Cinta Itu Milik Kita (1)





     Ryainna menghempas beg sandangnya ke atas meja seraya tubuhnya dihenyek ke sofa merah. Dia mengeluh keletihan.Sungguh dia penat menghadapi setiap karenah pelanggannya namun demi tugas dia terpaksa mengendahkannya. Matanya semakin lali membilang lampu-lampu di siling.

  "Ryai, kenapa tidur kat bawah ni?" 
Telinganya menangkap jelas suara Datin Juhara. Dia cuba untuk kembali melelapkan matanya.Malas nak layan karenah mamanya yang suka sangat membebel setiap kali dia pulang dari tempat kerja.
  "Elmiera Ryainna binti Johari, bangun sekarang. Jangan nak mengada-ngada baring kat atas sofa tu..Sofa tu mama baru je habis bayar tau..Bangun sekarang Ryainna..."
  "Aduhla mama ni..Ryai nak baring je bukan nak tidur pun!"
  "Haa iyalah tu...Ryai nak baring je..Baring je konon..Semalam pun macam tu juga kan..Nak baring je sekali maghrib baru kau bangun..Bukan semalam je, minggu lepas, bulan lepas, tahun le..."
  "Maaf lah Datin Juhara..Malaslah nak dengar mama membebel. Makin lama makin tinggi pula volumenya. Dah lah Ryai nak naik atas...Nak sambung mimpi jap!"
Ryainna bangkit dari sofa lalu menjinjing beg dan jaket hitamnya. 
   "GEDEBUK!!"
   "Mama sakit lah..Apa mama ni main hentak bantal kat kepala orang pulak!" Ryainna menggosok-gosok belakang kepalanya. Jelas dia pening dengan keadaan yang berlaku.
   "Apa kau cakap tadi? Nak sambung mimpi ya?"
Ryainna mengangguk perlahan.
   "Kepala otak kau...Pergi naik mandi lepas tu tolong  mama masak. Hari ni kawan mama nak datang bawa anak lelaki dia.."
   "Ya Rabbi mama ni..Berapa kali dah Ryai cakap kat mama Ryai tak nak. Jodoh Ryai biar Ryai sendiri tentukan. Mama tak payah la nak kenalkan anak-anak kawan mama tu..Ryai tak suka lah. Cuba tengok anak Puan Mazitah tu, ada ke suka-suka hati nak main test dengan Ryai. Ingat Ryai ni apa bahan uji kaji ke. Dah habis test campak dalam tong sampah. Tu anak Puan Karmila, suka-sukanya bawa pergi bercuti. Sah-sah menipu kata jalan-jalan dekat Kl je sekali sampai Genting dia heret Ryai..Tak naklah. Dah la mama Ryai penat la dengan semua ni.."
   "Habis tu kamu nak tunggu si Tengku Ariel Zafriel yang tak tahu bila dia nak balik Malaysia tu? Yang tak habis-habis duk main tarik tali dengan kamu. Yang berjanji sebelas tahun dahulu tapi sampai hari ni tak tepati  tu? Itu yang kamu nak. Entah-entah si Ariel tu dah kahwin dengan minah mata biru kat sana. Dah ada anak gamaknya. Kamu je yang bodoh duk tunggu ke budak tu....."
 Ryainna memandang ke arah mamanya seraya airmatanya gugur ke pipi. Setiap kali dia bertengkar dengan mama pasti mama akan ungkit pasal Ariel. Dia sudah cukup jemu mendengar nama itu tapi setiap kali wajah itu bermain di ruang matanya, pasti kekaca jernih akan membasahi ruang pipinya. Dia mendaki anak-anak tangga menuju ke kamarnya. Meninggalkan Puan Juhara melopong sendirian.

Ryainna mengunci pintu kamarnya. Dia melepaskan keluhan berat. Matanya tertancap  pada beg roda di atas almari pakaiannya seraya beg itu diturunkan. Ryainna membuka kotak bersaiz sederhana yang tersembunyi di dalam beg itu. Album ketika dia bersama Tengku Ariel bermain-main di ruang matanya. 

