BINI MATYO BUKAN BODOH! BUKAN BODOH! BUKAN BODOH!


Semalam ada tiga berita buruk buat Malaysia; 1) Pelatih PLKN dibunuh. 2) Budak 17 tahun bunuh polis dan 3) Bini Matyo Tak Bodoh. Malaysia harus berkabung!

Mari kita raikan kemenangan Pak guard Azman Md Nayan kerana berjaya menyerlahkan kebodohan bini Matyo. Resam dunia hari ini, orang suka membanggakan diri dan merasakan betul segala tindak tanduknya. betul pada hak dan fikirannya sahaja tanpa mempedulikan hak orang lain. Dalam kes video bini Matyo ni saya pun heran mulanya, kenapa dia muat naik video ini sedangkan ia memperlihatkan kebodohan dan kebongkakannya. Bila tenung dalam-dalam, saya tahu bahawa ini contoh jenis penyakit hari ini. Penyakit bongkak dan bangga diri, rasa betul, yakin betul, pasti cerdik, yakin itulah tindakan terbaik. Maka kejadian yang dirakam oleh bini Matyo dan dimuat naik ke laman sosial adalah dengan harapan, dia akan dijulang sebagai manusia yang menegakkan hak dan menyerlahkan keberaniannya melawan peraturan. Tahniah bini Matyo, kecekapan awak merakam dan memuat naik, telah membuka mata kami bahawa salah satu ciri-ciri isteri pemain bola yang handal adalah MESTI BONGKAK!

kreatif betul orang yang buat ni. Ia beri signal bahawa
orang kita cepat bereaksi
Sekali lagi mari kita tepuk tangan dan bersorak atas kecekapan bini Matyo ini. Bini Matyo telah berjaya memperlihatkan sisi baik Matyo sebagai suami kerana berjaya melatih bininya menjadi sangat berani dan menegakkan keadilan. Ya lah sebelum ini pun, bini dia juga yang marahkan Annuar Musa. Hebat! Hebat! Jadi bila Matyo terpaku dan diam memerhati cara isterinya bertelagah dengan pak guard sambil mengeluarkan kata-kata hina nista kepada seorang yang lebih tua, yang rendah pekerjaannya, yang cuba melaksanakan tugasnya, yang cukup sabar melayan kerenahnya, yang dihina oleh wanita muda, yang digelar dayus, yang digelar bodoh- Matyo hanya diam tanpa menegur tingkah isterinya. Jadi syabas untuk Matyo kerana berjaya menjadi seorang suami yang pendiam, sabar dan merasa OK melihat bininya begitu. Syabas Matyo!

Hari ini, surat khabar jadikan kisah ini sebagai tajuk berita utama. Sukalah bini Matyo sebab dia akan popular. Dari orang tak mahu tahu kisahnya kini dia jadi carian popular di google. Tapi orang tak taiplah namanya, orang taip carian 'bini matyo'. Saya harap bini apek jangan buat kerja macam ini. Mungkin bini Matyo rasa dia sudah berada dalam kelompok berbeza, sangat eksklusif, tak boleh ditegur, status Matyo hari ini adalah kebanggaannya. Bukan senang nak capai, hanya berbekalkan kaki suami dia sudah mampu berkereta mewah dan jinjing beg mahal. Kalau di United Kingdom, bini Matyo tentu dah masuk kelompok WAG. Tahu tak apa itu WAG? Maksudnya Wife And Girlfriend pemain bolasepak Liga Inggeris. Bezanya, WAG di sana memang kelas, dan berpendapatan jutaan ringgit. Tapi kalau setakat bini Matyo - diludah Victoria Beckham saja. HaiitttPuiihh!

Kasih isteri membawa ke syurga?
Abang Azman Mat Nayan pun jadi hero ekoran kejadian itu. Tahniah bang, abang adalah cerminan Melayu.
 Sabar dan sedar  tetapi pantang bila dihina. Ketegasan yang ditunjuk adalah bukti bahawa masih ramai pegawal keselamatan yang dedikasi dan melakukan tugas dengan tanggunjawab. Video bini Matyo ini juga bukti bahawa betapa pekerjaan sebagai guard itu jadi hinaan orang, dipandang rendah. Agaknya berapa ramaikan guard diperlakukan begini? Ada statement bini Matyo yang dicerita abang Azman yang buat saya rasa 'alahai perempuan ni memang daki dunia'. Boleh dia kaitkan 'kerabat' untuk minta dihormati! Memang daki lah manusia begitu, malulah istana yang dipergunakan. Jika benarlah dia kata begitu, maka saya anggap mentaliti bini Matyo berada di tahap paling rendah.

