Dah Diberi Betis Nak Seekor Ayam Pulak

Photobucket

    Alhamdulillah, akhirnya internet dekat rumah dah berjaya dibaik pulih setelah terkena pancaran kilat pada hari khamis yang lalu. Untungnya, modem itu masih di dalam waranti. Tapi, hari ni Shiraz bukan nak ceritakan pasal hujan lebat dan kilat serta guruh tu. Hari ni Shiraz nak ceritakan pasal pembentangan bajet 2013. Buat penjawat awam memang bertuah setiap kali bajet dibentangkan ada bahagian untuk anda. Untuk yang kehidupan tinggi pun ada bahagiannya apatah lagi yang daif dan miskin lebih banyak perhatian diberikan. Buat yang berada dalam kehidupan pertengahan sering kali dilupakan. Betul tak? Betul la dan apatah lagi yang berada dalam kehidupan pertengahan itu bekerja dalam sektor swasta.

Buat yang masih bujang dan pelajar, bajet kali ini ada untuk golongan macam kita semua...kekeke.. Hmm macam mana tu?  Buat yang masih bujang, akan diberi RM 250 bermula Januari depan. Buat yang masih bujang dan ditambah pelajar ada bajet tambahan RM 250 + Bantuan Buku 1 Malaysia. Dan yang pastinya ada rebat RM 200 untuk pembelian telefon.. 

Apa yang Shiraz nak beritahu kat sini, ada pula jenis makhluk yang tak reti nak bersyukur. Ingat mudah ke kerajaan sukarela nak beri RM 250 tu.. Jenuh tau Dato' Seri Najib Tun Razak dan barisan exconya bermesyuarat siang dan malam pasal bajet 2013 ni.

Ada jenis kawan Shiraz yang sorang ni membebel kononnya RM 250 tu tak cukup bagi dia. Alang-alang kerajaan nak bagi biarlah genap RM 500. Nampak tak jenis tamak halobanya dia kat situ. Oii makcik, adik-adik, dan kakak-kakak kalau kau jenis yang tak reti nak bersyukur bagi RM 1 juta pun belum cukup tau. 

Janganlah tamak sangat sayang oii... Kita kena sedar mana tahap kita sampai kerajaan dah baik hati nak bagi RM 250 tu.. Kalau nak diikutkan awak tu bekerja, gaji bersih habis-habis kurang dah RM 800, duduk dengan mak ayah, rumah tak payah bayar, bil (api,eletrik, telefon, internet) mak awak yang bayar, makan minum balik rumah dah terhidang atas meja. RM 800 tu bersih untuk awak sorang tau.

Awak start kerja dari tahun 2008 dengan gaji bersih rm 400, bagi mak awak RM 100 ada baki lagi RM 300, awak bajet shopping RM 100 ada baki RM 200 untuk sebulan. RM 200 darab dengan setahun awak kerja (2008) bersamaan RM 2400 untuk tahun tu.. Tempoh dua tahun sebelum dinaikkan gaji RM 2400 + RM 2400 + RM 2400= RM 7200... itu nilai bersih untuk tempoh 3 tahun. Tahun 2011 awak dinaikkan pangkat dan gaji plus dengan komisen pandai bodek orang beli barang awak, RM 800.. Masih sama perjalanannya, RM 100 bagi mak, RM 100 shopping ada lagi baki RM 600. RM 600 *12 = RM 7200, tahun 2012 tak cukup setahun lagi kita ambil sampai bulan 9, RM 600 *9= RM 5400. Jom, campur semua pendapatan awak dalam akaun bank awak erk.. RM 19800.. Gaji awak untuk tempoh 2008-2012 (September) dah RM 19800... Perghh banyak tu.. Tapi masih tak cukup dan nak RM 250 tu dijadikan RM 500.. 

Fikirkanlah, bukan mudah tau kerajaan nak bagi duit tu..Tambah pulak kita rakyat Terengganu dapat pulak dana remaja RM 200.. takkan tak bersyukur lagi kot..

Tapi, betul la kan manusia memang tak pernah kenal erti cukup. Siap nak marah segala bagai pastu membebel-bebel dekat Shiraz..Ooo tolong lah Shiraz bukannya tempat aduan rakyat.  Nak marah dekat siapa sebenarnya. Dekat Dato' Seri Najib, ingat beliau nak layan ke. Takkan punya. So, ingatan Shiraz buat diri dan pembaca semua janganlah kita jadi Mat Jenin mahupun Pak Pandir.. Atau lebih senang, yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran pulak nanti. Fikir-fikirkan dan renungg-renungkan.