Terseliuh Kaki


Photobucket

     Tak tahu nak explain mcm mana.. Yg sebenarnya excited terlebih kot sebab Si Sophea layan gue macam Cindarella.. Si kecik ney nak sarungkan wedges kat kaki Shiraz.. Sebaik je pakai, tak sempat nak melangkah 2-3 langkah kaki terpeleot dan akibatnya...Jatuh la weii... Sakit sangat... Nak nangis rasa...

Nak taw mcm mana terpeleot tu mcm gambar Ankle Sprain...Gitu la... Sakitnya hanya Tuhan je yang tahu. Ingatkan lepas letak minyak panas dah okay rupanya makin sakit.. Omg... Nak kena cari tukang urut cepat2 ney... Tak tahan u main sakit mcm ney... Dah la esok ada program... Sob Sob Sob...

Shiraz dah sapu pelbagai minyak tapi still jugak sakit-sakit. Terpaksa la mencari petua dan terjumpa petua guna halia ney. Shiraz harap lepas guna halia ney bangun pagi esok kaki Shiraz dah tak sakit. Amin..

Petua : Guna halia untuk sembuhkan sakit terseliuh
Kali nie teman sharekan satu petua dari orang lama. Selalunya, halia digunakan dalam masakkan. Tapi, kali ini halia digunakan untuk rawatan kesakitan akibat terseliuh.
Mungkin kita pernah terseliuh tangan atau kaki kerana terjatuh. Untuk mengatasinya, satu petua tradisional yang berkesan boleh anda cuba.

Gambar : ehsan dari blogger ladybirdluvone.
Ambil halia yang sudah diparut dan tampalkannya pada bahagian yang terseliuh itu. Kemudian, balutlah bahagian itu dengan kain dan biarkan sehingga halia tersebut kering. Lakukan beberapa kali.
Isya-Allah, hilanglah sakit itu nanti.
Selamat mencuba!
Ihsan: http://apakehei.blogspot.com/2012/08/petua-guna-halia-untuk-sembuhkan-sakit.html