Sorry, I Have To Block You

Have to Block You T-shirt

Assalamualaikum...

     Pernah tak dalam satu hari korang merasa meluat atau menyampah dengan seseorang yang terus-terusan mendesak korang walhal korang hanya mengenali dalam laman facebook, twitter atau google plus?
     Pernah tak korang rasa tertekan dengan tindakan dengan orang yang selalu mendesak tu?
     Dan kalau pernah apa yang korang akan lakukan? Apa tindakan korang?

Shiraz berada dalam keadaan begitu? Shiraz tak tahu adakah tindakan Shiraz tu betul atau tidak tapi Shiraz terpaksa melakukan perkara tu. So, Shiraz nak minta maaf dekat dua orang lelaki yang berjaya membuatkan Shiraz block korang. Maaf.. Shiraz bukan jenis yang nak melayan-layan korang sampai korang terlena.. Tu bukan Shiraz.. 

Shiraz tahu kisah silam korang amat menyedihkan tapi tak berjaya membuatkan hati Shiraz runtuh untuk terus percayakan korang. Shiraz dikelilingi dengan banyak kisah rumah tangga. Baik dari kawan sendiri mahupun komuniti yang berada di sekeliling Shiraz. Shiraz tak tahu sama ada kisah korang benar atau tidak tapi untuk kebaikan diri Shiraz rasanya cukup sampai sini je.. Terima kasih sebab ceritakan kisah-kisah sedih korang tu... Shiraz cuma anggap korang macam abah Shiraz. Shiraz hormat pakcik-pakcik sekalian dan atas dasar hormat tu, Shiraz ambil keputusan untuk block korang dan block korang daripada terus membuat panggilan kepada Shiraz. 

p/s: Thank you, Maxis sebab sudi membantu Shiraz. Susah nak bodek orang Maxis ni tapi Shiraz berjaya lakukannya. Thank you sangat2..