Family Trip Cameron Highland Day-2



Assalamualaikum.


Kali ni Shiraz nak sambung kisah berjalan-jalan ke Cameron Highland. Kisah percutian yang tertangguh dan baru hari ni Shiraz teringat nak sambung balik. Hehe.. Kalau siapa-siapa ada baca entry Family Trip Cameron Highland Day-1, kali ni Shiraz nak sambung yang bahagian ke dua pulak.

Pagi Sabtu tu Shiraz bangun awal sebab tak tahan dengan kesejukan dalam bilik apartment tu.. Padahal bukan ada aircond segala bagai pun.. Tapi, angin dari kawasan tanah tinggi tu mampu menggigit-gigit tulang-temulang Shiraz.. Perghh ayat.. Shiraz bangun-bangun terus duk lepak kat depan tv sambil selimut badan.. Yang Shiraz perasan adik kecik Shiraz dah hadap Running Man.. Sah tak tidur semalam..

Tepat jam 9 pagi Shiraz dan family check out dari apartment.. Malas dah nak patah balik kemas-kemas barang so alang-alang keluar terus check out. Lepas inform dekat Mr Anba, kitaorang decide nak balik kut Kuala Lumpur. Dah malas nak balik kot Gua Musang. Al-maklumlah tayar spare dah tak de kan.. In case kalau something happen dekat highway senang nak minta tolong. Jalan ke arah Lojing sampai ke Tasik Kenyir kurang orang lalu-lalang.

Pertama kali Shiraz menjejakkan kaki ke Cameron Highland, awalnya memang Shiraz dalam tahap yang boleh dikatakan begitu excited. Iyalah kan kita tak pernah sampai ke puncak Cameron tu.. Biasa duk dengar orang cerita je or baca dalam blog. So, bila dapat pergi ke Cameron tu memang agak menyeronokkan la.. Tapi, bila dah beberapa jam kat situ Shiraz dah mula rasa renyah. Nak-nak bila tayar pancit dan kitaorang berhenti dekat pondok bas Kg Raja, Cameron Highland. Hampir setengah jam kat situ, kawasan dekat pondok bas tu OMG kotor sangat..  Nak tumpang berehat bawah pondok tu pun Shiraz tak kuasa.. Dengan bau hancingnya, pampers anak2 buang merata-rata, kulit buah-buahan.. Tak tau la nak beritahu macam mana tapi tahap kekotoran tu agak melampau sebenarnya.
Dengan keadaan tempat yang agak berserabut  nak-nak bila pasar malam dah bermula.. Huuu tak payah kata la sesak sampai dua jam. Mungkin itu la yang membuatkan Cameron Highland menarik kan.. Dan mungkin sebab hari tu hujan so Shiraz agak tak bersedia nak berjalan dalam hujan ni.. Parking kereta pun payah sebenarnya.

Dan keesokkanya bila Shiraz dan family dah start berjalan-jalan..First kitaorang pergi tempat jual kaktus dan strawberry. Kat situ ada penjual melayu (maybe) dan Cina. Shiraz nak beli air of course la sebab dahaga kan.. Penjual melayu tu boleh buat dek... buat tak tahu Shiraz tanya berapa harga air tu. Kut kalau dia tampal tak pe jugak ni tak. Bila dah keadaan macam tu Shiraz mula la nak naik angin dan penjual yang cina tu menawarkan perkhidmatannya tapi dah hilang mood la nak beli air kan.. Penjual yang cina tu say sorry sebab kawan dia yang kedai sebelah tu.. Terharu jugak dengan keikhlasan penjual cina tu.



 My mum (tudung biru) wif my aunt, Mak Teh yang sedang asyik melihat keunikan pokok-pokok kaktus..

Siblings
My family tengah meninjau-ninjau barang.




Abah dengan kakngah yang sedang berkira-kira nak beli kaktus.. Sekali 5 pasu diaorang beli..

Gadis dan bunga...Opps kaktus







 Abah, mama dan makteh ke kedai jual sayuran. 8 bungkus rm 10.. amek kau jatuh berapa sen dah satu plastik. Banyak jugak sayur yang abah beli.. Time cam ni je la abah dengan ketulusan hatinya nak beli sayur banyak-banyak. Abah mana pernah pi pasar..hehe..
























