Sahara Memperlekehkan Wanita Islam


Assalamualaikum  

Jujurnya, Shiraz tak pernah sekali pun menonton drama Sahara ni. Nak-nak lagi kalau siar dekat Astro Prima sebab kebiasannya sesi petang tv tu di conquer oleh abah dengan Astro Awani dan Bernama tv. Jadi, memang tak dapat la nak tengok jalan ceritanya macam mana kan... 

Hari ni tiba-tiba rasanya di new feed facebook banyak pulak yang cerita pasal drama Sahara ni. Hebat sangat ke? Kalah ke drama Nur Kasih...gitu... Rupanya, kecoh sebab lain.. 

Kecohnya sebab drama ni memperlekehkan kaum wanita yang berpurdah. Katanya, dalam drama ni tak segan silu nak berpegang tangan, berpeluk dan sebagainya dengan wanita berpurdah tu.. So, ramai la yang nak buat bantahan pasal drama ni.

Pada  pandangan Shiraz memang wajar la drama ni dihentikan. Salah satunya sebab wanita yang berpurdah tu datangnya dari sekolah tahfiz. Dah lama mendalami agama islam ni takkan sebab seorang lelaki yang baru balik dari Amerika tu, iman wanita ni terus bergoyang. Dah tu pulak walaupun wanita tu bertudung tapi masih jelas nampak bentuk payudaranya sebabnya tudung yang perempuan tu pakai jenis yang melekat dekat tubuh. Memang patut la dihentikan...

Tak salah kalau nak buat drama yangg berunsurkan islamik ni... Drama  Nur Kasih pun berunsurkan islamik tapi tak berlaku kekecohan sebab pengarahnya pandai membawa kesan pada drama tu...Pengarahnya pun non-muslim. Malah drama Nur Kasih tu mendapat pelbagai pujian. Dan Shiraz dapat tahu drama Sahara ni pun non-muslim dan mungkin baru dalam dunia pengarahan. Baru nak berjinak-jinak dengan drama islamik.

Dan Shiraz rasa yang pelakon-pelakon dalam drama tu seperti orang bodoh yang langsung tiada suara untuk menentang kekhilafan dalam drama ni. Siapa setuju?


p/s: Saya Jatuh Cinta dengan watak Zul Ariffin dalam Debunga Lalang... (off topic)

