Pecah Tanah Loji Pengeluaran Bio-Metionina

Photobucket

Alhamdulillah, pagi tadi Shiraz berkesempatan untuk mengikuti program Pecah Tanah Logi Pengeluaran Bio-Metionina CJ dan Platform  Tiokimia Akerma di Kerteh. Tak jauh dari rumah Shiraz pun... Jarak dalam 3-4 km.

Projek Bio-metionina ini adalah projek pertama di Malaysia dan sebagai rakyat Terengganu Shiraz bersyukur sebab Negeri Terengganu dipilih untuk projek usahasama Korea dan Perancis ini. Bukan calang-calang kilang yang akan dibina di sini nanti. Logi pengeluaran Bio-metionina dan tiokimia ney adalah projek pengeluaran makanan haiwan.

Logi yang akan dibina di tanah seluas 70 hektar ini akan dibangunkan secepat mungkin dan insyaAllah akan siap sebelum menjelang 2015. Projek anggaran rm 20 billion ini akan memberikan hampir 500 peluang pekerjaan.

Ruginya Shiraz tadi sebab terlupa nak bawa kamera so tak de gambar yang boleh disiarkan kat sini tapi InsyaAllah Shiraz akan update sedikit gambar yang akan disiarkan di internet nanti.

>>> Shiraz belum berkesempatan nak update gambar Shiraz bersama Pengacara dan Pembaca berita TV3 terkenal yang menjadi pengacara Majlis pagi tadi iatu jeng jeng jeng Wan Zaleha Radzi. Nanti kalau berkesempatan Shiraz akan update gambar tersebut. Tak banyak ada sekeping je sbb ada banyak lagi program tadi...