Nostalgia: Abah dan Sahabat Lama

Assalamualaikum...
Pernah tak anda terfikir untuk mencari sahabat lama yang datangnya bukan dari negeri atau sekampung mahupun satu sekolah dengan anda?
Pernah tak anda terfikir untuk berusaha mengingati wajah sahabat anda itu walaupun sudah berpuluh tahun tidak ketemu?
Mungkin agak susah kan... Kalau Shiraz pun mesti dah berputus asa apatah lagi no telefon yang dahulunya dipakai sudah tiada, alamat pun dah hilang.. Tapi perkara tu tak mustahil sebenarnya.. Hakikatnya, abah berjaya mencari kawan lama dia tu... Pakcik Abu Samad dan isteri, makcik Ani.. Satu pencarian yang tidak sia-sia sebenarnya..
Pakcik Abu dan Makcik Ani tinggal disebuah kampung dekat Parit Raja, Johor Bharu..  (Shiraz lupa nama kampung tu...huhu)
Actually, macam mana abah boleh kenal Pakcik Abu.. Menurut cerita abah, masa tu dia dengan pakcik abu masih di sekolah rendah dan dapat peluang jadi anak angkat Bank Rakyat. So, abah dari Terengganu dengan beberapa orang lagi pelajar, Pakcik Abu dari Johor, Sorang dari Selangor dan sorang lagi dari Pahang.. Selepas tamat SPM, abah pernah datang rumah pakcik Abu... Masa tu cuma berhubung pakai surat.. After abah kahwin, dah lama x pergi.. Last pergi masa abah bawa Shiraz dengan adik no 2 pergi ke sana.. Masa tu Shiraz masih di tadika... Cuba bayangkan betapa lamanya baru abah dapat jumpa Pakcik Abu balik. Masa kitaorang pergi pun, abah cuma bertawakkal.. Antara ingat tak ingat rumah pakcik abu tu.. So, mama suruh abah tanya Tuan Rumah yang abah sangka rumah pakcik Abu tu.. Sebaik pintu dibuka, pakcik Abu macam tergamam tau... Mungkin tak percaya yang abah datang. Bandingkan wajah abah dlu dngn sekarang.. Muka mungkin tiada beza cuma berisi kan tapi pakcik Abu pun ada ingatan yg baik sebaik pintu rumah dia buka dan lihat abah terus dia ingat nama abah...
Perghh, Shiraz memang tabik spring dengan 2 orang sahabat ney. Pakcik Abu kata adik beradik angkat yang lain dah lost contact tapi dengan abah je yang dia ingat. Even dia datang Paka pun dia ingat abah pernah kata duduk di situ cuma Pakcik Abu tak de no telefon abah je..
 
Walaupun hari tu Shiraz agak tak senang nak tumpang tinggal di rumah Pakcik Abu, tapi Shiraz bersyukur sebab Pakcik Abu dan Makcik Ani berusaha melayani kitaorang.. Iyalah, mana ada zaman sekarang tandas dekat luar rumah lagi kan? Shiraz pulak jenis yang selalu bangun malam.. So, Shiraz agak moody ari tu tapi masa sampai je la.. Agak badan dah berlengas kot after mandi baru lah Shiraz boleh terima keadaan rumah Pak cik Abu. Betul, Shiraz tak bohong.. Masa tu Shiraz berusaha telefon Kawan baik mama kat Melaka nk tumpang tidur rumah dia tapi tak berangkat sedangkan dalam masa yang sama Pak Cik Abu pulak beriya ajak kitaorang tidur kat rumah dia. Pasrah je la dah telefon berkali2 tak dijawab, Shiraz redha je la dengan kehendak pakcik Abu.
Gambar lama: Shiraz duduk di atas pangkuan Pakcik Abu.. 
Buaian... Masa Shiraz tengah rehat-rehat, mama panggil... Shiraz intai kut tingkap dan ternampak buaian yang Shiraz duduk tu.. Tapi, buaian tu dah patah pun.. Cuma ada papan dengan tali berapa urat je.. Shiraz tak amek gambar sebab bateri kamera dah habis.. Shiraz cuma terjumpa gambar lama ney je.. Nk beritahu yang buaian tu masih ada.
Before balik Terengganu.. Sempat bergambar dengan nenek, makcik Ani dan Pakcik Abu.. Nenek tu gagah lagi la naik tangga turun tangga.. Pakcik Abu kata lepas kena strok, nenek dah bertambah sihat.. Alhamdulillah, bagus la untuk nenek kan..

Entry Bergambar: 1'st day @ Bluewave Hotel

Photobucket

   Sekali-sekala adakan family trip ney pun okay jugak cuma cutinya tak panjang dicampur dngn cuaca yang tak menentu.. Sedih bunyinya kan.. Apatah lagi percutian kali ney x kemana-mana.. Telefon member yang duk johor pun asik bz memanjang...

Dan tak lupa, cuti kali dapatla celebrate birthday dengan family... hehe..

   

>>> You know it's? Yup, it's kolam





>>> Baby with kolam





  >>>This cake order from Bluewave Hotel<<<

Entry Bergambar : Family Trip Johor Bharu

Photobucket

      Aloha :) Pada Entry yang lepas, Shiraz ada beritahu yang percutian ke Johor Bharu kali ney agak terganggu dengan cuaca yang tidak menentu kan.. Walau apapun, kali ney Shiraz nak sambung tempek gambo2 yang membajetkan diri dan keluarga..



 Ney la family Shiraz yang sedang bergambar di Tambak Johor-Singapura... Hajat di hati nak ke Singapura mungkin tahun depan barangkali.. 


Nina, Kakngah, Abah, Baby, Mama, dan Ikhmal


Nina, Kakngah, Abah, Baby, Mama dan Shiraz


Cantik gambar  ney kan...




Kami 4 beradik...Girl Rules..hehe


3+1


Shiraz dan kereta...Hmm..



Ney before kiteorg nak keluar.. Nampak tak si abah yang sedang tekun mengulangkaji peta Johor tu.. Hehe..




Adik yang asyik melihat air pancut kat situ...


Sini ada macam2 crepe...


3 photographers... Tak sempat nak snap gmbr diaorang yg tgh asik amek gambar bangunan Johor Premium Outlets ney..


Budak2 cina ney bikin Shiraz gelak ketawa melihat telatah mereka bermain..




It's me


Our family