Last tempat yang kitaorang pergi ialah MARDI.. Makteh ngan ayahteh dah malas nak jalan.. So, Shiraz menemani diaorang je la... Diaorang dah start nk membebel kut sebab masing-masing perut lapar. Turun dari apartment tak makan apa-apa. Abah pula jenis tak bunyi nak makan apa so kitaorang diam je la.. Lagipun kebiasaan kalau abah pi office, dia just minum oat satu gelas.. Adik Shiraz yang no dua pun jenis yang tak makan pagi.. Biasa memang makan lambat.. Kalau Ikhmal dengan Amelya tak yah kata la.. Cuti sekolah dua bulan ni diaorang hadap tengahari terus.. Senang mama tak payah masak pagi.. Shiraz dah teguk vco dengan air masak... Kenyang... Kitaorang tak kisah la makan lambat pun.. Hehe.. Tapi, kesian la makteh ngan ayah teh sampai jam 2 tengahari tak makan apa-apa. Huhu...
Lepas tu kitaorang singgah kejap dekat jual coklat strawberry.. Ooo sekali lagi Shiraz memang tak tahan dengan bau busuk dari tandas tu.. Memang jenis tak de orang bersihkan erk? Kotor, hancing pastu ada pulak  (tau x apa tu?) bersepah atas lantai... Uiii dari jauh Shiraz dah uweek-uweek.. Satu kekurangan yang ada kat Cameron ni.. Nasib la pelancong luar tak berapa gemar datang Cameron... Iyala negara diaorang dah sejukkan.. Kalau diaorang datang Cameron apa kata diaorang tentang tahap kebersihan  tu... Memang teruk la... 

Jadi bertolak balik la kitaorang ikut jalan Tapah.. Kalau ikutkan 60km je tapi jauhnya terasa sebab faktor jalan tu.. Jalan bengkang-bengkok... km20 pertama masih boleh meditasi dengan akal fikiran.... Tahan lagi.. Masuk km30, dah lain macam rasanya... Perut dah gelora, dah rasa loya-loya.. Cakap dengan akal ni, "aku tak nak muntah, tak nak...."  
Masuk km40, tiba-tiba makteh kat belakang dah muntah.. Shiraz duk depan dia senyap je... Dah sudah makteh, 2 kali bengkang-bengkok... Hi hi giliran Shiraz la pulak... Habis segala isi perut kuar.. Sampai menangis..Hu hu sedih..satu plastik jugak boleh tahannya..Abah berhenti tepi jalan... Kumur-kumur ngan minum, baru la rasa lega perut. Masa tu dah rasa macam ada shining depan mata... Dah nak masuk highway, makteh sekali lagi muntah... Kira hebat jugak la makteh ... hehe..

Seterusnya perjalanan ke Paka diteruskan dengan berhati-hati.... Hujan lebat dari masuk Batang kali pergi Genting masuk highway pahang... Hujan tak henti-henti. Kesian ayahteh, dia nak makan durian orang asli tapi Shiraz dah tak kuasa nak bau durian apatah lagi nak bau orang sendawa durian tu... Dengan alasan pening kepala dan nk muntah tu, abah tak jadi nk beli durian... Ooo maaf sangat-sangat. Perasaan orang nak muntah ni lain rasanya.. Time tu kalau boleh nak maki segala benda.. Kalau boleh tahan memang nak tahan tapi lagi lama tahan rasa nak muntah tu makin menghantui.. Nasib baik masa tu Amelya tidur.. Kalau tidak sambung dengan Amelya sekali.. Budak tu kalau muntah boleh tahannya.

Situ je la ceritanya... Terima kasih sudi baca menda melalut ni..huhu..

p/s: Kerajaan Pahang  kena ambil insiatif pasal kebersihan di Cameron. Kalau Melaka boleh jadi tumpuan pelancong, why not Cameron kan? Cuma kena ambil tahu la sikit.p/s lagi: Trak CH yang ada dekat Cameron tu....boleh advice diaorang sikit tak.. Cara pemanduan diaorang boleh bahayakan pemandu lain nak-nak yang pertama kali lalu jalan tu.p/s lagi lagi: Tandas-tandas di sekitar pasar, kedai makan kat Cameron tolong la cuci... Memalukan tau...p/s lagi lagi lagi: Off topic - Kitaorang di dendangkan dengan halwa lagu nyanyian Apek dan Leuniey... Lagu hindustan lagi.. hehe.. Tak de kena mengena....