Kesian Matyo, dia bekerja keras dengan kakinya untuk dapat puluhan ribu, isterinya hanya buat video tak sampai 1 minit sudah dapat ratusan ribu like dan view. Syabas bini Matyo, anda hanya letak otak dikaki untuk jadi hebat.

Kita harus tunjukkan kebencian pada sifat dan sikap begini, jangan diam. Biar jadi kepochi di alam maya. Jika tidak akan lebih ramai manusia bongkak lahir di Malaysia.


Cc: Chekem Mirza

Sudah-Sudahlah

Photo: Jangan lupa, esok, sabtu jam 2 ptg di tv1

Assalamualaikum...

Terpaku sebentar Shiraz depan tv tengahari tadi menonton drama perpaduan yang jarang-jarang disiarkan di kaca televisyen. Drama Sudah-Sudahlah mungkin tidak sehebat drama cinta, romantik yang menjadi tatapan orang ramai tapi Shiraz percaya kalau siapa yang dapat menonton drama tu tadi pasti akan berganggapan seperti Shiraz, "TERBAEKKK!!!"

Ada yang tak faham eh tengok drama tu... Jangan dijadikan alasan sebenarnya sebab terang-terang drama tu siarkan subtitles... Shiraz kagum dan berbangga dengan pelakon yang berjaya membawa watak anak jati Besut dalam drama tu. Okay... Mungkin sebahagian dari drama tersebut adalah pelakon dan ahli dikir barat tapi sebenarnya susah untuk mempelajari dialek negeri Terengganu apatah lagi dialek orang Besut. Sebabnya Besut ni dah masuk sempadan Negeri Kelantan. Dialek diaorang bercampur dengan Kelantan dan Terengganu tapi bila dihayati drama tersebut ada keindahan dalam dialek itu..

Actually dalam drama ni ramai sangat pelakon yang Shiraz tak kenal... Pelakon baru (mungkin baru sebab ada yang Shiraz tak kenal) dan hebat jugak penangan watak diaorang. Kisahnya tentang sinikal politik zaman sekarang. Kisah orang lama yang tak dapat menerima kekalahan bertanding kerusi dengan orang baru.  Shiraz akui memang ada orang yang sebegini rupa.

Pak Nik Him merupakan bekas ketua koperasi di kampung tersebut (lupa nama kampung, sorry!) bertanding merebut kerusi jawatan Pengerusi Koperasi dengan anak muda yang inginkan perubahan, Faris (actually, Shiraz tak kenal dengan pelakon yang membawa watak Faris ni tapi jujurnya Shiraz kagum dengan watak beliau). Kekalahan pada anak muda itu memaksa Pak Nik Him bersama orang kuatnya, Pak Embong dan Bidi untuk melawan kembali merebut kerusi itu kembali. Pak Embong (pada dasarnya merupakan batu api pada Pak Nik Him) sentiasa memberi sokongan untuk Nik Him merebut kembali jawatan tersebut dengan alasan 'anak jantan' dan 'maruah lelaki'. Memang pada umumnya ada orang begini. Orang yang terlibat dengan politik walaupun tak sepenuhnya akan merasa tempias drama ni.

Akibat kekalahan tersebut, Nik Him merasakan dirinya dipulaukan dan angin cemburu pada Faris semakin menebal. Nik Him ni ada juga 'anginnya'.. Dia cuma nak orang dengar cakap dia dan dia angkuh untuk menerima kekalahan tersebut. Dia rasakan yang Faris tidak layak untuk memegang jawatan tersebut kerana baru setahun jagung. Sesetengah orang seperti Nik Him mungkin tak sedar yang ada sesetengah penduduk kampung ingin perubahan dan pemimpin muda untuk menguruskan koperasi tersebut.  