Saiful Nang Jelaskan Isu Gambar Pra Perkahwinan Liyana Jasmay



Betul ke makcik? Atau kerana saya tidak beri hak ekslusif gambar kepada wartawan Berita Harian kegemaran makcik?
Kalau makcik malu kerana gambar itu untuk tontonan peribadi, mengapa pula Makcik sekeluarga minta saya berikan foto itu kepada BH untuk siaran ekslusif hari Ahad 20 Januari 2013?
Takkan tersebar di internet tak boleh, tapi masuk paper pegang-pegang tak kisah pula? Adakah kerana makcik rasa bingit baca komen yang semuanya panas mendidih menghentam anak sendiri?
Bilakah masa kita persetujui tentang apa yang makcik katakan itu? Saya tidak pernah diberitahu & tidak pernah bersetuju tentang hak ekslusif B-Pop.
Tentang gambar pra-perkahwinan yang tersebar dan disebarkan. Saya bukanlah selebriti, kata-kata saya bukanlah suratkhabar lalu nak ambil untuk kilas perkara ini. Maka saya gunakanlah facebook untuk memberi penerangan ini.
BIAR SAYA CERITA DARI MULA…
Saya ingin mudahkan ceritanya. Kurang 3 hari dari 14 Januari (tarikh pra-perkahwinan) itu, Izuan Mokhtar yang menguruskan wedding LJ menguhubungi saya dan bertanya jika berminat untuk penajaan fotografi. Setelah melihat jadual saya nyatakan saya akan ke Mekah pada tarikh itu.
Walaubagaimanapun beliau menyatakan tentang sessi pra perkahwinan dan saya jawap yang itu boleh dijalankan kerana masih sempat untuk dilakukan. Semuanya melalui telefon dan Izuan sendiri berkata akan meminta Liyana sendiri menghubungi saya tetapi hingga ke hari pengambaran masih tiada panggilan (Izuan tidak beri nombor Liyana kepada saya).
Kami satu pasukan CandidSyndrome pergi ke sana dengan call time pada jam 9 pagi. Kami tiba tepat pada masanya di Hyatt Kuantan. Tetapi Liyana hanya tiba jam 1 petang dengan alasan yang dinyatakan oleh Izuan Mokhtar kerana “overslept”. Beliau sampai tanpa kesal dan tanpa maaf terus sahaja berlalu. Pengambaran dilakukan bermula jam 5 petang.
Mungkin umum kenal gaya CandidSyndrome yang tidak mengambil foto pra-perkahwinan yang intim. Disebabkan terlalu penat menunggu dan semua pra-visual yang kami sediakan tidak boleh digunakan disebabkan kesuntukan masa yang hanya membenarkan pengambaran dilakukan hanya disekitar kawasan hotel sahaja, maka kami hanya mengambar mengikut flow dengan kurang intervensi dalam pengaturan gaya.
Apa mereka pose kami shoot. Kerja kami hanya mendapatkan detik yang terbaik. Itu juga adalah permintaan LJ sendiri kerana Fathuddin digambarkan orang yang sangat pemalu untuk posing. Ia melanggar prinsip saya sebab itu saya sendiri tidak publish foto-foto intim mereka itu di facebook saya (pernah cuba sekali, terus kena hentam. Saya pun remove terus untuk jaga airmuka LJ dan keluarga juga tidak mau cacatkan prinsip saya sendiri)
Sehingga habis pengambaran, TIADA TERMS & CONDITION kami yang mereka setujui dan tiada T&C mereka yang telah diberitahu kepada kami. Malah semua email perhubungan saya dengan pihak mereka melalui Izuan Mokhtar juga terus dengan LJ juga tidak pernah dibalas. Kami di CandidSyndrome International memang mengamalkan sistem semuanya perlu dituliskan agar tidak menjadi kekeliruan pada masa mendatang. \
Tetapi mereka tidak respon dan masa juga semakin singkat. Mudah kata, semua tu berlaku macam kawan-kawan pergi shoot sama-sama. Tak ada apa-apa yang mereka mahu jadikannya saksi bertulis walaupun sekadar email.
Hak foto adalah milik fotografer (selagi tidak dipindah hak dengan pembayaran atau klausa tertentu yang dipersetuji secara bertulis dan berbukti) dan hak penerbitan masih pada muka mereka. Bermakna, kami berkongsi hak kerana kami menaja. Maka kami tidak setuju dengan hak ekslusif yang diberi kepada BH TANPA ADA PENGATURAN ROI (Return of Investment).
Kami minta kepada BH menerusi wartawannya Jaydee (Zaidi) untuk memberikan kami beberapa artikel kepada syarikat kami, tetapi beliau tidak mengendahkan langsung email itu sehingga hari dateline. Pada hari dateline beliau cuba kacau saya untuk dapatkan foto-foto itu dari saya dan apabila tak dapat, habis semua mak, ayah, liyana, kakak liyana, izuan semuanya dihubungi.
Saya berdiri tetap dengan pendirian saya, dah lah saya hanya boleh ambil untuk pra-perkahwinan sahaja dan semasa perkahwinan mereka saya sudah ada urusan satu lagi perkahwinan yang akan berlangsung di Mekah. Jika mereka pada mulanya suka akan foto-foto yang kami ambil, kemudiannya mereka mahukan hak foto itu sehingga kami tinggal tiada apa-apa yang boleh diharap untuk membalas semula penajaan itu.
Begini mudahnya, bila semua foto nak diberi kepada BH secara EKSLUSIF dan tiada yang lain boleh dapat DAN BH tidak mahu memberikan kami publisiti, di manakah mahu kami perolehi pulangan penajaan?
Pada 17 Januari lalu saya menghubungi seorang Penolong Editor di sebuah akhbar lain yang kemudiannya terus mengatakan “Yes, kami akan berikan publisiti kepada anda, lebih dari yang anda minta” jika kami bekerjasama dengan mereka untuk foto-foto itu. Ikutkan ranking akhbar, saya lebih suka pilihan ini.
Sepanjang perkahwinan selebriti yang kami buat sebelum ini dari Ning Baizura, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar, Awal & Scha dan lain-lain semuanya berurusan secara yang mudah. Kami ambil foto, dan wartawan yang mahu akan hubungi kami dan kami respon dalam masa kurang 4 jam mereka dah dapat foto yang diminta.
Dalam masa yang sama kami juga dapat publisiti yang diminta. Tahu tahulah, fotografer dan video ni biasa mana sebut sangat dalam kredit pun. Kalau Wedding planner dapat 3 perenggan, designer dapat 2 perenggan, juruseolek pun dapat 1 perenggan, kami-kami ni biasa dapat kredit kecil yang satu ayat seperti “fotografi dijalankan oleh candidsydrom” (siap salah eja lagi selalunya).
Pada malam yang sama, 17 Januari, Izuan menelefon saya dan menyampaikan satu pesanan yang saya anggap angkuh yang kurang lebih berbunyi
“Kalau susah sangat berurusan dengan Saiful Nang dan CandidSyndrome ni, tanya dia berapa fees dia haritu, kita bayar sahaja…senang cerita”
Lalu saya jawap kepada Izuan, “Jangan ingat duit boleh beli hormat. Jangan cakap tentang duit dengan saya kerana saya tahu mereka bukan dalam golongan pelanggan saya”.
Izuan tetap mahukannya lalu saya mengarahkan pejabat saya, Azman Salikin untuk membuat sebutharga seperti biasa. Pada keesokannya 18 Januari Izuan menelefon saya dan menyatakan
“Liyana kata sampai sini sahaja, dan kami tak berhajat untuk teruskan dengan CandidSyndrome dengan HARGA YANG RIDICULOUS”.
Saya senyum dan saya katakan kepada Izuan, bukankah saya dah beritahu Liyana bukan dalam kalangan pelanggan saya (Saiful Nang) kerana khidmat Saiful Nang tak sama dengan team CandidSyndrome. Jika seharian pengambaran dengan saya dengan caj RM12,000 dikatakan ridiculous, saya hanya ulang kata kepada Izuan “Saya dah kata, jangan main soal duit dengan saya, saya tahu siapa pelanggan saya dan saya pilih pelanggan juga. Saya pernah tolak tawaran kerja puluhan ribu ringgit dari jutawan ternama yang tidak pandai hormat kami sebagai manusia, maka jangan sekali-kali main harga diri kami dengan harga dalam ringgit”.
Hari berikutnya, Izuan menghubungi saya semula, katanya kalau saya nak publish semua itu hak saya tapi semuanya sampai di sini sahaja. Kerana foto itu juga akan digunakan oleh BH. Akhirnya BH dapat juga jadi yang PERTAMA publish foto itu. Menanglah sudah perjuangan Jaydee yang berjaya memporakperandakan hubungan yang awalnya baik, kerja kami juga mereka sukai. HANYA KERANA KAMI TIDAK MAHU MEMBERIKAN HAK EKSLUSIF KEPADA BH SAHAJA (kerana kami tidak diberitahu sebelum pengambaran tentang itu dan juga BH tidak mahu memberikan pulangan publisiti kepada kami) HABIS SEMUA yang awalnya elok dan hujungnya bengkok.
Kecoh dengan perkara itu, saya tanyakan kepada Izuan MENGAPAKAH LIYANA DAN KELUARGANYA TIDAK PERNAH MAHU MENELEFON SAYA?
Diberi kepada saya gambaran dari Izuan, mereka ini telahpun mempercayai semua yang Wartawan Hiburan BH, Si Jaydee itu katakan. Maka semua hasil buat kami masuk longkang tanpa saya mampu menyatakan cerita ini LANGSUNG kepada Liyana. Hingga hari ini pun saya tidak mahu bercerita kepada umum tentang ini, tetapi apabila Makcik dah mula bagi statement, saya pun bagilah juga statement ni.
Manalah tidak sentap, mereka lari dari berhubung dengan saya. Minta no telefon dari Izuan pun tak dapat. Macammana masalah kecil macam ni boleh diselesaikan dengan cara pengantara. Jadinya macam sekarang ni lah, masalah tak selesai tapi dah mula kecoh belakang-belakang.
Takkan kerana hangit orang hentam anak pegang-pegang dalam pra-perkahwinan jadi isu besar pasal masuk dalam blog tapi dalam newspaper boleh pun.
Kepada newspaper, blogger hiburan silalah ambil cerita ini kalau sudi ye. Saya ini bukan artis glamor, kalau saya bersuarapun bukannya orang nak pandang. Tapi kalau anda pandang, saya suka dengan anda kerana terbukti anda memberikan LAPORAN TELUS.
Kepada Izuan, anda seorang yang sangat professional. Saya selesa bekerja bersama Izuan. Cuma saya yakin Izuan juga ada masalah kerana beliau menerima arahan dari RAMAAAAIIIII BOSS di belakangnya.
Saya minta keluarga Liyana tidak teruskan melatah dan sila jangan jawap lagi isu ini. Saya pelawa untuk telefon saya kerana saya tak boleh telefon anda. Selesaikan cara baik, pasti ada jalan.



