Cukup-cukuplah Penghinaan Itu.


TJ Bayu Meninggal Dunia

Assalamualaikum...

      Sedih dan kecewanya rasa hati bila Shiraz baca dekat forum yang tak henti-henti nak hina dan kutuk arwah Hafiz Untong a.k.a Tj Bayu. Cukup-cukuplah dengan apa yang korang katakan itu. Arwah mungkin tidak sempurna korang yang sangat pandai menilai orang lain kan. 

Arwah memang tersilap.. Ya, kesilapan besar arwah ialah merupai kaum hawa. Tak dinafikan perkara tu haram di sisi Allah swt. Perkara tu terjadi mungkin bukan kehendak arwah.  Tak perlulah ditambah dengan kata cacian dan hinaan tu. Kasihanilah arwah. Kasihanilah keluarga dia. 

Jadi, buat semua pembaca yang mengutuk dan menghina arwah tu, daripada korang lenguhkan jari-jemari korang dengan menghina arwah lebih baik dan afdal rasanya korang sedekahkan al-fatihah. Tak payah la hina-hina. Bagilah arwah damai kat sana. Kita tak de hak nak buat penilaian macam mana keadaan arwah masa kemalangan tu? arwah bertindik atau berpakaian wanita tu semua kekhilafan arwah. Maafkan je arwah kalau itu silapnya. Kita yang hidup ni terus sedekahkan al-fatihah.

p/s:kadang-kadang manusia lebih suka menilai perkara yang jelas nampak di luaran.