Watak Faris tidak juga kurang hebatnya. Walaupun orang kuatnya seakan menghasut beliau tapi Faris masih dalam pegangan yang betul. Dia cuma ingin melakukan perubahan. Apabila penduduk kampung tersebut mula tidak bertegur sapa, dia merasakan mungkin berpunca daripada pemilihan kerusi tersebut lalu cuba mengalah dengan memberikannya pada Pak Nik Him tapi orang tua tu 'bodoh sombong'.

Kalau nak diceritakan memang la banyak tapi sudah-sudahlah sampai di sini saja.. Akhirnya Pak Nik Him menyesal akibat perbuatannya itu apabila ada rumah tangga orang bergolak disebabkan sokongan pada ketua masing-masing akibatnya si anak terpaksa merayu pada Nik Him.. Jujurnya, babak tersebut sempat membuatkan Shiraz merasa sebak.. Iyalah, kalau dalam dunia realiti mungkin anak itu tidak berani berhadapan dengan Pak Nik Him dan menyalahkan orang tua tu.. Hakikatnya, ada keluarga yang berpecah belah akibat kepercayaan politik masing-masing.

Shiraz tak tahu ramai mana yang menonton drama dialek Besut ni tapi pada pendapat Shiraz, drama ini berjaya dengan jayanya. Dengan skrip yang cukup hebat, pelakon yang berjaya mengagumkan Shiraz dan krew penerbitan yang berjaya menghasilkan Sudah-Sudahlah. Shiraz dengan ini mengucapkan SEKALUNG TAHNIAH buat KalamAriff sebab berjaya menghasilkan drama perpaduan ni. Biasa kita cuma tahu drama dialek Penang, Perak, Negeri Sembilan... Jarang-jarang drama dari Besut, Negeri Terengganu. Tahniah buat pelakon-pelakon yang hebat Chekem, Wan Hanafi Su (Shiraz cukup kagum dengan lakonan beliau...), Z Zambrie, AsrulFaizal (tuan empunya diri yang memegang watak Faris), Kamarool Hj Yusoff, Yaya Ma'Embong (adik beradik Caca dan Emma Maembong ke), Norseha Lee, Adrea Abdullah...

Puisi Dayana atau Puisi Ana Hawana

Noor Dayana isteri pertama Ashraf Muslim

Tak usah bicara tentang payung emas
Kerana
Aku belum layak iktiraf diri sesuci khadijah atau fatimah
Tak usah bicara tentang zuriat
Kerana
Aku bukan Allah…mudah menyebut kun fa ya kun…
Tak usah bicara tentang setia
Kerana
Aku pasti kau tahu aku bukan perempuan jalanan
Tak usah bicara tentang tanggungjawab
Kerana
Aku tahu kau lebih arif tentang itu
Tak usah bicara tentang kesempurnaan
Kerana
Aku terima kekurangan kau kerana Allah
Tak usah bicara tentang dia
Kerana
Aku diasingkan darimu kerana dia
Sucinya aku, kau miliki ketika di Makkah
Hebatnya dia, kau sembunyikan ketika di Thailand..
Berhenti beralasan ini semua jodoh ketentuan Allah..
Kerana satu dunia tahu
Hanya itu lah jawapan mudah utk lepaskan kekhilafan yg disengajakan…

Puisi siapa sebenarnya?
Dayana atau Ana Hawana?

Sabarlah Hati, Dayana Lokman...


Assalamualaikum....
    Kisah Ashraf Muslim berkahwin dua sebenarnya dah lama kecoh... Pernah Ashraf Muslim buat pengakuan yang itu semua hanya khabar angin. Dia dan Sakinah tiada apa-apa hubungan namun beberapa hari ini laman media penuh dengan sajak penuh kedukaan dari Dayana.. Memang betul lah Ashraf Muslim dah kahwin dengan Sakinah...
   
    Shiraz sedih dan hiba juga bila membaca sajak dari Dayana tu... Mana tak sedihnya, bukan mudah bagi seorang perempuan dan isteri yang terpaksa menerima hakikat bahawa suaminya berkahwin lagi hanya kerana beralasan kan dirinya belum melahirkan zuriat buat suaminya.. Baru 2 tahun kot kahwin... Ramai lagi yang bertahun-tahun kahwin belum dikurniakan zuriat.. Rasanya alasan Ashraf Muslim nak zuriat tu cuma alasan semata-mata...