Ibu kesal gambar pra perkahwinan Liyana dan tunang


Hati ibu mana yang tak sedih melihat gambar mesra anaknya yang masih belum sah menjadi suami isteri tersebar dan menjadi tontonan umum. Ditambah pula dengan kritikan yang diterima daripada orang ramai kerana gambar pra perkahwinan tersebut.
liyana jasmay

Ibu kepada Liyana Jasmay, Datin Habsah Simpon melahirkan rasa kesalnya terhadap penyebaran gambar-gambar pra perkahwinan anaknya memandangkan majlis perkahwinan mereka bakal berlangsung tidak lama lagi. Kata Datin Habsah kepada Sinar Harian:-
Saya dan keluarga kesal dengan apa yang berlaku. Perkara sebegini sepatutnya tidak berlaku ketika ini memandangkan majlis bakal berlangsung tidak lama lagi. Gambar itu sepatutnya tidak boleh dipaparkan kepada umum kerana perkara ini telah dijanjikan sejak awal lagi. Ia hanyalah untuk simpanan peribadi sahaja. Kami kesal dengan tindakan jurugambar berkenaan. Namun, tidak perlu diperkatakan lagi kerana ianya telah berlaku dan kami akui kesilapan itu.
liyanaShiraz say:  Malu la plak... Yang maknya pun satu kenapa before reveal tak advice sikit anak  dengan bakal menantu tu? Bukan ke biasanya, after shoot bakal pengantin akan tunjuk dekat parents ke? Tak tau la kalau Liyana Jasmay tak tunjuk kan sebab aksi terlebih romantik.

