Saya Anak Malaysia!!!

Photobucket



Tanggal tiga puluh satu
Bulan lapan lima puluh tujuh
Merdeka, Merdeka, Tetaplah Merdeka
Ia pasti menjadi sejarah

Tanggal tiga puluh satu
Bulan lapan lima puluh tujuh
Hari yang mulia, Hari bahagia
Sambut dengan jiwa yang Merdeka

Mari kita seluruh warganegara
Ramai-ramai menyambut hari Merdeka, MERDEKA!!
Tiga satu bulan lapan, Lima puluh tujuh
Hari mulia negaraku Merdeka


(2x)

Merdeka, Merdeka, Merdeka....!
MERDEKA!!

Hari ney genap 55 tahun negara kita mencapai kemerdekaan. Baru 55 tahun kita bebas dari jajahan  berbanding beratus-ratus tahun dahulu ketika nenek moyang kita dijajah bangsa asing. Mencari erti kata MERDEKA.. dan Memperjuangkan nasib bumi malaya.. Tu sejarah terperit yang terpaksa mereka hadapi.

Tapi, anak muda hari ney agaknya dah lupa macam mana kesusahan dan penderitaan mereka tatkala hidup mereka diperkotak-katikkan oleh orang luar. Dijajah, diherdik, dihina, dimaki dan macam2 lagi. Susah untuk kita bayangkan macam mana penderitaan mereka. Sebab tu la setiap kali Merdeka, ramai penggiat filem cuba untuk menonjolkan kesusahan mereka melalui filem. Bermula dengan filem Leftenan Adnan, kemudian diikuti filem Paloh, Bukit Kepong, Embun, dan 1957 Hati Malaya. Semua filem2 ney cuba untuk memaparkan keperitan dan kesusahan zaman mereka mencari kemerdekaan.

Shiraz bersyukur menjadi anak selepas tahun kemerdekaan. Shiraz bangga menjadi Anak Malaysia. Hidup dalam bumi Malaysia yang penuh keamanan dan kemakmuran. Shiraz bangga berada di keliling pemimpin-pemimpin yang bersemangat waja. Dan Shiraz bangga mempunyai pemimpin yang berjaya mengekalkan keamanan Malaysia. Siapa yang tak bangga, babe? Ingat senang ke hidup zaman mengejar kemerdekaan? 

Hari ney kita menyambut kemerdekaan dengan hati girang walaupun masih ada pihak anasir luar yang cuba memporak-perandakan keamanan kita. Ya, Shiraz harus akui tatkala melihat video perhimpunan haram Bersih 3.0, Shiraz menjadi sedih dan benci melihat keangkuhan rakyat Malaysia yang masih tidak sedar, yang lupa diri di mana bumi kita berpijak. 

Apapun Shiraz bangga menjadi anak Malaysia... Ya, Shiraz Anak Malaysia. I'm proud to be a Malaysian!