   Payung emas??? Fikir secara logik memang la seronok bagi seorang isteri untuk dikurniakan payung emas di Syurga namun sesabar manakah kita nak dibandingkan dengan Isteri Nabi Muhammad, Siti Khadijah.. Sejujur manakah kita nak dibandingkan dengan beliau? Cakap memang la mudah tapi hati dan perasaan kita tidaklah sebati sebenarnya... Hari ini mungkin kita dalam keadaan berserah tapi esok lusa mungkin terdetik di hati betapa cemburunya kita melihat kemesraan mereka.. Hari ini kita mungkin tersenyum namun mungkin ada linangan airmata keesokannya.

  Shiraz fikir Dayana cuba tabahkan diri namun kekecewaan pasti tercalit jua apabila si Suami bertindak membelakangkan dirinya dan keluarga. Kalau Ashraf benar-benar jujur, beliau tidak akan bertindak menikahi Sakinah secara sorok-sorok.

   Kisah rumahtangga bukan perkara mudah untuk diselesaikan... Kita sekadar orang luar yang hanya memberi pendapat dan adakalanya cacian. Shiraz mendoakan yang terbaik buat Dayana sekurang-kurangnya biarlah kebenaran berada di pihak Dayana pabila Sakinah mengatakan Dayana merestui perkahwinan mereka sedangkan di pihak Dayana mengatakan tidak. Sabarlah Hati, Puan Dayana Lokman...

p/s: Shiraz respect pada si suami yang masih bersama isterinya walaupun belum dikurniakan zuriat. Jujurnya mereka pada cinta dan kesetiaan pada si isteri..

Sensiviti Agama Bulan Ramadhan


Sejak dua menjak ni cina 2 ekor (D.A.P mungkin) selalu saja melakukan provokasi yang membangkitkan kemarahan umat islam tapi selalu saja dilepaskan.. Tapi, kali ni Shiraz rasa diaorang ni dah melampau... 

Sape??

Alvivi Couple.. (Alvin dan Vivian)...

Sebelum ni diaorang menggemparkan negara dengan video seks diaorang, lepas tu kecoh Vivian amek gambar bogel berbalutkan bendera Barisan Nasional.. Kali ni menatang 2 ekor ni ajak berbuka puasa dengan Bak Kut Teh.. Memang sial la diaorang.. Patutnya 2 ekor ni dibuang kerakyatan.. Pi hantar balik kat negara China tu.. Menyusahkan orang...


Semangkuk bak kut teh biasanya disajikan dengan iga daging babi, sayur asin, dan kembang tahu. Kalau dah namanya pon ada babi, memang la benda haram bagi umat islam. Kami tak hina apa yang kamu makan, jadi jangan nak main dengan sensitiviti agama Islam kami yang suci nie. Aku pon ada jugak amai kawan-kawan cina, tapi depa hormat ISLAM. Awat yang 2 ekoq mangkuk nie tak reti bahasa taktaw.
Jenis nie la yang merosakkan nama bangsa cina. Jenis manusia camnie yang patut kena tangkap. Tapi di Malaysia nie pelik sikit. Hina kerajaan ditangkap, hina Perdana menteri Najib tu, kena tangkap, buat demo aman kena tangkap, buat benda baik kekadang kena tangkap. TETAPI bila hina ISLAM, buat dont know. Sila sebarkan benda nie. Kita takmau orang macam nie duduk dalam negara kita yang berbilang bangsa dan kaum. Jangan kita nak samakan 2 ekor nie dengan bangsa cina yang lain. Ini soal 2 ekor nie saja. Pantang betul la aku. Polis, NGO, sesiapa yang ada kuasa, sila amik tindakan terhadap mereka berdua.
Macamana la depa dua nie leh bersikap camnie padahal  student law. Siap buat video seks bagai. Yang vivian tu baru-baru nie buat record gangbang bagai buat seks beramai-ramai. Hey you!! Camna hampa nie leh dapat scholarship nie. Pelik sungguh la aku. P mati buang la!!!!
Credit: FizGraphic 
 Shiraz rasa kerajaan Malaysia kena ambil tindakan pada mangkuk hayun 2 ekor ni.. Diaorang saja nak buat provokasi bagi kita marah.. Entah sape la yang bodoh sangat pi sokong menatang 2 ekor ni...