Bila Usia Muda Mengenal Erti Cinta.


Budak darjah 6 umo 12 tahun pm aku tanya soal cinta... aduhhh parak...

Bdk:Salam akak, boleh nak tanya sesuatu tak?

Aku: Apa?

Bdk: Mcm mn perasaan org jatuh cinta?

Aku: ZzZz (terfikir jap....bulat macam baca soalan..) Hmm umur adik brp erk?

Bdk: Hmm 12 taon..

Aku:Wowww sebaya dngn adik akak laa..

Bdk: Haah sekelas dengan Amy (she call my lil.sis Amy for Amelya Shamira)

Aku: Buat apa nak fikir pasal cinta ni... Kan nak UPSR... Fikir psl belajar la dik.. Membazir waktu je fikir psl mende2 tu...

Bdk: Akak tak pe la dapat adik macam Amy... Cerdik...

Aku: Amelya tu tak pandai mana pun... Kalau akk tak hari2 membebel, tak hari2 tepik suruh buat keje sekolah takdenya dia nak buat.. Padan ke hadap cerita korea je.. At least bila akk suruh dia buat.. Ada jugak dia ulangkaji... Cerdik ke bodoh ke bukan kelebihan orang la... Usaha kita sendiri tau.. Adik tu baru darjah 6... Nk UPSR, lps tu PMR...oo tak PMR dihapuskan, nak SPM...pokok pangkalnya exam.. Akak yang umur 27 tahun ni pun malas nak fikir psl cinta dik.. Memeningkan kepala, menyesakkan fikiran.. Kalau ada alhamdulillah, kalau kata nak terhegeh2 tu tak la... Malas nak fikir.. 

Bdk: Saya cuma tanya macam mana perasaan org jatuh cinta bukannya suruh bebel...

Aku: Ewahhh sedapnya bahasa... Awak tu kalau tak sebaya dngn adik akk tak ingin la nak bebel... Sbb akak fikir awak tu sebaya dengan adik akak la akak kena nasihat tau.. 

Bdk: Dah Amy pun ada boyfriend jugak...

Aku: Siapa? I know her la dik... Dia tu wpun umur 12 thn tapi macam budak 8 tahun tau.. Dia tak pandai cakap2 psl cinta ni.. Try la cakap psl Tara, psl Running Man, Heroes tu dia pandai... Dia tu klu sebut psl period pun mengamuk sakan ni kan nak cakap psl cinta.. Don't make me laugh la... Dah sekarang ni jujurnya, jatuh cinta memang seronok tapi jatuh ditimpa tangga lagi seronok.. Daripada awak tu duk merapu tanya soal cinta baik pergi ambil buku buat latihan... 

Bdk: Benci akak... Lain orang tanya lain jawapan..

Aku: Padan muka.. Siapa suruh tanya akak... Akak bukan jenis batu api la nak bagi hati awak tu ada bunga2 cinta.. Sorry erk.. Setakat nak benci akak? Ada akak heran ke? Tak heran langsung dik.. Tak jejas kan hidup akak pun... 

Lepas tu terus block aku... Dah macam mana? Kita nasihat dia marahkan kita pulak.. Darjah 6 kot... Huhh...

Cikgu Wan NorainiWan Noni Wan AbdullahNoor Fadzillah Abd RahmanHasina Mohd Lazim... Tolong la brainwash budak2 ni sikit.. UPSR tu wpun bunyinya lambat lagi pejam celik pejam celik dah sampai... Shiraz tak kisah kalau adik-adik Shiraz tu letih hari2 ada kelas, kelas siang ke kelas malam ke... Bagi keje sekolah 4-5 helai muka surat pun tak pe.. ada jugak diaorang hadap buku daripada duduk tanya soal cinta.. Kak Hasina rasanya before start kelas kena bagi kaunseling 5-6 minit... Bagi diaorang sedar sikit... Ke guana?


Pra-Stock Catalyst Product.





Pra-Stock Catalyst Product.

>>>VCO Softgel & Liquid
>>>Collagen
>>>Femmevita

Call or sms - 0129576412 or pm me..

#10 tempahan terawal ada extra.. Grab it now


Gambar Pra-Perkahwinan Liyana Jasmay


Hanya tinggal lebih kurang 2 minggu sahaja lagi majlis pernikahan antara Liyana Jasmay dan Fathuddin akan berlangsung.
Gambar-gambar pra perkahwinan ini telah dirakamkan di Hyatt Regency Kuantan Resort pada hari Isnin minggu lepas.
Memang tempatnya sangat cantik dan sesuai untuk photoshoot sebegini.
Gambar-gambar pra perkahwinan Liyana Jasmay dan Fathuddin telah diambil oleh CandidSyndrome.
Semuanya cantik-cantik! Layankan….
2
3
4
5
6
7
8
9

credit to:mynewshub

Sorry, I Have To Block You

Have to Block You T-shirt

Assalamualaikum...

