Zaman Van Milo ♥


Assalamualaikum 

    Shiraz tak pasti zaman sekarang ni ada lagi tak van milo ni ataupun masih relevan ke budak-budak zaman sekarang nak kejar dan beratur panjang untuk mendapatkan air milo secawan kecik itu..  Tapi, kalau zaman-zaman Shiraz sekolah dulu nampak van milo ney memang agak eksaited la kan.. 

Tapi, macam biasa la walau eksaited macam mana sekali pun Shiraz antara puluhan manusia kecil yang jarang dapat minum air milo tu.. Sungguh! Kadang penat beratur panjang tiba-tiba cikgu datang "eh kat rumah awak tak minum milo ke?" Aiyaa cikgu, of course la minum cuma yang ney spesel sket...  "tak dek spesel-speselnya, awak dengan kawan-kawan sila naik ke atas.. Gaji bapak beribu-ribu ada hati nak menempek kat sini. Naik!"
Hamek kau langsung tak dapat la jawabnya. Memang tak dinafikan, masa tu Shiraz dengan beberapa orang rakan yang ayah kerja Petronas dan abah Shiraz keje Esso zaman tu memang tak diberi peluang langsung kecuali kalau ada kawan-kawan yang dapat tu bawa balik ke kelas.. Lagi untung klau anak cikgu.. Bekas air besar lagi diaorang tadah pastu share kat kawan-kawan dalam kelas... Tu kalau yang fikir kawan la kan.. Ada yang kekwat semacam dah la dapat isi satu bekas besar pastu simpan senyap dalam beg dia.. hehe..

Yang tu zaman Shiraz la... Zaman adik-adik yang millenium ney Shiraz berapa tahu sangat.