p/s: Maaf...Shiraz bukan nak provokasi isu agama tapi Alvivi ni memang dah kurang ajar... Tak de langsung niat di hati nak kutuk orang cina.. Ade je cina yang baik tapi dulu la kot.. Sekarang ni semua duk pakat sokong D.A.P.. Huhh 

JS (Autumn Di Hatiku) bikin panas hati wanita Malaysia

ohartis-kim-jin-sung-autunm-dihatiku-1

Autumn Di Hatiku...

Sekarang ni semua pakat duk cerita pasal drama Autumn Di Hatiku erk..Nak-nak lagi pasal hero handsome dari Negara Korea tu... Kim Jin Sung... tak dinafikan la memang wajah dia ada dalam pasaran muka-muka orang kacak..hehe..

Nama Kim Jin Sung di Korea belum tahap popular lagi tapi mana tau lepas ni rezeki untuk beliau kan...

Tapi, hari ni Jin Sung a.k.a JS ni dah bikin hati anak-anak dara di Malaysia wave jap... Mana taknya, JS buat pengakuan yang dia sukakan kecantikan wanita Malaysia.... No plastic katanya...

Sebagai rakyat Malaysia, i'm proud to hear what your say la Jin Sung-ssi... not easily know foreigners want to give praise about the beauty of the people of Malaysia...So, lucky la rakyat Malaysia sekalian..

Katanya... kata si JS ni 
“Sebenarnya saya bukan tergolong di kalangan orang yang membuat pembedahan plastik untuk perubahan wajah seperti kebanyakan masyarakat di Korea. Saya lebih suka wajah yang asli kerana ia memberi daya tarikan yang tersendiri.
“Apabila datang ke Malaysia pada Mei lalu, saya terkejut ramai wanita di negara ini memiliki wajah yang cantik tanpa perlu mengubah muka dengan pembedahan. Perkara itu membuatkan saya sudah mula berkenan dengan wanita Malaysia. kalau boleh saya mahu mencari kekasih dari negara ini,” katanya.
Ayar terakhirnya nak cari kekasih dari negara ni.... waaa untung lagi tu.. kalau sebelum ni Jehan Miskin dapat kahwin wanita Korea mana tahu kali ni wanita Malaysia pulak dapat kahwin lelaki dari Korea kan...
Jadi, selamat la semua berangan wahai wanita Malaysia..hehe


Gambar Fasha, Azalna Panas di Instagram


Gambar Fasha dan Azalna yang selesai shooting di sebuah pantai peranginan telah menimbulkan kontroversi hebat.. Pada pandangan Shiraz gambar tu tak de langsung unsur lucah tapi pada pandangan mata lelaki miang, gambar tersebut telah disensasikan...Ramai jugak peminat kedua-dua artis ini meminta gambar ini
 dipadam...

Apa ada pandangan mata lelaki miang sebenarnya?

Puteri Awani Terlebih Berani


Assalamualaikum...

Kecoh sekarang ni kisah percintaan budak youtube yang telebih berani.. Siapa lagi kalau bukan Puteri Awani kan.. Budak sekolah menengah bercinta tu bukan perkara pelik tapi pengakuan berani budak ni yang buat benda ni nampak pelik.

Shiraz tahu budak zaman sekarang ni sudah terlalu cerdik pandai dengan teknologi tapi janganlah disalah gunakan. Awak tu baru umur 15 tahun dan baru couple seminggu dah bikin kecoh.. Baju sekolah pun mak basuh lagik... Sakit demam pun mak yang amek tahu ada hati pulak sanggup berjanji nak cintakan lelaki tu sampai mati.. Hish tak dak akai la budak ni..

Sekarang sapa yang malu? Senang-senang je pakwe awak tu buat pengakuan malu dengan tindakan awak  Dah dapat malu besar lagi.. Macam mana la perasaan mak ayah budak ni dapat anak yang terlebih berani macam Puteri Awani ni... Hmmm

Untuk Puteri Awani, bercinta biar berpada-pada...

