Family Trip Cameron Highlands


Salam...
Entry ini ditaip pada 21/12/12 jam 1.49 pagi. Entry ni dah lama dalam draf cuma tunggu masa untuk diedit dan dipublish.. hehe..

Assalamualaikum...

Baru hari ni Shiraz dapat update pasal trip holiday ke Cameron Highlands.. Yang sebenarnya bukan la dalam erti kata bercuti sangat pun cuma mengambil peluang untuk ke Cameron Highlands. Dalam usia 26 tahun ni, itu la kali pertama Shiraz menjejakkan kaki ke Cameron. 

Asalnya, Shiraz melawat mak saudara yang baru pulang dari menunaikan haji. Khabarnya tidak sihat tapi masa kitaorang pergi tu alhamdulillah la dia dah nampak sihat.. Shiraz bertolak dari Paka jam 7 pagi.. Ookay pagi ni Shiraz kelam kabut sakit sebab terlewat bangun. Shiraz dah terjaga jam 6.45 pagi. Kira jangkaan nak bertolak pukul 7 tu masih dapat dikawal la...

Suasana pagi ni memang sangat-sangat sejuk. Hujan sekejap lebat sekejap renyai.. Sepanjang jalan dari Paka sampai la highway Telemong. Memang tak terkata la suasananya. Apa lagi time hujan la ambil masa menyambung mimpi yang tak sudah tu.. Takde la tidur sampai lena. Al-maklumla dalam kereta setara mana sangat nk lenanya. Shiraz sampai di Felda Aring jam 11 pagi. Masa tu kepala dah macam kena hampuk kat dinding. Pening sangat-sangat. Sampai rumah mak sedara pukul 12.. Tunggu makan tengahari lambat sangat Shiraz sambung tidur kat sofa dengan harapan pening kepala akan hilang. Rupanya tidak. Bangun rasa nak muntah.. Tahan lagi. Last2 terpaksa telan vco 3 biji nak bagi hilang pening.

Pukul 4 petang Shiraz bertolak dari rumah mak sedara pergi ke Cameron. Jalannya tiada la teruk mana sangat. Ooo Shiraz excited tengok kawasan rumah orang asli.. Orang asli zaman sekarang dah ada yang duduk dalam kawasan PPRT siap ada astro lagi you all.. Class you.. Yang membuatkan Shiraz excited, masing-masing duk lepak depan pintu rumah tunggu durian jatuh.. Haa... Depan belakang kiri kanan rumah diaorang ada banyak pokok durian.. Lebat pulak tu.. Jadi sepanjang jalan la Shiraz duk intai ke pokok durian.

Masuk kawasan Lojing... Shiraz dah nampak khemah-khemah putih.. Kawasan orang asli yang menanam sayur-sayuran.. Tengok, sampai puncak bukit tu.. Masa ni kitaorang belum sampai di Cameron lagi tapi suasana sejuknya sampai ke tulang..

Lojing


Nasib kitaorang agak malang sikit, lepas melalui kawasan Kampung Raja, tayar kereta meletup.. Masa ni dah jam 6 petang. Dengan hujan lebat lagi tak tahu dekat mana tiba-tiba bunyi macam pelik sangat. Bila abah tengok cermin sisi nampak la tayar dah pancit.. Tapi, sebelum tu trak pekerja ladang Cameron Highland (rujuk gmbr di bawah) bukan main lajunya.. Betul la tempat diaorang, jalan diaorang tapi diaorang ni tak sedar cara pemanduan diaorang tu boleh buat kita terbabas. Iya la kita baru nak kenali jenis jalan yang bengkang - bengkok tu, diaorang pulak tunjuk hero.. Keadaan jalan dekat Cameron bukan macam jalan biasa.. Atas bukit... Tak de penghadang pulak tu. Lepas elak trak diaorang ni lah, tayar kereta meletup. Agaknya dah masuk lubang mana2..

Trak CH.. Hati-hati dengan cara pemanduan mereka.. 
(Kredit:Vizier Fotopages)

(Inilah tayar kereta kitaorang yang pancit tu...)

Sampai di Brinchang jam 8 lebih.. Jam pulak dekat situ.. Dekat sejam jam.. Ingatkan ada road block ke, accident ke rupanya... Ada pasar malam.. Sabo je la.. Disebabkan kawasan diaorang terhad, so tempat tu dah macam berserabut sangat. Masa ni boleh tahan jugak hujannya.. Hihi nasib baik tak turun. Sampai di Kelab Golf Sultan Ahmad Shah, Shiraz telefon Mr. Anba, tuan empunya apartment yang kitaorang sewa.. Mr.Anba ni kemungkinan ada share dengan KGSAS kot sebab bila Shiraz tanya WiFi, dia suruh datang sana siap ada minuman dan makanan lagi.. Ooo tak pe la Mr Anba, malas nak pi jauh-jauh.. Huhu..

Kat bawah ni contoh apartment tu.. Kira berbaloi jugak la sewa apartment ni.. Harga RM 350, Ada dalam 8 katil dan 6 tilam lebih.. Kalau bawa rombongan memang berbaloi la..

Anba@Bougainvilla Apartment 
Malam ni, kitaorang dah  keletihan pakat terbaring atas katil.. Nak pi makan pun macam dah malas sangat nak cari kedai..Itu pun lepas abah 2-3 kali tanya nak makan ke tak... Of course la nak makan cuma mengantuk je.. So, kitaorang cari kedai makan biasa. Destinasi makan malam kitaorang dekat Restoran Pak Nik Ikan Bakar dan Tomyam berhadapan dengan Hotel Remix. Okay, nak beritahu nasi goreng kampung dia perghhh superb babe... 

Restoran Nik Ikan Bakar dan Tomyam
 


Berakhirlah hari pertama kitaorang dekat Cameron Highland. Sekarang dah nak jam 2.30 pagi.. Lampu bilik dah tutup so Shiraz nak ZzZzZzZzZzZzZz dulu.