AssignJobs For Bloggers?

Assalamualaikum...

Seriusnya, Shiraz tak tahu pun pasal AssignJobs ni kecuali tadi masa blogwalking ternampak blog Kertas Merah duk cerita pasal AssignJobs ni..

Dah tu pulak nampak ramai orang Malaysia yang join mende alah ni so apa lagi meh la kita try together gether.. #ohmyenglish.

So kiranya, AssignJobs ni macam bekerja la cuma kerja secara online dan di rumah..pejabat pun boleh asal ada tenet..tak gitu gamaknya..

Apakah itu AssignJobs?

Dipendekkan cerita, Assignjobs ni adalah satu program yang membayar korang jika korang siapkan tugasan yang diberikan pada korang. Korang kena siapkan tugasan itu dalam tempoh yang diberikan. Dan kebanyakkan tugasan yang diberikan tersangatlah mudah belaka. Ada kerja cuma perlu copy dan paste aje, ada kerja kena LIKE kat facebook, ada kerja tulis review dan sebagainya.

Shiraz tak tahu berapa yang Shiraz dah dapat tapi kalau nanti ada la rezeki In sha Allah, Shiraz akan update balik...

p/s: Shiraz tahu dari blogger ni Ikhmal
p/s lagi: Dan juga blogger ni En Titan