam, ke zaman manakah yang anda mahu pergi dan apakah yang anda ingin perbetulkan atau ubah sekiranya ada?


J: Untuk memutarkan kembali ke masa silam memang mustahil kan tapi kalau diberi pilihan Shiraz nak kembali ke zaman Shiraz belajar di ASWARA. Shiraz rindukan suasana belajar dekat situ. Kawan2 yang saling tolong menolong. Shiraz tak nak perbetulkan apa-apa mahupun mengubahnya. Pengalaman berada di ASWARA buat Shiraz sedar sesuatu yang orang takkan tahu. Di situlah Shiraz mengenal erti 'kawan susah senang'. Shiraz rindukan zaman tu....