Murahnya Nilai Seorang Perempuan

Photobucket



     Mana letak harga diri seorang perempuan sehinggakan amat mudah untuk ditukar ganti? Kadang-kadang Shiraz sedih melihat harga diri seorang perempuan yang dahulu nilainya amat mahal untuk dipermainkan cintanya tapi kini nilai itu seumpama membeli gula-gula di kedai.

Ada macam-macam jenis perempuan yang murah nilainya ini. Walaupun tidak sampai tahap menjual harga diri pada sang lelaki tapi masih sanggup memasang 2-4 orang lelaki ketika berhubungan. Masih sanggup menjadi peneman lelaki lain ke kedai walaupun jam pukul 12 tgh malam. Masih sanggup menumpangkan lelaki pulang ke kampung walaupun hanya sekadar teman tapi mesra. Atau dalam erti kata jenis 'mudah angkut'.

Ada yang jenis tidak segan-silu mempamerkan mahkota di badan ke dalam laman web dengan bermacam2 nilai harganya. Yang jenis ney memang Shiraz tak boleh nak fikir mana letaknya harga diri diaorg. Sedih bila tngok adik-adik yang masih muda belia sanggup tayang segala benda hanya sekadar untuk dapatkan duit nak beli kasut sempena hari raya... Arghh sungguh tak faham..

Kan, murahnya nilai seorang perempuan yang hanya sekadar dijadikan tempat permainan pada sang lelaki. Huhh... Lelaki..Sejahat-jahat lelaki akhirnya akan memilih perempuan yang mulia untuk dijadikan suri di hati dan meneruskan generasinya. Betul. Kalau dulu orang kata lelaki yang baik hanya untuk perempuan yang baik tapi sekarang lelaki yang jahat pun inginkan perempuan yang baik. Sebabnya, lelaki bila dia sudah berubah, insaf orang akan mudah melupakan tapi perempuan?

Bukan mudah untuk menjadi seorang perempuan..Kalau mahal sangat dikatakan sombong, murah sangat dikatakan gedik. Jadi, macam mana? Tepuk dada tanya la selera.