Tolong Hargai Kerja Kami

Photobucket

    Luahan ini bertentetan peristiwa semalam.. Bukan niat Shiraz nak burukkan atau mengata orang tapi setiap manusia mempunyai kesabaran sendiri kan. Main sekali dua tak pe lagi tapi dah acap kali. Hati mana yang tak geram dah marah. 

Umumnya, semalam hari menyambut Merdeka Raya 5533 di kawasan rumah Shiraz. Masing-masing sudah diserahkan tugas tapi ada yang menyibuk tak tentu pasal. Kitaorang siang ikan untuk buat laksa, siap dah rebus untuk keesokannya harinya tapi keluarga yang dipertanggungjawabkan untuk penyediaan tu tak nampak batang hidung. Tiba-tiba duk jaja laksa penang diaorang yang buat.  Mee sup yang penat lelah Cik Ja dan Kak Sah buat dari pagi hari pun dia kata dia yang buat jugak...Hakikatnya, datang duk gaya sana sini kita yang penat lelah diaorang yang dapat nama. Sah-sah la orang cakap masakan tu sedap kan...

Please la, tolong hargai kerja kami sikit boleh tak. Jangan la duk jaja makanan tu awak yg masak.. Pastu orang puji yg masakan tu sedap awak yang dapat nama.. Kami tukang masak ney terasa hati taw dengan tindakan awak tu. Datang menolong tidak!!! 

And tolong jaga kelakuan sikit boleh tak... Orang baru sudah siap masak awak dah hulur mangkuk ngan pinggan. Fikir sikit la kitaorg dah penat belum makan lagi pun pastu datang bawa mangkuk tanya mana masakan mak awak...Ooo please la jangan jadi hipokrit sangat boleh tak. Malas lah nak gaduh-gaduh ney tapi kalau main awak adik beradik memanjang dapat nama kami yang kat dapur ney macam kuli batak i don't  know to say... Tolong jaga hati dan perasaan kami sikit boleh tak... Please la ini bukan kali pertama taw dah berkali-kali tapi kitaorang ikut je.. Tapi, semalam memang kitaorang bengang yang amat.  Asyik kitaorang je nak kena melayan karenah awak anak beranak. Tolong la hargai kerja kitaorang sikit. Please okay!!!!