Cinta Itu Milik Kita (1.2)




     "Ryai, kau tengah buat apa tu?"
           Ryainna hanya memandang ke arah komputer di hadapannya. Pertanyaan Imaan Nadhirah didengar sepi. Imaan Nadhirah melabuhkan punggungnya ke dalam kerusi kulit itu.
      "Aku tengah masukkan data yang Puan Mazilawati bagi ni. Serabut betul aku dengan perempuan tu." Imaan Nadhirah memandang ke arah fail-fail yang bertimbun di atas meja Ryainna. "Iya la kan sejak Puan Mazilawati datang habis semua kerja kita kena buat walhal sebahagian kerja tu kerja dia."
   Ryainna hanya tersenyum. "Imaan, lepas ni kau pergi mana?"
     "Baliklah babe. Apasal?"
     "Kau teman aku jap erk..Aku nak pergi beli barang."
Imaan Nadhirah mengangguk-angguk seraya dia meneliti beberapa biji fail di atas meja Ryainna.
     "Ryai, banyak mana fail kau kena audit ni?"
     "Ada la dalam 10 biji fail. Naik pening aku baca paperwork ni semua. Kau dah siap ke?"
     "Aku?? Aku punya dah siap..Aku bawa balik rumah semalam.."
     "Amboi, rajinnya  kau. Husband kau tak de kat rumah ke?"
     "Tak de...Dia pergi kursus kat Terengganu. Tinggal aku dengan adik ipar dia je kat rumah. Budak tu tak de pulak balik rumah semalam. Agaknya dia segan kut abang dia takde."
     "Ooo patut pun. Aku malas nak bawa balik la Imaan..Kau faham-faham je la mama aku tu. Bingit je suara dia. Aku yang dah umur  26 tahun ni pun dia masih nak membebel-bebel segala bagai."
    Imaan Nadhirah tersenyum. "Ryai, kalau aku tanya kau jangan marah erk?"
 Elmiera Ryainna memandang ke dalam anak mata Imaan Nadhirah.
     "Kau nak tanya apa, Imaan?"
     "Ryai, kau macam mana sekarang?"
     "Macam mana apa?"
     "Tak de apalah..Jom la dah pukul 5.30 ni..Kau tak nak balik ke?" Imaan Nadhirah bangkit dari kerusi.
     "Imaan, kau nak tanya tentang Ariel erk?"
Imaan Nadhirah memandang wajah sahabatnya itu. "Ryai, aku tak paksa kau cerita pasal Ariel. Aku dengan Rahimi faham perasaan kau. Rahimi cuba jugak tanya kawan-kawan yang lain kalau-kalau Ariel ada balik ke Malaysia tapi masih jawapan yang negatif. Kesian pula aku dengan Makcik Zahariah, hari-hari dia call suami aku tanya pasal anak dia."
    "Imaan,Makcik Zahariah tak jumpa lagi ke anak dia?"
    "Ryai, kalau Ariel ada balik ke Malaysia..Jumpa dengan Makcik Zahariah rasanya Luqman la orang pertama yang akan tahu tapi hakikatnya orang tua sampai sakit-sakit rindukan Ariel."
   "Imaan, nanti bawa aku pergi rumah Makcik Zahariah erk."
Imaan Nadhirah hanya mengangguk perlahan. Simpati terhadap perasaan sahabatnya dan kerinduan seorang emak pada anaknya berbekas di hati Imaan. Imaan tahu Ryainna rindukan Ariel dan masih cintakan Ariel kerna itu setiap kali ada lelaki yang datang merisiknya, Ryainna terpaksa menolak dengan alasan hatinya masih belum terbuka.

