Cinta Itu Milik Kita (1.3)


      Syafia membuka kotak e-melnya. Sudah puas dia membelek-belek kotak e-mel itu namun e-mel yang dinanti masih tiada balasannya. Dia memandang bingkai gambar di atas cpu sebelum komputernya berbunyi tanda e-mel baru diterima seraya tetikus berbentuk hati itu dihalakan ke arah kotak e-mel itu. Terpampang nama Ryai_Riel di situ.

  Daripada: Ryai_Riel

    Syafia tak tidur lagi ke?

Syafia hanya tersenyum lantas jemarinya menekan papan kekunci.

   Daripada: Beauty Syafia17

    Belum la kak.. Akak kenapa tak tidur lagi? Tak kerja ke esok?
  Daripada: Ryai_Riel
 
   Akak tak boleh tidur lah sayang...Akak teringatkan abang Ariel. Akak dah tak tahu mana nak cari abang. Akak rasa nak terbang pergi sana.

Daripada: Beauty Syafia17

   Akak, bawalah bersabar kak.. Papa dengan abang Ariez dalam usaha cari abang Ariel. Janganlah sedih-sedih erk.

Daripada: Ryai_Riel

 Bila malam menjelma akak terus teringatkan abang Ariel.. Apa yang akak buat kadang-kala mengingatkan akak pada abang. Akak buntu la.

Daripada: Beauty Syafia17

  Akak, Fia tahu akak cintakan dan setia dengan abang Ariel. Fia pun dapat rasakan perkara yang sama. Sama-sama kita berdoa supaya abang sentiasa ingatkan kita ya kak.. Okaylah kak, Syafia nak tidur dulu esok nak.sekolah.Akak tak nak sedih-sedih okay.

Daripada: Ryai_Riel

   Baiklah dear... Good night...

  Ryainna membaringkan tubuhnya seraya lampu utama dipadam. Matanya cuba  dipejam namun tidak berhasil. Dia kembali duduk bersandarkan kepala katil memandangkan kamarnya yang hanya ditemani samar-sama cahaya bulan. Dia bangkit dari katilnya lalu mengambil cardigan merah dari almarinya. Perlahan-lahan dia membuka pagar dan menghidupkan enjin kereta. Jam di dashboard menunjukkan angka 3 pagi dan dia hanya memandu tanpa arah tujuan. Fikirannya hanya menerawang ke arah Ariel. Sungguh dia tidak bisa melupakan wajah lelaki itu apatah lagi melupuskan lelaki itu dari kotak memorinya. Kedatangan Isaac  dan keluarga semalam sungguh menyesakkan dadanya apatah lagi kali ini dia dirisik dan niat lelaki itu dipersetejui oleh papanya. Dan dia tidak mampu untuk membantah apatah lagi mempunyai alasan yang kukuh untuk menolak risikan Isaac. Dia hanya melihat dan menahan sendu di dadanya. Kata-kata papanya kembali bermain di  gegendang telinganya.
   
       "Papa rasa dah tiba masanya untuk Ryai menerima Isaac walaupun Isaac cumalah abang kepada Ken. Ken dah tiada, Ariel pula hilang entah ke mana. Dah ramai lelaki yang datang merisik kamu tapi semuanya ditolak mentah-mentah. Kalau sebelum ni papa cuma mengikut kehendak kamu tapi kali ni cuba ikut kehendak papa. Papa dah terima pinangan dari keluarga Isaac."

   Airmatanya deras membasahi pipi. Kalau sepuluh tahun dulu, Edwin KenHendricks Johan bin Abdullah yang datang melamarnya mungkin dia akan menerima dengan sepenuh hatinya. Sebelum hatinya terbuka untuk menerima cinta ikhlas dari Ariel Zaefriel, lelaki berdarah kacukan Scotland dan India itu pernah memenuhi segenap ruang hatinya. Namun, cinta mereka hanya dapat bertahan cuma dua tahun sebelum Ken kembali ke rahmatullah. Pedih dan sedihnya hanya dia yang merasa. Tatkala pemergian Ken, dia terpaksa berpindah ke Malaysia. Sungguh dia terkilan saat itu. Dua tahun dia mengambil masa untuk melupakan Ken dan memindahkan hatinya ke arah Ariel Zaefriel. Saat itu, ketulusan hati Aeril untuk menjadikannya kekasih diterima dengan redha. Di saat cinta mereka disemai, Aeril menerima tawaran belajar di Amsterdam. Dan dia tidak tega untuk melepaskan Aeril. Bukannya dia tidak cuba untuk meminta tawaran belajar di luar negara tapi niatnya dihalang oleh papa dan keluarga memandangkan sudah hampir 16 tahun dia menetap di Scotland. Dari dia dilahirkan sehingga usianya menginjak usia remaja, dia dan keluarga menetap di sana. Setelah kontrak papanya ditamatkan, mereka berpakat untuk kembali ke Malaysia. Dalam hatinya berkecamuk memikirkan tentang Ariel, kedatangan Benjamin Isaac membuatkan dia hampir rebah. Dia tidak mampu untuk membuang Ariel dari dirinya dalam masa yang sama dia tidak mampu menolak Isaac.
      Ketukan bertalu-talu menyedarkannya dari lamunan. Kelihatan dua orang inspektor polis memandangnya  seraya cermin diturunkan.
    "Cik,Saya Inspektor Shahril dan ini Inspektor Remi,  ada apa-apa yang tak kena ke? Kami mendapat report dari seorang pengguna jalan raya mengatakan Cik tidak bergerak-gerak walaupun lampu hijau tu dah berapa kali bertukar" Inspektor Shahril menunjukkan ke arah tiang lampu isyarat.
    "Minta maaf encik..Saya...Saya terlelap kot."
    "Cik ke Puan ni?"
    "Hmm..Cik. Ryainna"
    "Minta maaf Cik Ryainna, kami terpaksa mengambil urine or alcohol test. Sila ikut Puan Jamilah."
Kelihatan beberapa orang anggota perempuan di belakang keretanya. Mungkin baru tiba.
    "Maaf encik, kenapa saya nak kena ambil test erk?"
    "Sebab ada beberapa keraguan kat sini. Satu, dah beberapa kali pasangan suami isteri tu hon kereta cik tapi tiada respon dan yang kedua ada kemungkinan cik mabuk barangkali dan tidak sedar. Akibat keprihatinan, si isteri meminta suaminya berpatah balik bimbang dengan keadaan cik."
Ryainna membuka pintu keretanya dan pasangan suami isteri itu tersenyum ke arahnya. "Kat mana nak ambil test?"
   Selesai dia melakukan test dan keputusannya negatif, Ryainna kembali menuju ke arah keretanya.
     "Saya minta maaf sebab dah menyusahkan semua orang. Maafkan saya." Ryainna  menyeka airmatanya.
     "Cik Ryainna okay ke?" Inspektor Remi memandang ke arahnya.
     "Saya tak tahu samaada saya okay atau tidak. Banyak perkara yang berlaku dalam diri saya. Dalam keadaan diri tidak sedia dipinang orang akhirnya mimpi ngeri itu datang...."
     "Patutnyakan Cik Ryainna gembira?" pasangan suami isteri itu menyoal dirinya.
  Ryainna hanya mendiamkan diri lalu airmatanya kembali membasahi pipi. Mereka yang berada di situ hanya memandang dan menantikan cerita berikutnya.