Cinta Itu Milik Kita (1.4)



    ARIEL MENGALIHKAN PANDANGANNYA KE ARAH ELMIERA RANIAA yang masih lena dibuai mimpi sambil tangannya membelai anak rambut anak kecil itu. Persoalan anaknya beberapa hari yang lalu masih membelenggu akal fikirannya. Sembilan tahun dia membesarkan anak kecil itu. Sembilan tahun dia memperhambakan nasibnya. Ariel melepaskan keluhan. 
       "Tuan Ariel, nak saya sediakan minuman?"
      "Takpe lah kak Intan.. Kenapa akak tak balik lagi ni?" Ariel membetulkan kedudukan seraya wajah pengasuh anaknya itu ditatap lama. Intan Hariani duduk berhadapan dengannya sambil menopang dagu.
      "Kak Intan, kenapa tengok saya macam tu?"
Intan Hariani tersenyum. "Tuan Ariel, kalau Kak Intan tanya pada sesuatu boleh?"
   Ariel hanya mengangguk perlahan.
      "Sampai bila Ariel nak berahsia dengan Miera?
Pandangan matanya kembali jatuh ke arah Elmiera. Dia mengetap bibir. 
      "Ariel, kak Intan dah jaga anak kamu tu dari baby sampai la umur dia 9 tahun ni. Kamu lebih rela memperjudikan nasib kamu demi Miera walhal orang tuanya langsung tak ambil peduli. Dah sembilan tahun, Riel...Dan selama sembilan tahun tu, akak perhatikan yang kamu mengabaikan semua orang di sisi kamu. Ariel, untuk sekali ni fikirkan perasaan orang tua kamu. Dan fikirkan tentang gadis pujaanmu, Elmiera Ryainna tu. Akak percaya perasaan dia masih utuh untuk kamu sama seperti apa yang kamu rasakan. Akak nak balik dulu..."
      "Nak saya hantarkan ke?"
      "Tak payah la... selang beberapa buah rumah je pun. Fikirkan apa yang akak katakan tu."
Pemergian Intan Hariani membuatkan Ariel termenung panjang. Ada benarnya kata-kata yang diluahkan oleh Intan cuma dia sahaja yang belum bersedia untuk menempuhi segala-galanya. Untuk berterus-terang pada anak kecil itu kedudukan sebenar hubungan mereka. Dia bimbang Elmiera rasa tersisih dan hakikatnya dia sendiri menyisihkan dirinya daripada keluarga. Telefon bimbit dicapai tanpa menunggu lama nombor Elmiera Ryainna dihubungi. Lama dia menantikan gadis itu menjawab panggilan dan akhirnya dia terdengar suara di hujung talian.
    "Hello....."
 Dan pertanyaan itu terus disoal beberapa kali. Berat mulutnya untuk meluahkan kata-kata sebelum tuan empunya talian mengugut untuk menamatkan panggilan.
    "Elmiera........"
Ryainna bangkit dari kerusinya seraya matanya melilau mencari Imaan Nadhirah.
    "A...bang?"
Hanya hembusan nafas yang menghembusi gegendang telinga Ryainna lantas dia menarik tangan Imaan Nadhirah sebaik saja wanita berbaju kurung biru itu melintasi dihadapannya..
    "Kenapa?" 
    "Ariel.. Ariel call aku ni." separa berbisik. Bimbang kiranya Ariel akan meletakkan gagang telefonnya. Imaan membontoti langkah Ryainna ke pejabatnya lantas pembesar suara diaktifkan.  
    "Elmiera sihat?"
    "Miera sihat... Abang sihat?"Lama dia menantikan jawapan dari lelaki itu.
    "Abang okay je. Miera, abang rindukan Miera... Sungguh. Abang tak mampu nak harungi semua ni seorang diri tapi abang terpaksa, sayang... Abang terpaksa. Semua yang abang buat hanya penyesalan yang abang rasa...." kedengaran Ariel menahan sebak. Ryainna dan Imaan juga menahan sebak. Tiada persoalan yang mampu diluahkan kecuali hembusan nafas yang memecah kesunyian. 
   "Miera.....kalaulah Miera tahu selama abang berada di sini..."
    "Papa, kenapa papa menangis? Miera demam je...Miera dah sihat pun...." 
Ryainna memandang wajah Imaan dan dua sahabat Ariel yang turut berada di situ. Suara kanak-kanak kecil jelas kedengaran di gegendang telinga Ryainna. Rahimi merampas telefon dari tangan Ryainna.
    "Ariel, ni aku Rahimi...."
Ariel memejam matanya. Airmatanya berterusan membasahi pipi. "Maafkan aku, Rahimi..." lantas segera dia mematikan panggilan. 

