Perlukah Berhutang Demi Sebuah Perkahwinan Mewah

Assalamualaikum...
       Rasanya musim orang berkahwin belum tamatkan? Masih ada orang yang  menerima jemputan perkahwinan hinggakan terpaksa dikira berapa buah rumahkah yang harus dihadap hari ney.. Kan? Syukur la masuk bulan 12 dah xderk jemputan perkahwinan yang Shiraz kena pergi... (mood:gembira...hehe)
Tapikan, ramai yang lupa bila musim perkahwinan macam2 budget dikeluarkan.. Iyalah nak mewah, tak nak malukan kawan-kawan kan... Konon, nak orang ingat  dan rasa megah dengan kemewahan perkahwinan kita tu.. 
Kita sebagai anak yang menginginkan perkahwinan mewah itu mungkin terlepas pandang hakikatnya bila ibu-bapa kita tidak cukup duit untuk menampung perkahwinan dan terpaksa memajak gadaikan segala barang kemas, terpaksa buat pinjaman dengan bank semata-mata untuk memenuhi hasrat dan keinginan kita. Kita tak sedar semua ni?
Orang tua kita mengikut kehendak kita, buat perkahwinan ala inggeris, ala japanese, ala korean dan pelbagai-bagai ala... Nak pakai bunga hidup bukan sekuntum malah beribu kuntum, jemputan ala hotel tapi kakitangan tak cukup terpaksa kerah anak beranak, saudara-mara yang sepatutnya datang goyang kaki, pelamin mengalahkan Dato Ct dan Dato K, karpet merah bentang dari hujung jalan sampai ke hujung jalan... Semua tu memerlukan duit. Kita especially pengantin baru la kan memang tak sempat... Oppps bukan tak sempat tapi takkan berfikir dah mengenai wang-wang segala bagai ney.. Yang penting mewah dan terus mewah..
Dan di sini segalanya bermula, selesai perkahwinan malah hampir setahun, dua tahun atau tiga tahun berlalu namun hutang tu masih kekal di situ. Barang pajak tu masih setia di situ. Kita takkan sedar semua ney.. Bila barang pajak terpaksa dilupuskan, setiap bulan bank buat panggilan ke arah orang tua kita, mereka hanya mampu menceritakan pada teman-teman yang seusia dengannya. Malu nak beritahu anak sendiri walhal yang kahwin tu kita bukan mereka.. Malu nak cerita pada ahli keluarga sendiri tapi cerita pada orang lain boleh. 
Pernah tak dalam sekali ataupun sehari, kita tanyakan pada orang tua kita sudah jelaskan hutang perkahwinan tersebut? Tak pernah kan? Betul tak? Angguk je la kan kepalanya tak payah fikir panjang akibatnya bila hutang pajak tak dapat diselesaikan terpaksa pula meminjam dengan orang lain semata-mata untuk jelaskan hutang bank mahupun hutang pajak. Bukan seringgit dua malahan berpuluh ribu. Dah kes aniaya sebenarnya.. Kerana terlampau mengikut kehendak diri kita sendiri.
Jujurnya, (buat pesanan diri sendiri jugak) kalau rasa tak mampu untuk menganjurkan sebuah majlis perkahwinan yang mewah jangan la mengambil sikap drastik dengan membuat pinjaman. Setahun dua belum tentu anda dapat menjelaskan hutang tersebut. Bak kata seorang Ustaz.
Pinjam Bank Untuk Kahwin

Saya akui kos perkahwinan dan mas kahwin sekarang ini sangat mahal sehingga boleh diibaratkan seperti ibu bapa menjual anak perempuannya. Malah perkara ini menjadi budaya dalam masyarakat melayu berlumba-lumba meletakkan mas kahwin dan hantaran yang mahal, kerana itu adalah kebanggaannya dan akan menjadi sebutan orang kampung.

Perlu kita ketahui bahawa hantaran itu merupakan perkara yang tidak wajib. Tidak menjadi masalah kalau hantaran itu tiada dan perkahwinannya juga tetap sah. Hantaran ini diadakan adalah untuk membantu keluarga perempuan untuk menyediakan majlis walimatulurus supaya perkahwinan anaknya dapat diistiharkan kepada orang kampung dan kaum kerabat. Tetapi sekarang ini saya lihat budaya itu telah berubah, ada yang mengambil hantaran untuk keuntungan peribadi, ada yang meletakkan hantaran dengan harga tinggi untuk berbangga, ada yang ingin menunjuk-nunjuk dan banyak lagi.

