Sahabat Makanan

Photo: Antara makanan yang perlu dijadikan sahabat (membantu mengawal/mengurangkan kolestrol) adalah :-

1. Teh - Minum teh setiap hari dalam jumlah yang wajar dapat mengurangkan risiko anda mendapat serangan jantung. Teh dapat mengelakkan masalah pembuluh darah tersumbat yang mengakibatkan jantung tidak dapat berfungsi dengan baik. 

2. Anggur – Buah yang kaya dengan zat catechin yang paling baik untuk menurunkan paras kolestrol dalam tubuh sesorang. 

 3. Minyak Zaitun – Memasak menggunakan minyak zaitun amat digalakkan kerana ia mempunyai campuran anti oksida yang mampu menyingkirkan kolestrol jahat keluar dari badan tanpa mengganggu kehadiran kolestrol jenis baik. Ia lebih sihat dan tidak perlu melalui proses pengolahan mahupun penambahan zat kimia. 

 4. Oat – Iklan di televisyen kerap-kali melaungkan kebaikan oat untuk kesihatan jantung. Ia mengandungi serat larut yang mampu melawan kehadiran kolestrol jahat. Ia juga dapat menurunkan jumlah penyerapan kolestrol dalam sistem pencernaan anda. 
 
 5. Ikan – Ikan kaya dengan asid lemak tidak tepu atau omega 3. Selain dapat menurunkan paras kolestrol dalam darah, asid ini juga mencegah terjadinya pengumpulan kepingan-kepingan darah yang menyebabkan pembuluh darah tersumbat. Mengikut saranan pakar, amalkan memakan ikan sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.
   
6.  Epal - Buah ini kaya dengan bahan anti oksida dan serat. Ia turut mempunyai vitamin C yang baik untuk kesihatan. Makanlah epal dengan kulitnya sekali untuk mendapatkan khasiat pektin iaitu sejenis serat larut yang berguna untuk menurunkan paras kolestrol  dalam darah.  
 
Sesekali makan lah makanan yang bebas kolestrol ini walaupun anda bukanlah sedang berdiet. Makanan seperti ini mampu membantu mencegah penyakit sekiranya kita rajin mengamalkannya. Ada apa-apa lagi makanan terbaik untuk mengawal kolestrol yang anda tahu. Jom kongsi sama-sama.

Antara makanan yang perlu dijadikan sahabat (membantu mengawal/mengurangkan kolestrol) adalah :-