Trip ke Gua Musang.

Photobucket

    Entry ney berkaitan pada hari jumaat dan sabtu yang lepas tapi disebabkan kekangan waktu baru hari ney dapat menulis.. Umumnya, Shiraz dah bertahun abad (konon la kan nak bgtaw yang lama sangat) tak menjejakkan kaki ke Gua Musang. Serius... Ney bukan perkara main-main..  Shiraz dah tak ingat zaman bila Shiraz pergi ke Gua Musang tu..

Dan setelah bertahun abadnya itu, Jumaat lepas Shiraz dan keluarga kembali menjejakkan kaki ke Gua Musang atas jemputan emak saudara yang akan ke Mekah untuk menunaikan haji. Shiraz bertolak dari rumah jam 11 pagi itu pun dah terkedek-kedek sebab malas nak pergi sebenarnya.. Hehe.. 

Sepanjang perjalanan dari Paka sampai masuk highway Shiraz cuma tidur...Melayani lagu dekat Ipod Apple. Sebab dah tak de apa nak dibuat..Shiraz sedar dari tidur 100 m nak masuk Tasik Kenyir... Itulah kali pertama Shiraz kenal Tasik Kenyir.. Kali pertama menjejakkan kaki ke Tasik Kenyir... Kali Pertama melihat permandangan di Tasik Kenyir... Kali Pertama melihat air biru di Tasik Kenyir.. Dan semuanya kali pertama. Terpegun sebentar melihat kecantikan tasik tu... Sebabnya, Shiraz tak pernah ke Tasik Kenyir. Selama ney Shiraz tak terbayang macam mana keadaan di tasik tu...

Sementara merehatkkan diri kami berkesempatan la untuk menaiki bot round2 dekat tasik tu... Tak lama pun dalam setengah jam gitu kot. Mula-mula kitaorang ke tempat ikan.. Shiraz tak turun masa ney.. Duk dalam bot je.. Tapi, ditemani si ikan la...Kiri kanan tepi bot ada ikan... Banyak pulak tu.. Siblings Shiraz sempat la bagi ikan makan.. Lepas tu kitaorang pergi dekat kayu mati...Tak de apa yang istimewa pun dekat kayu mati ney just boleh tgk2 kayu gitu je la.. Kot nak amek gambar kat kayu tu pun tak boleh takut tersangkut dekat bot haru biru plak nanti..

Masa kitaorang sampai dekat jeti, ada bot besar yang baru nak bertolak.. Ney mungkin trip untuk orang-orang yang nak mengail ikan dan stay kat Tasik Kenyir tu dalam masa beberapa hari. Diaorang siap bawa dapur dan segala bagai lagi. Dan ada 2 keluarga yang tengah bersiap sedia untuk bertolak menggunakan 2 biji bot... Ney trip ramai orang. Lepas diaorang bertolak kitaorang pun naik la ke atas untuk sesi makan-makan. Untungnya ada orang belanja...kekeke.. Ketua Pemuda UMNO Kemaman yang tolong bayarkan sekali untuk meja kitaorang.. Ingatkan dia nak bayar yang abah je sebab abah duduk semeja dengan diaorang.. hehe..

Lepas kitaorang siap makan-makan tidak semena-mena ribut pulak.. Nasib baik sempat naik ke darat.. Takut jugak dengan angin kuat macam tu still duk dalam bot mahu bergoyang gerudi kitaorang nanti. Kitaorang keluar dari Tasik Kenyir jam berapa ntah..lupa.. Lepas tu singgah dekat Sungai Ketiar tengok Gajah... Besar gajah babe.. sekali dia patahkan dahan pokok pisang tu berderau darah taw...  Yang ada dekat kandang 4 ekor...besar bukan main... Yang dalam hutan tu ada 2 ekor kot dengan gading panjang gile... Katanya, gajah2 ney gajah liar..Diaorang tangkap dan pelihara kat situ untuk dijadikan gajah jinak.. 
Agaknya kitaorang sampai time diaorang tengah makan kot sebab before pkl 4 tu ada sesi menunggang gajah.. Perghh... kenapa tak cakap awal-awal? Hihi...

Bermula la our journey di Felda Aring.. Baru bermula ke? Haah sebab sebelum tu jalan smooth je.. Ada sikit-sikit la rosak tapi masuk je Felda Aring ney rasa macam ada 10 brek kaki..Teruk bukan main lagi jalan tu.. Mana tak teruknya lori keluar masuk dengan lebihan muatan rasanya..Memang hancur punah la. Dalam masa 25 minit melalui jalan Felda Aring tu, Shiraz cuma tahan gelora je la... Senyap duk kat belakang. Dah tak terkata apa rasa dah mual semacam ney. Duduk picit hidung dengan tangkup mulut.  Shiraz memang tabik pada siapa-siapa yang hari-hari hadap jalan tu contoh macam Jiran belakang rumah Shiraz ney, Walid Tarmizi yang boleh dikatakan sebulan 2 kali dia balik Paka lalu jalan Felda Aring tu.. Alah bisa tegal biasa kan sebab dah hari-hari lalu. Shiraz yang first time lalu ney memang rasa beban la. 

Akhirnya, sampai la kitaorang dekat rumah maklong ehh cop orang terengganu mana ada maklong..Moklong ada la.. Sampai la kitaorang dekat rumah moklong... Dan berakhir la trip itu...



















Trip balik paka tak payah cerita  rasanya sebab jalan yang sama je cuma tak singgah mana-mana dah la... Gambar-gambar akan disusulkan kemudian sebab tak jumpa cari folder...Mana letak pun tak tahu la... Itu je la ceritanya untuk hari ney..