Sahara Memperlekehkan Wanita Islam


Assalamualaikum  

Jujurnya, Shiraz tak pernah sekali pun menonton drama Sahara ni. Nak-nak lagi kalau siar dekat Astro Prima sebab kebiasannya sesi petang tv tu di conquer oleh abah dengan Astro Awani dan Bernama tv. Jadi, memang tak dapat la nak tengok jalan ceritanya macam mana kan... 

Hari ni tiba-tiba rasanya di new feed facebook banyak pulak yang cerita pasal drama Sahara ni. Hebat sangat ke? Kalah ke drama Nur Kasih...gitu... Rupanya, kecoh sebab lain.. 

Kecohnya sebab drama ni memperlekehkan kaum wanita yang berpurdah. Katanya, dalam drama ni tak segan silu nak berpegang tangan, berpeluk dan sebagainya dengan wanita berpurdah tu.. So, ramai la yang nak buat bantahan pasal drama ni.

Pada  pandangan Shiraz memang wajar la drama ni dihentikan. Salah satunya sebab wanita yang berpurdah tu datangnya dari sekolah tahfiz. Dah lama mendalami agama islam ni takkan sebab seorang lelaki yang baru balik dari Amerika tu, iman wanita ni terus bergoyang. Dah tu pulak walaupun wanita tu bertudung tapi masih jelas nampak bentuk payudaranya sebabnya tudung yang perempuan tu pakai jenis yang melekat dekat tubuh. Memang patut la dihentikan...

Tak salah kalau nak buat drama yangg berunsurkan islamik ni... Drama  Nur Kasih pun berunsurkan islamik tapi tak berlaku kekecohan sebab pengarahnya pandai membawa kesan pada drama tu...Pengarahnya pun non-muslim. Malah drama Nur Kasih tu mendapat pelbagai pujian. Dan Shiraz dapat tahu drama Sahara ni pun non-muslim dan mungkin baru dalam dunia pengarahan. Baru nak berjinak-jinak dengan drama islamik.

Dan Shiraz rasa yang pelakon-pelakon dalam drama tu seperti orang bodoh yang langsung tiada suara untuk menentang kekhilafan dalam drama ni. Siapa setuju?


p/s: Saya Jatuh Cinta dengan watak Zul Ariffin dalam Debunga Lalang... (off topic)