#Merdeka55 bersama Dato' Seri Najib Tun Razak



Photobucket

Tahniah buat rakyat Malaysia yang mengikuti Tweet bersama Pemimpin No 1 Negara kita...Siapa lagi kalau bukan Dato' Seri Najib Tun Razak. Walaupun Shiraz tak berpeluang berada di Stadium Nasional Bukit Jalil namun semangat  orang-orang yang menyambut dalam tv tu buatkan Shiraz semangat jugak. Huhu

Shiraz antara puluhan ribu orang yang menjayakan tweet Merdeka55 ney. Dari jam 8.15 sampai jam 9.15 Shiraz tweet menggunakan hashtag Merdeka55. Shiraz bangga tweet Shiraz berada dalam 3 611 323  juta tweet tersebut. Shiraz antara 10 128 orang yang menghantar tweet dalam masa sejam tu..Shiraz tak malu nak akui yang Shiraz berlumba-lumba menghantar tweet tersebut.

Shiraz nak ucapkan Tahniah buat 10 128 orang yang berjaya menghantar tweet kepada #Merdeka55 dan @NajibRazak. Tahniah kerana berjaya memecah rekod sebanyak 3 611 323 juta kiriman tweet. Dan tahniah kerana pengguna twitter semuanya bersemangat patriotik.

Sepanjang tempoh berlangsungnya Konsert Janji Ditepati malam tadi, berapa buah lagu yang masih bermain 
dalam kepala korang? Hmm..Shiraz masih lagi menyanyi bait-bait lagu "IM4U" yang direka oleh budak2 LimKokWing University. Banyak sebenarnya lagu-lagu Patriotik Pelajar LimKokWing yang segar bermain di ingatan Shiraz. 

Apapun, tahniah rakyat Malaysia.










(Antara Tweet yang Shiraz hantar)

Terima Kasih Dato' Seri Najib Tun Razak di atas pimpinan Dato' sepanjang tempoh ini. Dato' banyak mengubah nasib rakyat Malaysia. Walaupun masih ada yang mempertikaikan kebolehan Dato', perjuangan Dato' tapi kami masih mendokong dan menyanjung Dato' Seri sehingga ke titisan air kerana kita adalah Satu Malaysia. We'r for you, Dato' Seri. Terima kasih kerana meneruskan perjuangan pemimpin terdahulu.