      Ryainna duduk bertelaku di sisi katilnya. Suara kanak-kanak yang memanggil Ariel 'papa' masih jelas di telinganya. Jelaslah, lelaki itu sudah pun menikahi seseorang ketika berada di sana. Bunyi meesej masuk dari laptopnya segera dipandang. Kelihatan emel dengan nama seakan dirinya. Ryainna menyapu airmata yang masih degil membasahi pipinya. 

    Daripada: Elmiera Raniaa.
      Hai Aunt.... Nama saya Elmiera Raniaa. Nama kita hampir sama kan.. 

Ryainna tersenyum. Sungguh dia tidak mengenali siapa yang sedang bermesej dengannya itu.

    Daripada: Ryai_Riel.
       Hai... Haah, nama kita sama.. Tapi, boleh Aunt tahu ni siapa?

    Daripada: Elmiera Raniaa.
     Saya anak Ariel Zaefriel..

Bulat matanya memandang mesej yang diterimanya. 

    Daripada: Ryai_Riel
    Ada apa Miera mesej Auntie?

   Daripada: Elmiera Raniaa.
    Auntie, Miera budak kecik tapi Miera tahu siapa Auntie dengan Papa... Makcik Intan selalu beritahu Miera pasal Auntie dengan Papa.. Miera selalu baca diari Papa tapi senyap-senyap je lah..Nanti papa marah kalau tahu Miera baca....Papa selalu menangis bila rindukan Auntie. Dia selalu menyebut nama auntie...

    Daripada: Ryai_Riel
    Miera, mama Miera nama apa? Makcik Intan tu siapa?

Dan di saat menantikan balasan anak kecil itu kelihatan paparan log keluar. Kelihatan pintu kamarnya dibuka dan wajah Melissa menghiasi ruang matanya. 
    "Ryai, busy ke?" punggungnya dihenyek ke atas tilam empuk milik Ryainna. "Ryai, Kak Mell nak beritahu yang pagi tadi keluarga Isaac datang dan diaorang ingin percepatkan majlis kamu...."
   Ryainna hanya menundukkan wajah. "Papa kata apa?" perlahan tapi jelas dek kedengaran pada Melissa.
     "Diaorang dah setuju. Hujung bulan ni...."
    "Hujung bulan? Tak cepat sangat ke?"
 Melissa hanya menggelengkan kepalanya. "Ryai dah jumpa Ariel?"
    "Ariel baru je telefon Ryai, kak.. Ariel dah ada anak perempuan nama Elmiera Raniaa...."
    "Macam nama Ryai?"
Ryainna mengangguk. "Kak, apa maksudnya kalau lelaki tu masih ucapkan kata sayang dan rindukan kita padahal dia dah ada keluarga sendiri?"
    "Kenapa Ryai tanya macam tu?"
    "Ryai mesej dengan anak dia tadi.. Dia kata yang Ariel selalu menangis bila rindukan Ryai...."
    "Isteri dia mana?"
    "Ntah... masa Ryai tanya tadi budak tu log out."
    "Ryai, akak tahu kita sebaya.. Tapi, sebagai kakak sulung ipar Ryai akak nak Ryai percayakan sesuatu. Ryai tahu awal perkahwinan akak dengan abang Syaz, akak menyesal sangat. Maklumlah, jodoh orang tua kan. Akak dengan abang cuma cari alasan untuk berpisah. Abang Syaz dengan girlfriendnya, Mazlein dan akak dengan boyfriend, Hairy.Tapikan, bila dah lama bersama akak mula rasakan yang abang Syaz tu sangat penyayang orangnya dan di situ kami mula mengenal antara satu sama lain. Ryai, terima hakikat yang jodoh Ryai dengan Isaac.. Ryai dah tahu kedudukan Ariel. Jodoh Ryai bukan pada KenHendricks dan bukan pada Ariel Zaefril tapi pada Benjamin Isaac seperti mana akak terpaksa lepaskan Hairy satu masa dulu."
    "Ya Allah, kalau sudah ketentuan jodohku bersama Benjamin Isaac buangkan dan hapuskanlah segala kenangan yang pernah tercipta buatku dan Ariel. Padamkan segala memori dan wajahnya dari kotak ingatanku Ya Allah.. Dan seandainya Kau menciptakan aku untuk Ariel ketemukanlah aku kembali dengannya, Ya Allah. Permudahkanlah segala halangan kami, Ya Allah." Ryainna memejam rapat matanya dan masih kelihatan wajah Aeril.                          


