Murtad Bila Mengucapkan Merry Christmas.


Kami nak ucapkan Selamat Hari Natal kepada rakan kita yang beragama Kristian sebagai tanda persahabatan dan hubungan sosial antara masyarakat. Kepada anda yang lain, enjoice hari cuti ini dengan melakukan perkara yang bermanfaat.

Apapun kami nak kongsikan satu perkara kepada mereka yang terlalu paranoid berkenaan hukum mengucapkan tahniah atau selamat bersempena perayaan agama bukan Islam. Setiap kali tiba musim perayaan, setiap kali tu isu yang sama masih timbul. Ketahuilah, jika ucapan dibuat atas dasar kemasyarakatan atau hubungan sosial antara Islam dan bukan Islam untuk tujuan perpaduan, ianya dibenarkan oleh Islam malah hukumnya juga harus. Baca info lanjut yang disertakan di ini.

----

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-78 yang bersidang pada 12 Jun 2007 telah membincangkan Hukum Orang Islam Mengucapkan Tahniah Dan Ucapan Selamat Bersempena Perayaan Agama Bukan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

Apa jua amalan atau perlakuan orang Islam dalam hal-hal yang berkaitan dengan perayaan orang bukan Islam sekiranya melibatkan akidah atau iktikad seperti mengiktiraf agama bukan Islam atau menganggap semua agama adalah sama, maka ia ditegah oleh Islam.

Walaubagaimanapun sekiranya amalan atau perlakuan tersebut hanya atas dasar kemasyarakatan atau hubungan sosial antara Islam dan bukan Islam untuk tujuan perpaduan, maka ia dibenarkan oleh Islam.

Memberi ucapan tahniah dan selamat atau mengirimkan ucapan melalui kad atau alat-alat telekomunikasi seperti e-mail atau sistem pesanan ringkas (sms) dan sebagainya kepada orang bukan Islam sempena dengan perayaan agama mereka adalah harus, dengan syarat ucapan itu tidak mengiktiraf, memuji atau memuliakan agama bukan Islam serta tidak menggunakan sebarang simbol atau lambang keagamaan mereka dalam kiriman ucapan tersebut.

Sumber: http://ohmedia.me/ohmedia-majlis-fatwa (portal rasmi fatwa Malaysia)

----
So, pada siapa2 yang tak tentu pasal a.k.a meroyan mrh2 kan aku tadi..cakap aku kafir segala bagai nah amek ney baca elok2... mslh klu orang terengganu x reti nk berkawan dengan bangsa lain.. tahu nk hentam je... Cuba berfikiran positif sket... Masyarakat malaysia berbilang kaum pe.... Shiraz wish sbgi hormat perayaan antara satu sama lain bukannya junjung agama tu.. Ada faham..baca smpi habis dlu bru la nk hentam orang...

Shiraz ada ramai kawan beragama Kristian.. Shiraz bersahabat baik dengan diaorang so Shiraz fikir tak salah untuk Shiraz ucapkan pada diaorang seperti mana yang diaorang selalu ucap Selamat Hari Raya pada Shiraz.