Budak Perempuan Sesat Dalam Shopping Complex.

Photobucket

Ini kisah di Mesra Mall tadi.. Waktu tu abah dan dua orang adik Shiraz tengah beratur tunggu giliran nak bayar. Mama ngan si bongsu pergi Popular. Shiraz tunggu kat depan Rotiboy. Masa tu Shiraz perasan ada budak perempuan berbaju dan berskirt coklat menangis. Ibu, ibu.... Beberapa lelaki Hyundai PFCE menunjuk2, dan beberapa pasang keluarga hanya melihat. Tak heran la kalau ada budak hilang.. Tak amek tahu langsung... Bukan berlagak nak jadi hero tapi cuba bayangkan kalau tu anak2 or adik kita. Apa tindakan korang? Mesti korang pun gelabah macam mak budak tu. Shiraz pergi dekat budak tu tanya mana ibu.. Dia tunjuk ke arah kedai Reject Shop. Shiraz pimpin dia pergi kedai tu tapi dah tak nampak orang. Tanya budak cashier nampak tak mak budak ney.. Rupanya mak dia pun tengah mencari tadi. Dah keluar pun dari kedai tu.. Nak tak nak Shiraz terpaksa bawa pergi dekat Pak Guard.. "Pak Guard, budak ney hilang mak bapak dia.. Saya tak boleh tunggu kat sini
 sebab dah nak balik lagipun saya nak kena pergi kedai gambar kat depan tu. Pakcik tolong jaga budak ney sekejap." Pak Guard jawab "Allah, mak bapak pun shopping dok ingat ke anok-anok.. Parok tobat la..." Nak jawab apa??? Sengih je la..Shiraz tinggal budak tu dekat Pak Guard... Minta-minta la parents dia dah jumpa budak tu.. Walaupun Mesra Mall tu tak la sebesar mana pun tapi kalau main budak-budak umur 3-4 tahun sesat boleh gelabah pe... Tak boleh nak salahkan mak bapak jugak sebab budak2 umur sebaya ney diaorang suka main celah2 kain baju dekat dalam kedai kan... Yang pastinya kena awasi selalu...

>>Budak tu chumei sebenarnya...Kulit putih gebu, rambut panjang sampai ke pinggang, rambut lurus dan tak tebal, kecik-kecik orangnya, dan rasanya dalam umur 3-4 tahun sebab dia tak tahu nama ibu dan baba dia...