    

MUG BERISI COKLAT PANAS disedut perlahan. Dia memandang ke arah laptop putih yang berada di rak meja berhampiran meja soleknya. Dia menarik keluar laptop lalu dihidupkan segera dia membuka kotak e-mel. Kelihatan satu e-mel baru daripada Intan Hariani.


"Siapa Intan Hariani ni?" bisik hatinya sendirian. Belum sempat dia membaca e-mel tersebut, Datin Juhara menghampirinya.


"Mama nak cakap dengan Ryai."


Ryainna mengangkat keningnya. "Mama nak cakap apa?"


"Ryainna, esok kamu keluar dengan Isaac pergi test baju kahwin. Mama dengan Mama Neera dah pilih untuk kamu. Tunggu kamu memanjang sibuk."


Wajah emak saudaranya, Juneera membawa beberapa keping kad kahwin dihulurkan padanya.


"Mama Neera dah pilih baju, dah pilih tema, katering, photographer kecuali satu ni kad kahwin Mama Neera nak kamu yang pilih Ryai."


"Kenapa Mama Neera tak pilih? Kan Mama Neera dah pilih tema apa kan." Ryainna memandang emak saudaranya itu. Juneera adik bongsu mamanya. Dia lebih selesa dipanggil mama berbanding memanggilnya makcik, maksu dan pelbagai lagi. Dia membelek-belek beberapa jenis kad kahwin yang berada di tangannya lantas kad kahwin berwarna hitam dan tulisan kuning emas metalik dipilihnya.


"Sama dengan Isaac kan, kaklong." Mama Neera tersenyum seraya mamanya mengangguk laju.


"Entah ye ke tidak." dia berbisik sendirian.


"Ryainna, mama nak kamu lupakan si Ariel tu. Esok lusa kamu tu dah nak jadi bini Isaac takkan masih nak fikirkan tentang Ariel. Ingat tu."


Ryainna hanya mengangguk perlahan. Matanya yang keletihan minta dipejam. Wajah Ken dan Isaac bersilih ganti bermain di kolam matanya.


"El, cinta Ken pada El hanyalah untuk El. Tapi, cinta El belum tentu untuk Ken...... Seandainya El dipaksa untuk membuat pilihan, buatlah pilihan yang bisa membahagiakan El. Jangan buat pilihan yang akan buat El menyesal kemudian hari...."


"Kenapa Ken cakap macam tu?"


"El, cinta tu datangnya ikhlas dari hati seperti mana El menerima cinta Ken. Kalau suatu hari nanti kita berpisah dan El menerima cinta baru itu maknanya sayap baru untuk El terbang dan Ken cumalah debu-debu yang akan bertaburan di sisi El.Ken bahagia kalau El bahagia dan Ken nak El bahagia."


"Macam-macamlah Ken ni.. Kalau cam tu El nak pilih Isaac la...hihi"


"El, Ken dan Isaac mungkin adik-beradik dan seiras dan seandainya Ken terpaksa pergi sanggupkah El mencurah cinta pada Isaac sedangkan El tahu Isaac tu abang Ken. Sanggupkah El membahagiakan Isaac sedangkan nanti El cuma nampak bayangan Ken pada diri Isaac dan seandainya Isaac tahu yang El hanya menumpangkan kasih sayang yang ada dalam diri Ken padanya, sanggup tak El berterus-terang padanya mengatakan yang El masih cintakan Ken? Tegakah El melihat kesedihan pada Isaac?"