Ibu kesal gambar pra perkahwinan Liyana dan tunang


Hati ibu mana yang tak sedih melihat gambar mesra anaknya yang masih belum sah menjadi suami isteri tersebar dan menjadi tontonan umum. Ditambah pula dengan kritikan yang diterima daripada orang ramai kerana gambar pra perkahwinan tersebut.
liyana jasmay

Ibu kepada Liyana Jasmay, Datin Habsah Simpon melahirkan rasa kesalnya terhadap penyebaran gambar-gambar pra perkahwinan anaknya memandangkan majlis perkahwinan mereka bakal berlangsung tidak lama lagi. Kata Datin Habsah kepada Sinar Harian:-
Saya dan keluarga kesal dengan apa yang berlaku. Perkara sebegini sepatutnya tidak berlaku ketika ini memandangkan majlis bakal berlangsung tidak lama lagi. Gambar itu sepatutnya tidak boleh dipaparkan kepada umum kerana perkara ini telah dijanjikan sejak awal lagi. Ia hanyalah untuk simpanan peribadi sahaja. Kami kesal dengan tindakan jurugambar berkenaan. Namun, tidak perlu diperkatakan lagi kerana ianya telah berlaku dan kami akui kesilapan itu.
liyanaShiraz say:  Malu la plak... Yang maknya pun satu kenapa before reveal tak advice sikit anak  dengan bakal menantu tu? Bukan ke biasanya, after shoot bakal pengantin akan tunjuk dekat parents ke? Tak tau la kalau Liyana Jasmay tak tunjuk kan sebab aksi terlebih romantik.