Review: Independence Day (Astro Prima

Photobucket

     Ada tak siapa-siapa yang menonton filem Independence Day yang disiarkan di Astro Prima tadi. Sebuah filem yang agak bagus sebenarnya terus membuat Shiraz melekat depan tv. Apa kata Shiraz review sikit pasal filem ney. Dah sedia semua.. Hihi 

Filem Independence Day ney berkisarkan sebuah kapal angkasa yang dipenghuni oleh makhluk asing menjejakkan kaki ke planet bumi.  Makhluk asing ney datang semata-mata untuk merosakkan dan memusnahkan bumi. Hari pertama kapal angkasa datang ke bumi, mereka melakukan provokasi ke atas askar-askar dan penduduk bumi. Disebabkan terdesak, pihak North American Aerospace Defense Command (NORAD) mula melancarkan serangan ke atas kapal angkasa. Makhluk asing ney terlalu bijak dan memasang perisai di sekeliling kapal dan setiap peluru yang dihantar tidak menembusi dinding kapal tersebut.
   Presiden America Thomas J. White mula mengarahkan penduduk di America Syarikat berpindah namun arahan tersebut gagal disebabkan kapal angkasa makhluk asing mula bertindak dalam masa 5 minit. Pengkaji kabel, David  Levinson mula mendapat signal dari statelit yang memberi isyarat bumi akan hancur dalam masa 7 jam. David Levinson bersama bapanya, Julius Levinson mula mencari bekas isteri David, Costance Spano yang bekerja sebagai orang kanan Presiden Thomas J. White. David Levidson memberitahu akan isyarat tersebut namun Setiausaha Pertahanan America, Albert Nimzicki mengatakan David sebagai orang gila. Akibat kesuntukan masa, General William Grey memaksa staf White House berpindah melalui helikopter tapi sayangnya hanya helikopter milik Presiden bersama  anaknya, Patricia, David dan Julius Levinson, Costance Spano, Albert Nimzicki, General William Grey, dan Major Mitchell sahaja yang berjaya melarikan diri.
Pusat pertahanan NORAD mula menghantar para askar untuk berperang dengan kapal angkasa tersebut malangnya hanya 1 daripada 8 jet pejuang yang dihantar terselamat daripada peperangan tersebut. Captain Steven Hiller bertindak mempergunakan salah sebuah jet makhluk asing untuk diperangkap dan jet tersebut musnah. Captain Steven membuka jet tersebut dan kelihatan makhluk asing seakan bentuk belalang dan sotong cedera. Captain Steven membawa makhluk asing tersebut bersama penduduk kampung yang melarikan diri ke Pusat Pertahanan di Rusia. Dr Braskich Okun yang sedang melakukan uji kaji tidak sempat untuk membaca fikiran makhluk tersebut yang disangkakan mati. Dr Okun dan pekerjanya mati dibunuh oleh makhluk tersebut. Dan ketika itu hanya Presiden Thomas J. Whitmore yang dapat membaca fikiran makhluk tersebut.

Apa terjadi lepas tu korang kena cari dalam Youtube tak pun tunggu ulangan dari Astro.... Macam-macam yang terjadi lepas tu. Dan memang cerita ney tahap filem yang bagus. Filem Independence Day dari tahun 1996.

Para Pelakon.

Bill Pullman - President Thomas J. Whitmore

Will Smith - Captain Steven Hiller

Jeff Goldblum - David Levinson

Margaret Colin
Margaret Colin- Costance Spano (isteri David Livenson)

Vivica A. Fox
Vivica Fox - Jasmine Dubrow (isteri Captain Steven)

Randy Quaid
Randy Quaid - Russel Casse ( Russel mengorbankan nyawanya  dengan meletupkan diri bersama misil yang dibawa dan memusnahkan separuh daripada kapal angkasa)

Adam Baldwin - Major Mitchell

Harvey Fierstein
Harvey Fiestein - Marty Gilbert ( Orang kanan President)

Judd Hirsch
Jidd Hirsch - Julius Levinson ( Ayah David Levinson)

Mary McDonnell
Mary Mcdonnell - First Lady Whitmore (isteri President)

Lisa Jakub
Lisa Jakub - Alicia Casse (anak Russel Casse)

Mae Whitman - Patricia Whitmore (anak President)

Harry Connick, Jr.
Harry Connick Jr - Captain Jimmy Wilder

Brent Spiner
Brent Spiner - Dr Okun

Robert Loggia
Robert Loggia - General William Grey

James Duval
James Duval - Miguel Casse

James Rebhorn
James Rebhorn - Albert Nimzicki (Setiausaha Pertahanan)

Giuseppe Andrews
Giuseppe Andrews - Troy Casse