Sharbinee Ooo Sharbinee



Photobucket

Aksi perlawanan Terengganu menentang Kedah sabtu malam lalu sebenarnya masih menjadi tanda tanya bagi peminat2 Skuad Penyu.  Lepas satu kontroversi bertambah lagi kontroversinya kan.. Skuad Penyu sekarang ney dah macam hilang rentak..hilang power...hilang semangat...dan segalanya hilang. 

Kalau Terengganu di bawah penggalian Irfan Bakti dulu rasanya Terengganu tak de lah seteruk ney. Standard la mana2 pasukan akan ditukar jurulatihnya itu sebenarnya tidak membebankan tapi yang menjadi bertambah masalah sekarang ney Skuad Penyu dah hilang rentak permainan. 

Shiraz tak amek pusing kes Muslim dengan Ismail yang dikatakan membawa perempuan ke bilik hotel sbb berita tu tak de bukti yang sahih. Tapi, kes Sharbinee yang agak pelik ketika bermain Sabtu malam tu sebenarnya memang susah untuk dijangka. Macam2 andaian yang boleh dibuat antaranya mungkinkah Sharbinee dah diberi 'makan suap' oleh mana-mana pihak. 

Iyalah, bagi seorang penjaga profesional tindakan Sharbinee malam tu tak sepatutnya berlaku. Bukan setakat mengundang kontroversi tapi mengundang kemarahan la encik Sharbinee oii...

Disebabkan Skuad Penyu yang dah semakin hambar dalam perlawanan sekarang ney Shiraz pun dah naik hambar nak sokong. 

Shiraz harap kecurigaan Butler pada Sharbinee ataupun curiganya kita semua pada tindakan Sharbinee malam tu tak lah benar. Mungkin Sharbinee terlepas bola tu gol Kedah ke? Atau???? Entah la...

Apapun Encik Sharbinee, kalau betul la anda terlibat dengan gejala 'makan suap' ney saya harap berubah la... Kerajaan lagi mengurangkan gejala rasuah jangan pulak awak menambah ke arah rasuah. Jangan la sebab guruh di langit, air di tempayan dicurahkan. Memang la seronok asalnya dapat wang tambahan tapi lagi 'seronok' ke kalau ditangkap nanti.. Fikir2 la...

>>>Cinta Beralih Arah dekat Farizal Marlias boleh tak? Boleh la erk.. Apek dah Leuniey punya, Sharbinee hmm... Farizal single kah?