     Pernah tak dalam satu hari korang merasa meluat atau menyampah dengan seseorang yang terus-terusan mendesak korang walhal korang hanya mengenali dalam laman facebook, twitter atau google plus?
     Pernah tak korang rasa tertekan dengan tindakan dengan orang yang selalu mendesak tu?
     Dan kalau pernah apa yang korang akan lakukan? Apa tindakan korang?

Shiraz berada dalam keadaan begitu? Shiraz tak tahu adakah tindakan Shiraz tu betul atau tidak tapi Shiraz terpaksa melakukan perkara tu. So, Shiraz nak minta maaf dekat dua orang lelaki yang berjaya membuatkan Shiraz block korang. Maaf.. Shiraz bukan jenis yang nak melayan-layan korang sampai korang terlena.. Tu bukan Shiraz.. 

Shiraz tahu kisah silam korang amat menyedihkan tapi tak berjaya membuatkan hati Shiraz runtuh untuk terus percayakan korang. Shiraz dikelilingi dengan banyak kisah rumah tangga. Baik dari kawan sendiri mahupun komuniti yang berada di sekeliling Shiraz. Shiraz tak tahu sama ada kisah korang benar atau tidak tapi untuk kebaikan diri Shiraz rasanya cukup sampai sini je.. Terima kasih sebab ceritakan kisah-kisah sedih korang tu... Shiraz cuma anggap korang macam abah Shiraz. Shiraz hormat pakcik-pakcik sekalian dan atas dasar hormat tu, Shiraz ambil keputusan untuk block korang dan block korang daripada terus membuat panggilan kepada Shiraz. 

p/s: Thank you, Maxis sebab sudi membantu Shiraz. Susah nak bodek orang Maxis ni tapi Shiraz berjaya lakukannya. Thank you sangat2..

Jozan Juara Maharaja Lawak Mega 2012

jozan maharajawa lawak mega 2012\

Tahniah buat Zizan dan Johan yang telah memenangi Maharaja Lawak Mega 2012. Walaupun kemenangan itu sudah dapat dijangkan, namun 2 minggu lalu Zizan agak tertekan bila sahabat karibnya, Johan tidak dapat ikut sama dalam maharaja lawak mega 2012. Kesian Zizan time tu... 

Tapi, malam ni Zizan dah macam dapat energy dia balik... Seronok sangat dia dapat menggabungkan tenaga dan ideanya bersama Johan.  Rezeki buat Johan yang baru lepas membuat pembedahan di lututnya dan rezeki anak yang akan dilahirkan tak lama lagi... Dan juga rezeki buat Zizan. Semua orang tahu tanpa Johan di sisi Zizan, boleh buat Zizan hilang fokus..

Tahniah buat abang berdua...



Tempat kedua dimenangi oleh Kumpulan Jambu yang nyatanya cuba menyaingi Jozan. Shiraz tak berapa minat dengan Kump. Jambu ni.. Lawak diaorang Shiraz boleh terima tapi yang Shiraz tak boleh terima ialah fan club Jambu.. Over sangat. Tau la awak-awak semua tu support Jambu tapi tak perlu lah menjerit-jerit membingitkan stadium. Kadang-kadang mende yang tak patut dijeritkan pun di buat juga.. Hilang fokus la nak tengok Jambu. Since dari Yus dan Tauke bergabung dan tetubuhnya fan club diaorang, Shiraz dah naik menyampah.  Apapun tahniah buat Jambu yang berjaya membawa pulang RM 250k.




Tempat ketiga dimenangi oleh Shiro.. Shiraz suka Shiro... Sangat!!! Persembahan Shiro malam ni sangat gempak cuma yang freestyle tu agak slow.. Tapi, bahagian yang musical memang seronok gile.. Tengok aksi Ajak yang menggedik dengan Shahrol.. Auww... Sumpah lawak gile!! Melihat Shiro yang berada di kedudukan ketiga atas, Shiraz rasa diaorang ada potensi untuk lebih menyerlah.. Tahniah Shiro..

Tempat Ke-4 dimenangi oleh Boboi dan tempat ke-5 Saywho.. Shiraz nak cakap pasal Saywho.. Shiraz betul2 salute dengan Saywho walaupun diaorang dari Indonesia tapi diaorang cukup alert dengan orang malaysia. Saywho boleh bercakap menggunakan dialek Kelantan, Terengganu, Negeri Sembilan... Satu perkembangan yang cukup bagus untuk Saywho. Dan Saywho antara orang yang rajin mention dan tweet Shiraz. Walaupun hanya sebaris ayat. Berbanding dengan artis-artis Malaysia yang agak lokek untuk membalas.. Kebiasaannya, setiap kali lepas persembahan MLM, Shiraz akan tweet diaorang.. Contohnya sebelum persembahan finale tadi... Tapi, dalam 5 kumpulan tu cuma Saywho je yang baik hati dan berbudi untuk membalas tweet Shiraz.. So, tak heran la kalau Shiraz berani cakap yang tak membazir pun duit Shiraz untuk mengundi diaorang.