Ooo akibat keberanian budak ni Shiraz tengok banyak sangat troll dan parody untuk Puteri Awani... Hebakkk rakyat Malaysia kalau bahagian mengedit ni.. hihi

 


















Ini pakwe yang dia bersungguh sangat duk berjanji tu... Tengok, belum apa-apa dah letakkan kesalahan pada bahu Puteri Awani sorang. Sikit pun tak tunjuk rasa support pada Awani... Kasihan sungguh budak Puteri Awani jelas-jelas yang dia cuma diperbodohkan oleh lelaki tu...

Harapnya depa ni tak dak la bua perkara yang tak senonoh sebab dah nyata yang si Ery ni takkan bertanggungjawab...

Tahniah Wala, Juara Raja Lawak Musim Ke - 7


Assalamualaikum..

Tamat sudah Raja Lawak Musim ke 7 ni...  Sekalung tahniah diutujukan pada kumpulan Wala yang akhirnya menjuarai pertandingan tersebut.. 

Diakui malam ni Wala lebih terserlah berbanding peserta lain.. Suka dengan lawak kumpulan Wala ni lebih sempoi dan tulus lawaknya...

Pertandingan akhir malam ni menggabungkan 2 segmen... Bebas dan Muzikal bersama Artis Jemputan... Tak kisah la nk guna time Segmen Bebas ataupun Segmen Muzikal...

Segmen Bebas, Wala membawa Rahim R2 sebagai artis jemputannya... Segmen pertama ni Wan nampak nervous sket... Yang Lolop memang sempoi... Wala tak menggunakan sepenuhnya khidmat Rahim walaupun Rahim adalah artis jemputannya...

Shiraz harap kumpulan Wala akan terus success seperti JoZan, Nabil, Sepah, Kecik (actually  Kecik macam dah lost sangat kan...Diaorang pun best sebenarnya...),  Man (walaupun  bergelar Juara, Man tak segagah juara lain), dan Shiro... Wala kena amek semangat bekas-bekas Juara ni.. Okay, lupa Juara musim pertama bukan JoZan tapi Yus... Sorry!



Belangsungkawa: Al-Fatihah ADUN Kuala Besut


Al-fatihah buat seluruh keluarga Adun Kuala Besut, Dr Abd Rahman Mokhtar yang menghembuskan nafas terakhirnya awal pagi tadi.

Adun Kuala Besut yang mewakili Parti Barisan Nasional itu menghidap penyakit sakit paru-paru.

Pilihanraya kecil pertama akan dilangsungkan...Satu berita yang tidak menggembirakan..Dalam keadaan Bn di Terengganu hanya menang tipis. Kena fikirkan cara dan strategi untuk kembali menawan hati rakyat Negeri Terengganu.

Ada dua kemungkinan satu terbentuknya kerajaan campuran ataupun Terengganu akan pilihanraya semula... Mmg jelas nya orang-orang PAS tidak akan memikirkan usaha untuk membentuk kerajaan campuran.. 

Al-fatihah....

로이킴 (Roy Kim) - Love Love Love [OFFICIAL MUSIC VIDEO]

Syura, Juara Masterchef Selebriti Musim 2


Assalamualaikum...

Tahniah buat penyanyi Syura akhirnya menjuarai Masterchef Selebriti Musim Ke-2.. Pada awal pertandingan, Syura agak ketinggalan dalam usaha  menyerlahkan diri namun semangat kental Syura itu akhirnya terbukti anak jati Johor Bahru ini terus berusaha dalam menyediakan masakan untuk para juri Masterchef..

Tahniah juga pada Cellina yang berjaya melayakkan diri ke finale malam ni... Hebakk diaorang ni dalam bidang masakan erh...

Bukan mudah bagi seseorang seperti Syura untuk menjayakan masakan pelik-pelik maklumlah orang kampung je kan... Batang vanilla tu pun dia tak tahu tapi Syura terus belajar... 

Shiraz memang nak kan Syura menjadi juara...hehe.... So, tahniah la buat Syura...



Samsung Galaxy S4 Bikin Panas

Assalamualaikum....

