Update: Ribut Sonamu


Tolonglah..

Baca info yg btol. Berdasarkan apa yg sy baca, drpd keratan akhbar setiausaha majilis keselamatan negara hanya mengeluarkan amaran hujan lebat peringkat kuning akan berlaku, bukan amaran tsunami.. disebabkan angin kencang dan laut bergelora, hujan lebat akan berlaku dan akan mnyebabkan banjir dikawasan2 rendah..

Lagi pun, memang melalui penyelidikan cuaca kedudukan Sonamu sudah semakin dekat dengan Terengganu. Pada waktu ia mula-mula kelihatan, Sonamu dijangkakan akan bergerak terus menuju ke pantai timur Malaysia, tetapi keesokkanya kedudukan tersebut dijangka berubah ke Thailand. Mulai semalam pusat ramalan cuaca meramalkan Sonamu akan turun ke selatan laut China Selatan apabila ia sudah hampir dengan Malaysia. Walaupun Sonamu dijangka tidak akan menjejaki tanah air kita, Sonamu tetap akan membawa hujan lebat kerana sekarang ini ia bergerak dalam kelajuan 60-100km/h.

Saya mohon jasa baik sume org, jgn sebarkan apa yg tak pasti..jgn buat org panik..

p/s: Usah disebut2 perkara yg kita tidak ingini berlaku, bimbang akhirnya menjadi sebuah doa..

Kredit to Kelab penyokong terengganu peteh