Jangan Sekadar Berkongsi Tapi Tidak Memahami

Photobucket

Saban hari Shiraz perasan ramai yang post dan share dekat wall post dengan macam-macam info. Bagus sebenarnya yang rajin post dan share tu sekurang-kurangnya kita semua boleh menambah dan memperbaiki diri. Shiraz hormati dengan cara yang korang cuba sampaikan. Cuma, kadang-kadang Shiraz rasa terkilan apabila yang korang cuba sampaikan tu tak sama dengan diri korang. Hmm, bagaimana plak tu?


Ramai pengguna facebook yang post dan share pasal benda ney. Shiraz tak kata yang fakta tu tak bagus cuma orang yang mengirim dekat wall post tu je kena la tengok pada diri sendiri. Shiraz perasan orang yang post tu pun cakap tak serupa bikin. Tak praktikan dengan apa yang kita cuba sampaikan. 

Betul la kita orang yang tak sempurna. Shiraz tak kata diri Shiraz pun dalam keadaan sempurna sebab tu Shiraz tak gemar untuk share dan post mende2 ney sebab Shiraz sedar mana tahap kemampuan diri Shiraz.  Ada yang share hukum perempuan pakai baju ketat, lengan pendek, legging, cara pakai tudung tapi bila Shiraz tengok orang yang share tu pun 2x5. Shiraz agak bila diaorang dah post gitu, diaorang cuba untuk praktikkan tapi rupanya tidak.

Tidak salah sebenarnya untuk kita share dan post semua tu cuma kita kena nilaikan "eh, betul ke tidak apa yang aku post ney dengan diri aku?" Jangan main post dan share je tapi tak faham dengan apa yang kita share kan tu. Ramai yang macam tu sebenarnya, betul tak? 

Ini cuma pendapat Shiraz. Apa yang Shiraz tulis ney berdasarkan orang sekeliling kita. Shiraz cuma tergelak kecil bila tengok si tukang post tu lagi advance dari apa yang disampaikan. Tepuk dada fikir la sendiri.