    Bagi pengguna Samsung Galaxy mestinya tertunggu-tunggu dengan kemunculan Galaxy S4 kan. Akhirnya, pihak Samsung sudah pun melancarkan Samsung Galaxy S4 kepada orang ramai.. Sudah ada yang google macam mana bentuk telefor pintar ni.. Canggih nak habaq mai kat hangpa.. Shiraz sendiri terpegun dengan kecanggihannya. Samsung Galaxy S4 ini dipertambahbaiki dengan sistem kamera. Kalau hangpa tengok Samsung Galaxy S4 ni dari belakang ada macam Galaxy Camera.



Kalau hangpa duduk kat Korea sekarang ni sah-sah tengah beratuq panjang nak dapatkan Samsung Galaxy S4 ni kan.. Hehe..So, boleh la compare key features dengan Samsung Galaxy, Samsung Galaxy S2, Samsung Galaxy S3.. Shiraz agak la harganya mestilah mencecah sampai ke angka RM 3K.. Maklum aje la tengok sistem kamera nya..So, Cik Shiraz memang tak payah berangan la untuk dapatkan Samsung Galaxy S4 ni.. Dah dapat Galaxy Note 2 7.0 tu pun dah alhamdulillah kan.. Ingat mudah ke nak pujuk abah kite belikan Galaxy tu...huhu.. Belikan untuk mama la abah... Kite satu family pakai Samsung pe kecuali abang la dia pakai Sony Ericsson (model apa dah lupa...hihi).. Cukup lengkap family kita dengan jenama Samsung..Abah pakai Samsung Galaxy S2 sama dengan Nina, Kakngah pakai Galaxy Note, adik pakai Galaxy Young..after this kena belikan mama Samsung Galaxy S4.. ahaksz... Haji Rahim duduk Korea lagikan so apa salahnya bank in kan duit belikan untuk mama..haha..


  • 5.0” screen
  • Android 4.2.2
  • 13MP camera
  • 16GB internal / 2GB RAM
  • Octa Core Processor 1.6GHz Quad + 1.2GHz Quad CPU Speed
  • WiFi & Bluetooth 4.0
  • microSD up to 64GB








GALAXY S4 White_Front

GALAXY S4 Black_Front

GALAXY S4 White Black_Side


Itu untuk S4... S, S2, dan S3 pandai-pandai la research erk...Hihi.. Shiraz boleh je nak copy paste kat sini tapi takut korang la malas pulak nak baca...hehe..

  • 4.0" touch screen
  • Android 2.3
  • 5.0 megapixels
  • 7GB internal/ 768MB RAM
  • Dual 1GHz CPU Clock Rate
  • Wi-Fi + Bluetooth 3.0
  • Up to 32GB External Memory


  • 5.5" super AMOLED touchscreen
  • Android 4.1
  • 8MP camera
  • 16GB internal / 2GB RAM
  • 1.6 GHz quad-core processor
  • WiFi + Bluetooth 4.0
  • microSD support up to 64GB

  • 4.8" screen
  • Android 4.1.2
  • 8MP Camera
  • 16GB internal
  • 1.4GHz Quad Core Processor
  • WiFi + Bluetooth 4.0
  • microSD card up to 64GB

Nora Danish vs Ace Song Ji Hyo

Assalamualaikum...

Waa... Nora Danish dikatakan ada iras Monday Couple, Mongji.. Sapa iras sapa sebenarnya ni? Shiraz perasan ada iras pada wajah diaorang nak-nak yang photo last tu.. Memang ada keirasannya.. Untung Nora Danish..hehe..




New Template Blogger Menyusahkan.


Assalamualaikum...

Akhirnya setelah berhempas pulas seharian duk refer dan research sana sini pasal template baru blogger ni, tahniah to me la secara rasminya saya dah faham macam mana nak guna template baru ni..

Memang mula-mula tu tak de semangat langsung nak mengedit ni.. Tak paham kot macam mana nak guna tapi setelah duk explore berjam-jam dan mengambil mood untuk edit berhasillah blog baru Shiraz.

Rupanya tak delah susah mana pun...Bila dah explore dan refer tu secara automatik kita faham sendiri..

Credit to: Aini Zakaria