Bila Usia Muda Mengenal Erti Cinta.


Budak darjah 6 umo 12 tahun pm aku tanya soal cinta... aduhhh parak...

Bdk:Salam akak, boleh nak tanya sesuatu tak?

Aku: Apa?

Bdk: Mcm mn perasaan org jatuh cinta?

Aku: ZzZz (terfikir jap....bulat macam baca soalan..) Hmm umur adik brp erk?

Bdk: Hmm 12 taon..

Aku:Wowww sebaya dngn adik akak laa..

Bdk: Haah sekelas dengan Amy (she call my lil.sis Amy for Amelya Shamira)

Aku: Buat apa nak fikir pasal cinta ni... Kan nak UPSR... Fikir psl belajar la dik.. Membazir waktu je fikir psl mende2 tu...

Bdk: Akak tak pe la dapat adik macam Amy... Cerdik...

Aku: Amelya tu tak pandai mana pun... Kalau akk tak hari2 membebel, tak hari2 tepik suruh buat keje sekolah takdenya dia nak buat.. Padan ke hadap cerita korea je.. At least bila akk suruh dia buat.. Ada jugak dia ulangkaji... Cerdik ke bodoh ke bukan kelebihan orang la... Usaha kita sendiri tau.. Adik tu baru darjah 6... Nk UPSR, lps tu PMR...oo tak PMR dihapuskan, nak SPM...pokok pangkalnya exam.. Akak yang umur 27 tahun ni pun malas nak fikir psl cinta dik.. Memeningkan kepala, menyesakkan fikiran.. Kalau ada alhamdulillah, kalau kata nak terhegeh2 tu tak la... Malas nak fikir.. 

Bdk: Saya cuma tanya macam mana perasaan org jatuh cinta bukannya suruh bebel...

Aku: Ewahhh sedapnya bahasa... Awak tu kalau tak sebaya dngn adik akk tak ingin la nak bebel... Sbb akak fikir awak tu sebaya dengan adik akak la akak kena nasihat tau.. 

Bdk: Dah Amy pun ada boyfriend jugak...

Aku: Siapa? I know her la dik... Dia tu wpun umur 12 thn tapi macam budak 8 tahun tau.. Dia tak pandai cakap2 psl cinta ni.. Try la cakap psl Tara, psl Running Man, Heroes tu dia pandai... Dia tu klu sebut psl period pun mengamuk sakan ni kan nak cakap psl cinta.. Don't make me laugh la... Dah sekarang ni jujurnya, jatuh cinta memang seronok tapi jatuh ditimpa tangga lagi seronok.. Daripada awak tu duk merapu tanya soal cinta baik pergi ambil buku buat latihan... 

Bdk: Benci akak... Lain orang tanya lain jawapan..

Aku: Padan muka.. Siapa suruh tanya akak... Akak bukan jenis batu api la nak bagi hati awak tu ada bunga2 cinta.. Sorry erk.. Setakat nak benci akak? Ada akak heran ke? Tak heran langsung dik.. Tak jejas kan hidup akak pun... 

Lepas tu terus block aku... Dah macam mana? Kita nasihat dia marahkan kita pulak.. Darjah 6 kot... Huhh...

Cikgu Wan NorainiWan Noni Wan AbdullahNoor Fadzillah Abd RahmanHasina Mohd Lazim... Tolong la brainwash budak2 ni sikit.. UPSR tu wpun bunyinya lambat lagi pejam celik pejam celik dah sampai... Shiraz tak kisah kalau adik-adik Shiraz tu letih hari2 ada kelas, kelas siang ke kelas malam ke... Bagi keje sekolah 4-5 helai muka surat pun tak pe.. ada jugak diaorang hadap buku daripada duduk tanya soal cinta.. Kak Hasina rasanya before start kelas kena bagi kaunseling 5-6 minit... Bagi diaorang sedar sikit... Ke guana?