Apapun, MLM 2012 tamat dengan gemilangnya... Tahniah daripada Shiraz...

PENUTUPAN / PELENCONGAN JALAN SEMPENA ACARA KAYUHAN BERBASIKAL OCBC 2013


Sempena Acara Kayuhan Berbasikal OCBC 2013 yang akan diadakan pada 19 dan 20 Januari 2012 (Sabtu & Ahad) ini, beberapa jalan sekitar Kuala Lumpur akan ditutup/dilencongkan secara berperingkat bagi memastikan kelancaran acara. Jalan-jalan yang terlibat adalah seperti berikut:

19 Jan 2013 (Sabtu)
Penutupan / pelencongan bermula jam 12.00 tengahari hingga 8.00 malam. Jalan-jalan yang terlibat:

- Jalan hadapan KLCC
- Jalan Ampang (Hadapan KLCC)
- Jalan P. Ramlee
- Jalan Pinang

20 Jan 2013 (Ahad)
Penutupan / pelencongan bermula pada jam 5.00 pagi hingga 11.00 pagi. Jalan-jalan terlibat:

- Jalan hadapan KLCC
- Jalan Pinang
- Jalan P. Ramlee
- Jalan Jalan Raja Chulan
- Jalan Tun Perak
- Bulatan Dato Onn
- Jalan Parlimen
- Jalan Sultan Salahuddin
- Jalan Tun Ismail
- Jalan Putra
- Jalan Raja Laut
- Jalan Ipoh
- Jalan Kuching
- Jalan Sultan Ismail
- Jalan T.A Rahman
- Jalan Dang Wangi
- Jalan Ampang
- Jalan P.Ramlee

Pengambilan VCO terhadap Ibu Mengandung dan Bersalin

CATALYST VCO (Virgin coconut Oil) ~ utk ibu hamil, menyusu, dalam pantang

Ibu mengandung, Ibu menyusu (BF), sedang berpantang boleh makan ke?
Ade side effect tak?

Jawapannya BOLEH. Tiada side effect untuk kandungan, kesihatan dan juga bayi.
VCO adalah 100 % dari minyak kelapa dara Gred A.
VCO merupakan MILK BOOSTER juga :)

... Sewaktu mengandung :
VCO akan membekalkan tenaga, membuat kita kelihatan lebih ceria dan insyallah memudahkan bersalin (pengambilan minyak kelapa merupakan antara petua untuk memudahkan proses kelahiran).
VCO juga boleh mengelakkan jaundice kepada baby. Masalah perut berbelang atau strechmark dapat dikurangkan atau lebih baik lagi jika anda sapukan seperti bio oil(VCO sangat berbaloi sebab dapat makan dan sapu). Piilihan yg sangat bijak.

Sewaktu menyusukan (BF) :
Makan VCO seperti biasa. Baby akan mendapat khasiat VCO dalam masa yang sama untuk kulit yang putih bersih. Sapukan VCO untuk rambut baby supaya cepat tumbuh. Kandungan asid laurik dalam VCO sangat baik untuk mencegah virus dan bakteria untuk menyerang ibu dan anak.

Semasa Dalam Pantang :
Juga amalkan VCO seperti biasa, Tiada pantang/bentan. Jadikan VCO sebagai makanan tambahan anda setiap hari. Badan akan sentiasa bertenaga untuk menjaga anak kecil dan yang penting kulit sentiasa lembab dan tidak kering.
Anda juga boleh ambil Collagen Catalyst sewaktu menyusukan dan dalam tempoh berpantang. Tiada masalah.


Sahabat Makanan


Photo: Antara makanan yang perlu dijadikan sahabat (membantu mengawal/mengurangkan kolestrol) adalah :-

1. Teh - Minum teh setiap hari dalam jumlah yang wajar dapat mengurangkan risiko anda mendapat serangan jantung. Teh dapat mengelakkan masalah pembuluh darah tersumbat yang mengakibatkan jantung tidak dapat berfungsi dengan baik. 

 
2. Anggur – Buah yang kaya dengan zat catechin yang paling baik untuk menurunkan paras kolestrol dalam tubuh sesorang. 

 3. Minyak Zaitun – Memasak menggunakan minyak zaitun amat digalakkan kerana ia mempunyai campuran anti oksida yang mampu menyingkirkan kolestrol jahat keluar dari badan tanpa mengganggu kehadiran kolestrol jenis baik. Ia lebih sihat dan tidak perlu melalui proses pengolahan mahupun penambahan zat kimia. 

 4. Oat – Iklan di televisyen kerap-kali melaungkan kebaikan oat untuk kesihatan jantung. Ia mengandungi serat larut yang mampu melawan kehadiran kolestrol jahat. Ia juga dapat menurunkan jumlah penyerapan kolestrol dalam sistem pencernaan anda. 
 

