Jozan Juara Maharaja Lawak Mega 2012

jozan maharajawa lawak mega 2012\

Tahniah buat Zizan dan Johan yang telah memenangi Maharaja Lawak Mega 2012. Walaupun kemenangan itu sudah dapat dijangkan, namun 2 minggu lalu Zizan agak tertekan bila sahabat karibnya, Johan tidak dapat ikut sama dalam maharaja lawak mega 2012. Kesian Zizan time tu... 

Tapi, malam ni Zizan dah macam dapat energy dia balik... Seronok sangat dia dapat menggabungkan tenaga dan ideanya bersama Johan.  Rezeki buat Johan yang baru lepas membuat pembedahan di lututnya dan rezeki anak yang akan dilahirkan tak lama lagi... Dan juga rezeki buat Zizan. Semua orang tahu tanpa Johan di sisi Zizan, boleh buat Zizan hilang fokus..

Tahniah buat abang berdua...



Tempat kedua dimenangi oleh Kumpulan Jambu yang nyatanya cuba menyaingi Jozan. Shiraz tak berapa minat dengan Kump. Jambu ni.. Lawak diaorang Shiraz boleh terima tapi yang Shiraz tak boleh terima ialah fan club Jambu.. Over sangat. Tau la awak-awak semua tu support Jambu tapi tak perlu lah menjerit-jerit membingitkan stadium. Kadang-kadang mende yang tak patut dijeritkan pun di buat juga.. Hilang fokus la nak tengok Jambu. Since dari Yus dan Tauke bergabung dan tetubuhnya fan club diaorang, Shiraz dah naik menyampah.  Apapun tahniah buat Jambu yang berjaya membawa pulang RM 250k.




Tempat ketiga dimenangi oleh Shiro.. Shiraz suka Shiro... Sangat!!! Persembahan Shiro malam ni sangat gempak cuma yang freestyle tu agak slow.. Tapi, bahagian yang musical memang seronok gile.. Tengok aksi Ajak yang menggedik dengan Shahrol.. Auww... Sumpah lawak gile!! Melihat Shiro yang berada di kedudukan ketiga atas, Shiraz rasa diaorang ada potensi untuk lebih menyerlah.. Tahniah Shiro..

Tempat Ke-4 dimenangi oleh Boboi dan tempat ke-5 Saywho.. Shiraz nak cakap pasal Saywho.. Shiraz betul2 salute dengan Saywho walaupun diaorang dari Indonesia tapi diaorang cukup alert dengan orang malaysia. Saywho boleh bercakap menggunakan dialek Kelantan, Terengganu, Negeri Sembilan... Satu perkembangan yang cukup bagus untuk Saywho. Dan Saywho antara orang yang rajin mention dan tweet Shiraz. Walaupun hanya sebaris ayat. Berbanding dengan artis-artis Malaysia yang agak lokek untuk membalas.. Kebiasaannya, setiap kali lepas persembahan MLM, Shiraz akan tweet diaorang.. Contohnya sebelum persembahan finale tadi... Tapi, dalam 5 kumpulan tu cuma Saywho je yang baik hati dan berbudi untuk membalas tweet Shiraz.. So, tak heran la kalau Shiraz berani cakap yang tak membazir pun duit Shiraz untuk mengundi diaorang.

Apapun, MLM 2012 tamat dengan gemilangnya... Tahniah daripada Shiraz...