Listerine or Colgate Plax?


Assalamualaikum....

          Ramai antara kita yang hanya memberus gigi 2 kali sehari atau sekali sehari tapi tidak gemar untuk menggunakan ubat kumur seperti Listerine ataupun Colgate Plax kan? Kadang-kadang Shiraz tertanya kenapa masyarakat melayu amnya cukup malas untuk menggunakan produk berkumur walhal kita hanya perlu berkumur 30 saat  sahaja.

Siapa yang rajin menukar produk berkumur? Shiraz antara yang cukup rajin menukar dan membeli produk berkumur ney.. Iyalah, kadang-kadang kita tak sedar yang mulut kita berbau kan. Hanya sekadar memberus gigi itupun belum tentu mulut kita tidak mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan.

Shiraz dah pernah menggunakan produk listerine.. Kelebihan menggunakan produk Listerine ney rasa pedas yang ada dalam produk berkumur tu tidak sangat ketara berbanding dengan Colgate Plax. Jangan katakan budak-budak, Shiraz sendiri kadang-kala tidak tahan dengan Colgate Plax.. Berkumur pun macam tak sampai 30 saat berbanding dengan listerine.

Dah banyak sebenarnya produk2 berkumur dari kedua-dua jenis yang Shiraz gunakan tapi hari ney Shiraz lebih rasa gembira dan senang hati untuk beritahu dekat korang-korang sekalian yang tidak sukakan rasa pedas dan pedih ney.. Hmm, apa dia? Colgate Plax Sensitive 

  • Gentle care for Sensitive mouth
  • Kills bacteria by up to 99.9%
  • Gives long lasting fresh breath
  • Contains Fluoride to help prevent cavities
  • No burning sensation
  • 12-hour protection against plaque and bacteria

Colgate Plax sensitive ney rasanya lebih kepada coklat dan kurang pedas. So, tak delah lidah korang rasa pedih-pedih gitu. Kebiasannya, pada sesiapa yang pernah menggunakan colgate plax tak kira la Ice ke, Peppermint ke, whitening ke, dan apa-apa je rasa pedas tu akan melekat pada lidah korang dan semestinya bila korang nak makan dan minum automatik akan rasa tawar dan lidah pun rasa ngilu-ngilu.. Tak sedap... Kalau yang Sensitive ney selepas Shiraz berkumur dan minum air masak tak de la rasa teruk sangat lidah..

Dan Shiraz juga sukakan rasa Listerine berperisa citrus.. Sungguh rasa nyaman sangat.. Shiraz tak suka listerine tea....uiihhh rasa dia pelik sangat. Sampai hari ney separuh daripada botol sederhana Listerine Tea tu masih setia menemani di dalam laci almari Shiraz.

LISTERINE® ULTRACLEAN™ FRESH CITRUS ANTISEPTIC MOUTHWASH

INTRODUCING NEW LISTERINE® ULTRACLEAN™
LONG LASTING DENTIST CLEAN FEELING
The ONLY leading mouthwash with:
  • Anti-tartar ingredient for cleaner, brighter teeth
  • EVERFRESH™ Technology for a powerful dentist clean feeling that lasts for hours
  • Clinically proven plaque and germ killing power of LISTERINE® Antiseptic
































Kalau nak diikutkan, memang jarang Shiraz tengok (termasuk dengan diri Shiraz sendiri) orang melayu setiap kali berhenti rehat di hentian ataupun masuk tandas awam keluarkan berus gigi, ubat gigi dan produk berkumur. Jarang sangat. Orang melayu cuma masuk tandas awam keluarkan lipstick, baiki tudung ataupun bedak2.. Kan??

Ada satu hari lepas masa on the way balik dari Kuala Lumpur singgah di hentian rehat. Shiraz tengok 3-4 orang teenagers chinese kuarkan berus gigi dan sewaktu dengannya.. Shiraz just pandang je tyme tu dan Shiraz perasan ada beberapa orang lagi pengguna tandas yang bertudung macam Shiraz memerhatikan mereka. Siap berkumur-kumur segala bagai lagi dan cuci muka.. Okay, Shiraz memang seronok melihat gelagat diaorang. Dan Shiraz rasa diaorang bukan dalam kategori menunjuk-nunjukkan sebab keadaan diaorang sangat real. Kalau diaorang sekadar menunjuk-nunjuk mungkin ada perasaan kaku or tersalah tindakan kat situ.

Dan masa tu Shiraz terfikir "patutlah gigi diaorang cantik!"

Korang rasa adakah korang akan melakukan perkara yang sama seperti mana yang diaorang lakukan ataupun sekadar mengagumi di dalam hati?

p/s: adakah terlalu over bagi orang melayu macam kita untuk membawa mende2 tu dalam handbag?
p/s lagi: agak2 kalau kita duk berus gigi dan berkumur ada tak orang akan pandang kita dari atas sampai bawah dengan pandangan 2-3 kali?
p/s lagi lagi: Dan adakah ia menjadi perkara yang luar biasa?