 5. Ikan – Ikan kaya dengan asid lemak tidak tepu atau omega 3. Selain dapat menurunkan paras kolestrol dalam darah, asid ini juga mencegah terjadinya pengumpulan kepingan-kepingan darah yang menyebabkan pembuluh darah tersumbat. Mengikut saranan pakar, amalkan memakan ikan sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.
   

6.  Epal - Buah ini kaya dengan bahan anti oksida dan serat. Ia turut mempunyai vitamin C yang baik untuk kesihatan. Makanlah epal dengan kulitnya sekali untuk mendapatkan khasiat pektin iaitu sejenis serat larut yang berguna untuk menurunkan paras kolestrol  dalam darah.  
 

Sesekali makan lah makanan yang bebas kolestrol ini walaupun anda bukanlah sedang berdiet. Makanan seperti ini mampu membantu mencegah penyakit sekiranya kita rajin mengamalkannya. Ada apa-apa lagi makanan terbaik untuk mengawal kolestrol yang anda tahu. Jom kongsi sama-sama.

Antara makanan yang perlu dijadikan sahabat (membantu mengawal/mengurangkan kolestrol) adalah :-

1. Teh - Minum teh setiap hari dalam jumlah yang wajar dapat mengurangkan risiko anda mendapat serangan jantung. Teh dapat mengelakkan masalah pembuluh darah tersumbat yang mengakibatkan jantung tidak dapat berfungsi dengan baik.


2. Anggur – Buah yang kaya dengan zat catechin yang paling baik untuk menurunkan paras kolestrol dalam tubuh sesorang.

3. Minyak Zaitun – Memasak menggunakan minyak zaitun amat digalakkan kerana ia mempunyai campuran anti oksida yang mampu menyingkirkan kolestrol jahat keluar dari badan tanpa mengganggu kehadiran kolestrol jenis baik. Ia lebih sihat dan tidak perlu melalui proses pengolahan mahupun penambahan zat kimia.

4. Oat – Iklan di televisyen kerap-kali melaungkan kebaikan oat untuk kesihatan jantung. Ia mengandungi serat larut yang mampu melawan kehadiran kolestrol jahat. Ia juga dapat menurunkan jumlah penyerapan kolestrol dalam sistem pencernaan anda.


5. Ikan – Ikan kaya dengan asid lemak tidak tepu atau omega 3. Selain dapat menurunkan paras kolestrol dalam darah, asid ini juga mencegah terjadinya pengumpulan kepingan-kepingan darah yang menyebabkan pembuluh darah tersumbat. Mengikut saranan pakar, amalkan memakan ikan sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.


6. Epal - Buah ini kaya dengan bahan anti oksida dan serat. Ia turut mempunyai vitamin C yang baik untuk kesihatan. Makanlah epal dengan kulitnya sekali untuk mendapatkan khasiat pektin iaitu sejenis serat larut yang berguna untuk menurunkan paras kolestrol dalam darah.


Sesekali makan lah makanan yang bebas kolestrol ini walaupun anda bukanlah sedang berdiet. Makanan seperti ini mampu membantu mencegah penyakit sekiranya kita rajin mengamalkannya. Ada apa-apa lagi makanan terbaik untuk mengawal kolestrol yang anda tahu. Jom kongsi sama-sama.

KESAN JANGKA PANJANG PENGAMBILAN MINYAK KELAPA DARA PADA TUBUH (VCO CATALYST)


Photo: KESAN JANGKA PANJANG PENGAMBILAN MINYAK KELAPA DARA PADA TUBUH (VCO CATALYST)
♥ Mengurangkan kadar kolestrol – ia sendiri tidak mengandungi kolesterol. Oleh itu ia adalah alternatif terbaik bagi minyak-minyak lain yang mengandungi kandungan kolesterol yang tinggi
♥ Mengawal kencing manis - pankrease lebih efisien mengeluarkan insulin sementara sel bekerja lebih cekap mengambil gula darah keperluannya.
♥ Mengatasi masalah penyakit degeneratif dan masalah usia umur lanjut - anti oksida semulajadi dalam minyak kelapa dara adalah penghambat pembentukan radikal bebas .
♥ Tidak meningkatkan paras kelekitan platelet dalam darah – mengatasi pembentukan plak pada pembuluh darah yang menjadi antara faktor punca serangan jantung.
♥ Tubuh lebih tahan serangan penyakit kerana memiliki agen anti virus, anti bakteria, anti fungus dan anti protozoa.
♥ Mendapatkan kembali keanjalan, kelembutan kulit – ia mempercepat pergantian sel-sel kulit yang mati dengan sel yang baru, selain melindungi dari sinaran ultra violet.
♥ Pertumbuhan rambut lebih baik dan kelemumur akan hilang – sel rambut akan mendapat tenaga dan zat yang mencukupi untuk pertumbuhan maksima.
♥ Terhindar dari gejala alahan – minyak kelapa dara bertindak sebagai agen anti histamine.
♥ Mengelakkan risiko sakit kanser – minyak kelapa dara memusnahkan sebarang kehadiran organisma pathogen. Dengan itu sel darah putih mampu bertindak secara maksima memusnahkan sel kanser, kerana ia tidak terbeban menghadapi organisma pathogen.
♥ Keadaan berdengkur akan hilang – kerana saluran pernafasan dan anak tekak akan kembali anjal dan elastik hasil kewujudan sel-sel baru padanya.
♥ Sebgai sumber makanan, sumber tenaga dan sumber kesihatan


