Agoda, Asia Room & Booking


Assalamualaikum...

Kalau siapa-siapa yang rajin bercuti atau terasa ingin bercuti pasti korang pernah terpandang atau terlihat atau terkilas dan macam-macam atau la kan... Rajin banner  advisement  menempek dekat mana-mana website kan.. Kadang-kadang korang pasti rasa serabut kan.. 

Kali ni Shiraz nak share sikit pasal ketiga-tiga hotel reservation  ni. Bagi korang yang tak pernah menempah hotel menggunakan internet pasti korang akan rasa was-was kan. Macam tu Shiraz rasa mula-mula nak tempah hotel ke Johor Bharu. Pernah tak korang call mula-mula operator pass dkt department 1 pastu pass pulak yang ke dua and bla bla bla. Rasa macam nak penampar orang kan masa tu. Mana tak dengan bil  telefon kita pastu menghabiskan masa mendengar background music. Lepas tu suruh call lagi 2-3 minit bila kita call  perkara yang sama berulang kan. Tiba-tiba front desk reservation tanya "booking pakai Agoda ke atau Asia Room?"  Gelabah la kita kan.. Apa mende tu? 

Masa tu la baru Shiraz tau rupanya kita kena tempah dekat mana-mana web dulu. First time Shiraz menggunakan agoda.com. Apa yang perlu korang lakukan?

Dekat sebelah kiri ada kotak dengan tulisan biru " TAWARAN HOTEL TERBAIK HARI INI." Dekat bawah ada tulis "ke mana anda ingin pergi?" Isikan daftar masuk, malam, daftar keluar.

Contoh:


Selepas tu korang tekan cari akan keluar senarai hotel-hotel yang tersedia. Katakanla korang mahukan di Tune Hotel Danga Bay. Dekat situ, korang akan dapat lihat segala macam kemudahan yang disediakan oleh pihak hotel. Ada gambar bilik, lobi, tandas dan ruang rehat. Anda klik di bahagian bilik yang korang inginkan. Isikan semua maklumat dan klik pada teruskan. Keluar satu kotak no pin pendaftaran. Ambil no pin tu dan emailkan pada pihak hotel. Pihak hotel akan bagi feeback pendaftran selesai.


Dan Selesai. Mudah kan.

Seterunya ialah AsiaRoom. Kalau siapa-siapa pengguna iphone boleh dowload dkt app store. Cara nak daftar pun hampir sama dengan agoda.com. Cuma, untuk Asia Room lambat sikit untuk dapat feedback email mungkin dalam 24 hours or 48 hours. So, jangan la gabra kalau email yang korang nantikan tu masih tak diterima. Cara isi borang daftar pun sama dengan agoda.com.

Dan yang terakhir ialah Booking.com. Berbeza dengan AsiaRoom dan agoda.com, tempahan menggunakan Booking.com lebih mudah. Korang tak perlu isi no kad kredit. Selepas isi borang buat panggilan kepada Booking.com dan nyatakan no pin yang diberikan pada page Booking.com. Lepas tu siap!

Apa yang perlu korang lakukan dekat sini selepas membuat tempahan menggunakan salah satu page yang diberikan, sila hantar email or faxs no pin pada pihak hotel. Ini untuk memudahkan pihak hotel check sama ada tempahan sudah dibuat atau belum.

Yang kedua, jangan sesekali biarkan no kad kredit korang dilihat oleh orang lain. Nanti tak pasal-pasal every month bill card credit korang meningkat. Sekurang-kurangnya isi la masa orang lain tak berada di sisi korang.

Dan yang terakhir ialah kalau korang rasa yang agoda.com, AsiaRoom ataupun Booking.com tidak menerima tempahan korang in case diaorang nak memanipulasi korang ke, prints la segala isi maklumat yang korang dah buat tu and emailkan pada diaorang. Kalau korang jenis yang tak segan untuk berbual macam Shiraz, teruskan membuat panggilan pada diaorang dan tanya apa no pin korang. Kalau dia minta no ic dan email and bagi no pin tu maksudnya diaorang dah terima la..

So, kerja mudahkan daripada korang terus menunggu dan menunggu untuk dilayan oleh pihak hotel. Shiraz rasa lebih mudah mengisi daripada menelefon. Selamat mencuba!