Pejabat Pos Paka Main Boikot-Boikot???


Photobucket

Shiraz tak tahu siapa yang salah sekarang ney? Shiraz ke atau pejabat pos paka? Kalau Shiraz yang salah Shiraz minta maaf tapi Shiraz tak rasa Shiraz yang bersalah sekarang ney.. Shiraz pengguna! Shiraz ada hak untuk mempertikaikan mutu perkhidmatan kalau korang bekerja sekadar melepaskan batok di tangga. 

Shiraz tunggu barang dari 27/8/2012 namun satu khabar pun tak terima. Shiraz tunggu kad kuning, hijau, merah, purple dan segala warna bagi menandakan barang ada di pejabat pos tapi satu haram pun takde. Shiraz tunggu panggilan telefon pun sama. Dah macam tunggu bulan jatuh ke riba. Shiraz terpaksa la call kawan bgtaw yang barang tak sampai lagi. Tunggu punya tunggu bulan 9 dah... Kawan Shiraz call Pejabat Pos Terengganu tanya pasal barang tu. Dalam duk tunggu tu, Pejabat Pos Terengganu call Shiraz tanya no tracking ngan no ic. Jelas dan nyatanya, orang pejabat pos cakap dah ada di Paka.

Shiraz bergegas pergi pejabat pos Paka. Tanya no tracking. Diaorang jawab no tu tak sah. Dah pulak...Tak sah kut mana? Masa Shiraz dpt panggilan dari Terengganu no tu ada je kat situ. Dah kat Paka tak sah pulak.. Shiraz terpaksa call balik kawan tanya no tracking. Betul dan sama dengan no yang ada dalam data di Terengganu. Shiraz call balik Terengganu. Barang dah sampai 28/8/2012. Hari ney dah 3/9/2012..

Geram dah Shiraz masa tu... Baru la dapat panggilan dari Pejabat Pos Paka.. Siap marah kita balik kenapa buat aduan di Terengganu.. Malas nak bertekak lagi time tu pergi la pejabat pos Paka.. Dah bagi no ic dngn no tracking, siap sindir kita plak.. Lain kali jangan call Terengganu erk, apa2 masalah datang jumpa kita terus. Dah Shiraz pulak yang kena sindir..Ooo tak boleh jadi..Sape yang salah sekarang ney? Saya tunggu dari 28/8/2012 sampai hari ney tak dapat khabar berita, tunggu kad tak de, call pun tak de.. Tak pe la lain kali jangan call Terengganu.. Itu peristiwa yang berlaku seminggu yang lepas..

Ney kelmarin Shiraz dapat panggilan dari Pejabat Pos Dungun..Diaorang suruh tuntut barang dekat sana.. Kenapa Dungun? Mana Pejabat Pos Paka? Diaorang kata awak tak de kat rumah... Nampak sangat pembohong, 24 jam saya ada kat rumah...Saya check dalam website sepatutnya 4/9/2012 tu barang dah boleh sampai Paka.. Orang pejabat pos Dungun bagitaw mmg sepatutnya dah sampai Paka, tapi orang Paka yang tak terima barang ney...

Okay nampak kan...Diaorang tak nak hantar barang tu dekat rumah Shiraz lagi dah... Padahal baru beberapa hari kejadian pertama tu berlaku dah main boikot2 pulak.. Nampak sangat nak cari pasal ney.. Tak pe la alang-alang dah buat aduan kali pertama hari tu, boleh buat yang kali kedua plak.. Orang Pejabat Pos Paka tak nak hantar barang kat rumah saya lagi dah??? Ape cerita???