Ini secara tidak langsung menjadi bebanan kepada pengantin lelaki untuk menyediakan wang yang banyak sebagai kos untuk melangsungkan perkahwinan beliau. Islam telah menggariskan bahawa perlansungan perkahwinan itu secara sederhana sahaja dan tidak bermegah-megah dan tidak membebankan. Hal ini semualah yang menyebabkan berlakunya pinjaman bank, ah long dan sebagainya untuk melangsungkan perkahwinan.

Pinjaman bank untuk melangsungkan perkahwinan adalah harus, tetapi ia bergantung kepada niat kita, kalau meminjam semata-mata untuk melaksanakan perkahwinan yang besar, terdapat pula di dalamnya persandingan, lagu-lagu yang tidak baik dan perkara-perkara yang diharamkan, maka itu adalah haram sebab di situ jelas melanggar batas syariat Islam. Tetapi kalau kita meminjam untuk melaksanakan kenduri yang sederhana dan tidak bertentangan dengan syariat disebabkan memang duit yang dikumpulkan tidak mencukupi, maka itu adalah harus. Pinjaman yang di buat mestilah dari pinjaman syariah, kalau pinjaman yang berunsurkan riba, maka itu adalah haram. Mudah sahaja untuk mengetahui pinjaman syariah ataupun tidak, anda semua boleh lihat di dalam iklan pinjaman ada tertulis huruf “i”, maka itu melambangkan pinjaman itu secara syariah. Terlebih baik, elakkan meminjam bank, kerana pinjaman ini terlibat dengan perkara-perkara yang subhah atau ragu-ragu halal dan haramnya, hal ini juga akan membuatkan perkahwinan itu akan hilang keberkatannya.

Sebagai usaha yang baik untuk mengelakkan pinjaman, pihak penganting lelaki dan perempuan perlu berpakat dan perlu bersatu dan mengurangkan kos perbelanjaan perkahwinan, buang acara-acara yang membazir seperti persandingan, DJ, sound sistem, mak andam dan kos-kos yang tidak penting. Penganting lelaki dan perempuan perlu berpakat dan berusaha mengumpulkan duit dari awal sebagai persediaan awal, kalau itu tak cukup juga, cuba minta sponsur keluarga yang terdekat, kalau itu tak cukup juga, maka barulah buat pinjam sebahagian yang tidak cukup sahaja dari bank.

Tujuan perkahwinan adalah mencari kebahgiaan dan keberkatan, awalilah perkahwinan itu dengan nilai-nilai Islam supaya ia menjadi berkat dan dirahmati Allah, buatlah kenduri yang dikehendaki oleh Islam iaitu sederhana dan tinggalkan adat-adat yang sesat dalam perkahwinan. Jangan jadikan kenduri perkahwinan itu dicampur adukkan perkara yang haram dan halal, kerana kenduri tersebut akan menjadi haram. Kalau kenduri dah jadi haram, maka hilanglah keberkatannya, dan disebabkan itulah berlakunya pergolakkan rumahtangga, penceraian, perkelahian dan sebagainya. Sebelum ini saya telah siarkan satu artikel yang bertajuk Jangan Berlebihan dan Menunjuk-nunjuk Dalam Perkahwinan. 

Nasihat Saya

Lihat dari hikmah perkahwinan ini adalah untuk menyatukan dua buah keluarga dan mengeratkan silatulrahim antara keluarga lelaki dan perempuan. Sebagai keluarga belah perempuan, pertimbangkan dahulu keupayaan bakal menantunya dari segi ekonominya dan taraf kehidupannya. Kalau didapati bakal menantunya dari golongan bawahan atau pertengahan, maka sesuaikanlah hantaran itu dengan ekonominya, supaya bakal menantunya dapat menyediakan kos perkahwinan tanpa pinjaman bank dan sebagainya. Ambillah sekadar untuk melaksanakan kenduri yang ringkas dan sederhana sahaja. Biar kenduri itu tidak besar, tetapi penuh dengan keberkatan dan rahmat dari Allah. Fikirkan kehidupan anak perempuan dan suaminya selepas perkahwinan nanti, supaya mereka tidak dibelenggu dengan bebanan hutang perkahwinan.
p/s: respect dengan seorang kawan yang mengadakan majlis perkahwinannya serba ringkas.. Baju sewa, mekap sendiri, inai pun hanya di jari tak perlu berbunga-bunga, catering yang murah sahaja apatah lagi makan beradabnya serupa dengan tetamu.. Jimatkan..