Tahniah Farid Kamil dan Diana Danielle

(gambar ihsan: Mr. Google)

Photobucket

        Shiraz nak ucapkan jutaan tahniah buat En Farid Kamil yang akan menamatkan zaman bujangnya bersama pelakon Diana Danielle pada 3 November nanti... Waaa Farid Kamil dah nak kawin pun.. Sob sob..panda 21

Shiraz antara peminat setia Farid Kamil since awal kemunculan dia.. Shiraz memang tak pernah berubah pendirian la.. Kalau ada yang tanya memang cepat-cepat Shiraz jawab Farid Kamil sampaikan angan-angan nak kahwin dengan Farid Kamil.. Kuang kuang kuang... Jujur sungguh pengakuan tu..

    Frust tak Farid Kamil dah nak kahwin dengan Diana Danielle? 
Takde la frust mana sangat pun... Lagipun Shiraz ni cuma peminat setia Farid Kamil je..Kalau kata nak obses segala bagai tu tak la... Shiraz gembira akhirnya Farid Kamil dah pun nak kahwin.. Dah jumpa pun jodohnya..

Farid Kamil antara pelakon lelaki yang jarang sangat nak ada gosip-gosip hangat ni walaupun kisah hubungan dia dengan Diana mahupun Irma Hasmie dulu. Dia senyap-senyap je jalinkan hubungan. Walaupun ada sok-sek sok-sek tapi Farid Kamil just mendiamkan diri. Tak payah nak kecoh-kecoh dan sebab tu Shiraz menghormati sikap Farid Kamil ni..

Apapun,  Shiraz nak ucapkan Selamat Pengantin Baru buat Farid Kamil dan Diana Danielle. Selamat menempuhi kehidupan baru, selamat menempuhi kehidupan sebagai suami isteri, semoga sabar dan tabah dalam menghadapi pelbagai cabaran dan semoga berbahagia hingga ke akhir hayat.. Kalau ada masalah tu bawa-bawa la berbincang, jangan gaduh-gaduh erk...