Bahana Batu Api


Assalamualaikum...

Batu Api??? Semua tahu makna di sebalik peribahasa Batu Api.. Batu Api yang membawa maksud seseorang yang suka melaga-lagakan orang. Seseorang yang boleh membuatkan orang lain berpecah belah. Orang yang kebiasaannya menjadi batu api ni berbahaya. Kerana mulut dia, habis orang boleh bergaduh, bermasam muka dan salah faham. Orang yang ada sikap batu api ni kebiasaannya jenis yang mudah cemburu, dengki,  dan dengki. Manusia jenis yang batu api ni tak boleh tengok orang lebih dari dia pastu mula la nak sok-sek sana-sini.

Shiraz paling rimas dengan orang yang bersikap batu api ni. Habis dalam kain luar kain dia duk jaja. Dekat si A dia cerita macam ni, dekat si B dia cerita macam tu, dekat si C di berbelit-belit campur cerita si A dan B, pastu mula la nak terkantoi. Bila dah terkantoi mula la mengasingkan diri.

Kalau dikumpul satu-persatu ceritanya boleh dijadikan bahan bacaan. Kadang-kadang sampai orang yang baru menetap di kawasan yang sama pun naik rimas. Mana tidaknya, belum sempat nak berkenalan dan bermesra, si Batu Api dah bagi macam-macam cerita buruk pasal orang lain. Kalau ikutkan rasa marah dan benci, mahu je rasanya kami pulaukan orang yang batu api ni tapi iya la buat apa kan. Jaja la cerita kuih kitaorang buat keras ke, tak sedap ke akhirnya suruh kitaorang buat jugak kan. Cakap la perkara-perkara buruk sekalipun, kena ingat nanti jiran-jiran sebelah rumah juga yang nak datang tolong. So, buat apa nak cerita buruk-buruk, nak jaja cerita kitaorang. 

Jadi, betul la orang kata manusia yang bersikap batu api ni tak sesuai dijadikan kawan. Sebab tu rasanya Shiraz tak boleh pergi jauh dengan orang yang macam ni. Depan kita je buat baik belakang macam-macam cerita di sampaikan sampaikan kawan-kawan Shiraz merata tempat tahu. Bila disiasat rupanya ada si polan yang datang menyampai cerita. 

Sudah-sudahlah jadi batu api ni. Tak bawa faedah langsung. Tak menjejaskan kitaorang pun sebenarnya. Cerita la banyak mana pun kebenarannya tetap ada pada kitaorang. Awak duk sok-sek sana-sini, kitaorang masih lagi boleh berbual mesra, duduk semeja sambil minum kopi cicah biskut kering. Tak meninggalkan kesan pun. Yang meninggalkan kesannya pada diri awak sendiri nanti. Jangan salahkan kami jika suatu hari nanti tak de siapa nak ambil peduli..