  "Elmiera, walauapapun yang berlaku Ariel tidak akan sekali memutuskan hubungan yang kita bina ni..Walau dipisah jarak dan waktu, Elmiera tetap berada di dalam hati Ariel......" Tengku Ariel Zafriel memandang wajah Elmiera Ryainna. Dahi gadis itu dikucup perlahan.
     "Tapi, Miera tak sanggup Riel..Miera tak boleh berjauhan dengan Ariel...."
     "Miera sayang, Ariel pergi 4 tahun je...Ariel berjanji atas nama orang tua Ariel sepanjang Ariel berada di Holland Ariel akan sentiasa berhubung dengan Miera. Setiap hari dan setiap detik Ariel akan menelefon Miera.Dan sayang, sebagai bukti cinta Ariel pada Miera, Ariel hadiahkan sebentuk cincin ni pada Miera. Sebaik Ariel pulang dari Holland, kita langsungkan perkahwinan." Cincin emas putih bertakhta permata itu disarungkan ke jari manis Elmiera Ryainna. Berguguran airmata Ryainna tatkala cincin itu melekat di jarinya.
    "I Love You So Much Elmiera Ryainna binti Dato' Johari!" Tengku Ariel Zafriel mengucup dahi gadis itu buat kali terakhir seraya jari-jemarinya mengenggam erat jemari Elmiera Ryainna. Airmatanya turut gugur saat dia melangkah menuju ke balai pelepasan.

....................................................................................................................................

      "Papa......"kanak-kanak perempuan itu memeluk tubuhnya yang masih diselimuti tebal lantas pipi gadis kecil itu dikucup berulang kali. "Anak papa ni dah mandi ke?" Elmiera Raniaa dipangku ke pahanya. Rambut separa bahu itu diikat ekor kuda.
     "Papa....bila kita nak balik Malaysia? Miera rindu la nak jumpa Aki Abah dan Nek Ma."
Zafriel  hanya tersenyum. Soalan anaknya itu belum ada jawapannya.
     "Papa dengar tak Miera tanya ni?"
     "Papa dengar sayang...Nantilah papa berikan jawapan pada soalan kamu tu ya...."
 Elmiera Raniaa mengalihkan tubuhnya. Dia memandang wajah papanya.
     "Kenapa papa selalu saja cari alasan bila Miera ajak papa balik Malaysia? Mama kan dah lama tinggalkan papa..Mama dah ada suami baru pun....."
     "Miera sayang,dengar papa cakap ni...Papa belum bersedia nak pulang ke Malaysia. Papa tahu dah acap kali Miera bertanya kan soal ni tapi papa minta satu dari Miera tolong jangan desak papa. Kalau papa dah bersedia dan sudah ada keputusannya, InsyaAllah papa akan bawa kamu pulang ke Malaysia. Papa minta kali ni je Miera jangan tanya lagi." Zafriel mengucup dahi anak perempuannya. Seakan mengerti, kanak-kanak perempuan itu bangkit meninggalkan Tengku Ariel Zafriel seorang diri.

 Tengku Ariel Zafriel melepaskan keluhan berat. Sudah sembilan tahun dia meninggalkan bumi Malaysia. Banyak perkara yang terjadi kepadanya sepanjang tempoh dia berada di Amsterdam. Dia pernah berjanji akan kembali ke Malaysia sebaik sahaja tamat pelajarannya di sini tapi janji itu sudah memakan usia 5 tahun. 5tahun dia mengambil risiko meminggirkan dirinya dari keluarga dan sahabat handai di Malaysia, 5 tahun dia dihambat rasa kerinduan pada gadis yang pernah menjadi isi hatinya,5 tahun dia hanya menjadi pemuja yang setia dan selama 5 tahun itu jugalah hidupnya dirasakan penuh sesalan. Dan hakikatnya dia kini merasakan dia seorang yang pengecut. Tiada lagi keberanian yang mampu dia tonjolkan.
     Diari hitam di dalam laci ditarik keluar. Dia membelek mukasurat pertama dan hari ini kalau dia masih bersama kekasih hatinya mungkin dia sedang meraikan ulang tahun mereka atau mungkin dia sedang meraikan bersama isteri dan anak-anak. Zafriel tersenyum sendiri. Sungguh dia rindukan gadis itu. Kalau dulu, setiap kali ulangtahun hubungan, harijadinya atau sambutan hari kekasih, gadis itu tidak jemu-jemu merayu dan memujuknya agar dia kembali namun dua tahun kebelakangan ini gadis itu mula mendiamkan diri. Kadang-kala dia rindu untuk membaca emel-emel syahdu yang dikirimkan kepadanya.  Elmiera Ryainna itulah nama yang sering meniti di bibirnya malahan nama anaknya itu juga diberikan nama Elmiera sekadar untuk menjadi kenangan dalam hidupnya. Foto Elmiera ditatap lama.
    "Selamat hari ulangtahun sayang..Sejujurnya abang rindukan waktu kita bersama. Seandainya abang masih berada di sedikit ruangan hatimu, ketahuilah cinta dan sayang ini tidak pernah terpadam untuk dirimu..." Zafriel melafazkannya kata-katanya dengan perlahan seraya dia mengucup foto itu. Ada kekaca jernih yang menitis ke atas foto itu. Dan tanpa dia sedar ada sepasang mata yang sedang memerhatikannya.