Cabaran Colgate Optic White



Assalamualaikum...


Pernah tak dalam hidup kalian, rakan ke atau ahli keluarga anda menegur "kuningnya gigi hang?" Apakah perasaan anda ketika ditegur sedemikian? Mesti sebal gile kan rasanya.. Dan terfikir "Aku gosok gigi la... Depa ni duk fikiaq aku ni tak gosok gigi ka?" Pernah mengalami???

Dan pernah tak kalian duk bergaya depan kamera dan bila nk update kat Instagram, FB, Twitter terserlah gigi kuning kalian.. Masa tu mula la mencari Adobe Photoshop or apa-apa software yang boleh buat fake pada gigi kita... Wowww putih berseri.. (Dalam gambar je la kan..)

Hmm mujurlah Colgate melancarkan produk terbarunya Optic White.. Putih la gigi hangpa like a Fazura.. Saya Suka!!!   Lepas ni tak de la orang tegur gigi kuning lagi.. Hehe takpun tak payah nak mengedit sangat gigi kita dalam AP.. hua hua hua...

Shiraz dah lama nak cari ubat gigi ni cuma tak berpeluang je plus ubat gigi yang sedia ada belum habis.. Huhu..Shiraz antara berjuta yang berjaya membeli Colgate Optic White ahad lalu.. Dengan perasaan gembiranya.. 

Dan memang tak sah kalau Shiraz tak membeli sekali dengan ubat kumurnya.. Dalam entri (Listerine or Colgate Plax) Shiraz sebelum ni pun Shiraz ada bercerita pasal ubat kumur ni. Memandangkan Optic White ni disediakan sekali dengan ubat kumur, so apa lagi rembat la kedua- duanya.. Nasibla rasanya tak pelik sangat.. Ooo bukan tu je sekali dengan berus gigi sebenarnya tapi yang berus gigi tu tak rembat la.. Mahal kot.. hehe..

Dalam masa tiga hari ni Shiraz gunakan dah nampak sikit hasilnya. Dah tak de nampak sangat karang gigi tu dan warna gigi pun dah berubah sedikit. Kata Fazura "hasilnya dalam 7 hari" so kena tunggu lagi 4 hari la..

Sedikit fakta tentang Colgate Optic White


  • Gigi lebih putih satu tona selepas satu minggu
  • Menentang kaviti
  • Melindungi enamel
  • Menanggalkan plak
  • Menyegarkan nafas