Kembali Menaip

Assalamualaikum....

      Setelah sekian lama baru lah hari ni Shiraz berpeluang untuk kembali menghadap sepenuhnya blog yang sudah bersarang dengan anai-anai, dedebu tebal, dan segala jenis binatang peliharaan...Hehe... Overnya.  Shiraz terpaksa melupakan seketika blog kesayangan ni.. Rasanya orang pun tak berperasan yang kesepian pada blog ni. Shiraz bukanlah seorang blogger yang dikenali ramai, yang mempunyai pageview beratus ribu dalam masa sehari tapi cukuplah sekadar Shiraz melepaskan rasa isi hati yang kadang kala penuh duka, suka di dalam blog ni.. 

  Shiraz pun tak pasti nak tulis apa sebenarnya.. Tapi, banyak perkara yang berlaku sepanjang musim Pilihanraya Umum ke-13 yang lalu. Sebagai orang yang terlibat sepenuhnya dalam PRU 13 kali ni, banyak masa Shiraz dihabiskan berada di markas, habiskan masa bermesyuarat... Dan pengalaman tu sebenarnya agak menyeronokkan. Di situ Shiraz kembali mengenal pelbagai ragam manusia..

Dan pastinya kali ni dalam coretan blog Shiraz ni, Shiraz terpaksa dan memaksakan kalian semua untuk undur ke bulan yang lepas..Huhu... Tak kisah kan?

So, ini lah yang apa akan Shiraz paparkan.. Terima kasih pada yang sudi menjenguk walaupun hanya untuk beberapa saat...