Janganlah Jujur Sangat


Photobucket

     J.U.J.U.R,
Satu perkatan yang mudah dan senang untuk difahami namun kebanyakkan orang kita terlampau jujur sampai sesuatu perkara yang patut dijadikan privasi pun boleh dikongsikan dalam facebook..

Ada benda yang kita boleh kongsikan bersama rakan-rakan dalam facebook, dalam twitter.. Dan ada benda yang cuma kita je yang perlu tahu. Tak perlu nak kongsi kisah dalam selimut pada orang ramai, tak perlu kongsi setiap saat apa yang anda lakukan. Semua tu tak perlu. 

Sekarang ney dah menjadi satu trend. Apa je yang kita lakukan perlu dikhabarkan dalam facebook... Ooo please la, itu semua menjengkelkan sebenarnya. 

Tak salah untuk kita kongsikan sesuatu dalam tu tapi jangan lah jujur sangat sampai nak b***k pun nak tulis,  nak k*****g pun nak cakap, tak boleh bawa suami pergi event sebab suami kita hodoh.. Ooo apa ney.. Tak baik aibkan seseorang dalam facebook sampai sanggup tulis suami hodoh la dan apa-apa je...

Beringatlah ketika menggunakan facebook. Ada orang yang mungkin tidak puas hati dengan kita so dengan cara-cara macam tu je sebenarnya dia boleh memanipulasi sesuatu perkara. Ingatlah...