♥ Mengurangkan kadar kolestrol – ia sendiri tidak mengandungi kolesterol. Oleh itu ia adalah alternatif terbaik bagi minyak-minyak lain yang mengandungi kandungan kolesterol yang tinggi
♥ Mengawal kencing manis - pankrease lebih efisien mengeluarkan insulin sementara sel bekerja lebih cekap mengambil gula darah keperluannya.
♥ Mengatasi masalah penyakit degeneratif dan masalah usia umur lanjut - anti oksida semulajadi dalam minyak kelapa dara adalah penghambat pembentukan radikal bebas .
♥ Tidak meningkatkan paras kelekitan platelet dalam darah – mengatasi pembentukan plak pada pembuluh darah yang menjadi antara faktor punca serangan jantung.
♥ Tubuh lebih tahan serangan penyakit kerana memiliki agen anti virus, anti bakteria, anti fungus dan anti protozoa.
♥ Mendapatkan kembali keanjalan, kelembutan kulit – ia mempercepat pergantian sel-sel kulit yang mati dengan sel yang baru, selain melindungi dari sinaran ultra violet.
♥ Pertumbuhan rambut lebih baik dan kelemumur akan hilang – sel rambut akan mendapat tenaga dan zat yang mencukupi untuk pertumbuhan maksima.
♥ Terhindar dari gejala alahan – minyak kelapa dara bertindak sebagai agen anti histamine.
♥ Mengelakkan risiko sakit kanser – minyak kelapa dara memusnahkan sebarang kehadiran organisma pathogen. Dengan itu sel darah putih mampu bertindak secara maksima memusnahkan sel kanser, kerana ia tidak terbeban menghadapi organisma pathogen.
♥ Keadaan berdengkur akan hilang – kerana saluran pernafasan dan anak tekak akan kembali anjal dan elastik hasil kewujudan sel-sel baru padanya.
♥ Sebagai sumber makanan, sumber tenaga dan sumber kesihatan

VCO memberi sinar


Good NEWS kepada yg menantikan cahaya mata sekian lama..

semalm dpt berita dari kwn bisnes Vco Catalyst KU. ada customer dia disahkan HAMIL!!! seriesly!!!

Beliau dah mempunyai seorang cahaya mata tapi amik masa yg lama utk dpt ank yg ke 2..so beliau amalkan VCO CATALYST sebelum pregnant & niatkan dlm hati mkn VCO utk dptkan anak, dgn kuasa Allah beliau disahkan mengandung baru2 ni!!

so sape2 yg nak tahu details bole pm tinggalkan no hp anda & sy akn contact 
Good NEWS kepada yg menantikan cahaya mata sekian lama..

semalm dpt berita dari kwn bisnes @[100003834785406:2048:Vco Catalyst KU]. ada customer dia disahkan HAMIL!!! seriesly!!!

Beliau dah mempunyai seorang cahaya mata tapi amik masa yg lama utk dpt ank yg ke 2..so beliau amalkan VCO CATALYST sebelum pregnant & niatkan dlm hati mkn VCO utk dptkan anak, dgn kuasa Allah beliau disahkan mengandung baru2 ni!!

so sape2 yg nak tahu details bole pm tinggalkan no hp anda & sy akn contact @ watsapp me 0195273918





Transformasi Dato' Siti Nurhaliza

Assalamualaikum

Tahniah buat Dato Siti Nurhaliza yang telah berjaya melakukan satu lagi transformasi dalam hidup beliau..
Kalau siapa-siapa masih ingat, selepas Dato Siti pulang dari menunaikan haji ramai yang marah dengan beliau sebab pemakaian tudung beliau. 

Masa tu ramai yang hentam Dato Siti.. Tapi, sekarang ni selepas menyambut kelahiran yang ke 34 Dato Siti melakukan perubahan pemakaian tudung ke sepenuhnya. Sumpah cantik nak habaq kat hangpa semua ni.

So, buat Dato' Siti Nurhaliza... Tahniah!!!


#04 Siti Nurhaliza Bertudung Penuh Untuk Imej Baru - ROTIKAYA



#06 Siti Nurhaliza Bertudung Penuh Untuk Imej Baru - ROTIKAYA



#01 Siti Nurhaliza Bertudung Penuh Untuk Imej Baru - ROTIKAYA


#02 Siti Nurhaliza Bertudung Penuh Untuk Imej Baru - ROTIKAYA


#03 Siti Nurhaliza Bertudung Penuh Untuk Imej Baru - ROTIKAYA

#07 Siti Nurhaliza Bertudung Penuh Untuk Imej Baru - ROTIKAYA