RUMAH PAPAN DUA TINGKAT itu agak sunyi sepi. Imaan Nadhirah dan Elmiera Ryainna perlahan-lahan melangkah anak tangga seraya salam diberikan. Agak lama mereka menunggu jawapan dari tuan  rumah.
     "Kak Elmiera!"
 Elmiera Ryainna berpaling ke arah suara yang memanggilnya. Kelihatan seorang gadis remaja lengkap berpakaian sekolah sedang memarkir basikal di tepi tiang rumahnya.
     "Syafia!"
  Gadis bertubuh langsing itu memeluk erat tubuh Elmiera Ryainna. Ada kekaca jernih yang membasahi di kolam mata kedua-dua perempuan itu. "Kak Miera apa khabar? Akak sihat ke? Akak ada telefon abang tak? Akak...."
Elmiera Ryainna hanya memandang wajah putih gebu itu."Syafia, akak langsung tak tahu kat mana abang Ariel..Akak minta maaf erk,  Fia!"
   "Akak nak minta maaf ngan Fia buat apa..Akak tak salah pun..Fia cuma ingat akak datang sini khabar baik pasal abang."
Elmiera Ryainna menggeleng-gelengkan kepalanya. "Maaf Fia, akak tak de khabar pasal abang Ariel. Akak datang nak lawat mak. Kak Imaan kata mak sakit tu yang akak dengan kak Imaan datang."
"Mak demam kak...Mak rindu kat abang Ariel. Abah dengan abang Ariez dan abang Arief pergi Amsterdam cari abang Ariel. Jemput la masuk kak..Maaf Fia lupa nak ajak masuk tadi."
Elmiera Ryainna dan Imaan Nadhirah membontoti langkah Syafia ke ruang tamu. Mata Elmiera Ryainna tertancap pada bingkai gambar berwarna coklat yang tergantung di dinding rumah itu. Senyuman dan pandangan mata pada tuan empunya gambar menusuk ke hati Elmiera Ryainna. Imaan Nadhirah mengenggam erat jemari Ryainna. "Bawa bersabar Ryai..."bisik Imaan Nadhirah.
    "Elmiera, apa khabar kamu nak?" Makcik Zahariah menyambut salam dari Elmiera Ryainna seraya senyuman dilemparkan.
    "Miera sihat..Makcik  tak sihat  ya?" Elmiera memicit-micit jemari Puan Zahariah.
    "Makcik macam ni la Miera. Kadang sihat, kadang tak sihat. Nak buat macam mana orang tua kan..."
Ryainna memandang ke arah wajah yang bernada sayu itu. Selama ni dia rasakan Ariel hanya membuang dirinya namun tahulah kini Ariel sememangnya menghilangkan diri.
    "Ariel ada telefon Miera?"
Elmiera hanya mampu menggeleng-gelengkan kepalanya. Wanita itu memandangnya dengan pandangan berkaca.
    "Manalah perginya si Ariel tu? Dah sembilan tahun dia hilang..Makcik tak tahu dia hidup ke, dia dah mati ke..Langsung takde khabar berita. Makcik dengan pakcik kamu dah puas cr dia...setiap tahun pakcik kamu pergi Amsterdam tp jawapannya masih juga sama. Tak dapat dikesan."
    "Miera sendiri pun dah tak tahu makcik nak cari dekat mana? Suami Imaan pun dah cuba cari..."
    "Makcik tahu, Miera..Miera sekarang macam mana? Dah kahwin?"
Elmiera terdiam. Persoalan itu masih tiada jawapannya. Dia memandang wajah Imaan meminta gadis itu memberinya isyarat untuk menjawab soalan tadi.
    "Elmiera?"
    "Miera belum kahwin lagi makcik. Miera belum terbuka hati untuk sesiapa...."
    "Sampai bila nak? Sampai bila nak tunggu Ariel?"
    "Sampailah waktunya dikhabar tentang Ariel..."
Puan Zahariah menganggukkan kepalanya lantas tubuhnya dipeluk erat. Sesekali dia mengesat airmata yang tidak henti mengalir.
    "Makcik, Miera dan Imaan nak balik dululah. Imaan nak ambil anak sekolah pulak."
    "Iyalah..Kejap ya Makcik suruh Syafia bungkuskan kuih sedikit buat korang."
    "Tak payah susah-susah la makcik."
    "Takpelah Miera...Fia, bungkuskan kuih dekat Kak Miera dan Kak Imaan ni." pinta Puan Zahariah sambil dia memandang ke arah dapur. Syafia membawa dua bungkus kuih seraya dihulurkan kepada Elmiera Ryainna dan Imaan Nadhirah.
    "Terima kasih, Makcik!" Ryainna menyambut huluran salam dari Puan Zahariah seraya tangan orang tua itu dikucup perlahan begitu juga dengan Imaan Nadhirah.
     "Kami balik dulu,Makcik. Assalamualaikum..."
Puan Zahariah mengangguk seraya menjawab salamnya.
    Elmiera Ryainna dan Imaan Nadhirah beriringan menuju  ke arah kereta yang diparkir. Toyoto Camry hitam dihidupkan enjinnya lalu meluncur laju meninggalkan rumah Puan Zahariah.

    "Kesian Mama tengok Elmiera tu Fia." suara Puan Zaharah memecah kesunyian. Syafia yang sedang menghidangkan minum petang itu hanya memandang wajah mamanya.
   "Kenapa mama cakap macam tu?" Syafia mengambil tempat bersebelahan Puan Zahariah seraya jambak bunga yang dibawa oleh Elmiera Ryainna dimasukkan ke dalam pasu.
   "Iyalah..Ariel kenal dengan Elmiera sejak sekolah. Sekarang dah sembilan tahun Ariel hilang tapi Elmiera tu masih lagi menanti abang kamu."
Pengerakan Syafia terhenti. "Mana mama tahu?"
   "Imaan yang beritahu mama. Dia kata Elmiera masih menantikan Ariel. Dah ramai lelaki yang datang merisik tapi semua ditolak oleh Elmiera. Alasannya, dia belum terbuka hati. Tadi pun mama ada tanya dengan Elmiera dan jawapannya dia akan terus menanti kepulangan Ariel."
   "Kak Miera masih menantikan abang. Setianya dia..."
Puan Zahariah melepaskan keluhan. Memang gadis itu masih setia dengan anaknya tapi sampai bila. Lupakah gadis itu dia masih mempunyai keluarga, masih mempunyai orang tua.
   "Mama,  Fia pelik dengan abang Ariel. Kenapa abang Ariel sanggup tinggalkan kita semua? Sanggup lupakan kita..."
   "Syafia, sudahlah..Mama tak nak dengar tu semua. Kita berdoa sahajalah semoga Ariel selamat dan sihat. Dan semoga dia ingat dia masih ada keluarganya di sini.." Puan Zahariah bangkit dari sofa seraya menuju ke kamarnya. Syafia sekadar mendiamkan diri. Perasaan bersalah menyelubungi di hatinya. Dia bimbang ketelanjuran kata-katanya bisa membuat Puan Zahariah terguris hati.
   "Mama...." Syafia menjenguk Puan Zahariah di kamarnya. "Ma, Fia minta maaf...Fia tak bermaksud nak kata macam tu dekat abang Ariel. Maafkan Fia ya, Ma..."Syafia memeluk tubuh ibunya.
   "Fia, mama faham kenapa Fia berkata macam tu. Abang Ariez pun pernah juga kata macam tu..Mama faham, Fia.."
  Sekali lagi Syafia mendiamkan diri seraya kepalanya dilabuhkan di atas paha Puan Zahariah.