Mereka Bukan PENGEMIS!!!


Photobucket

   Ada yang masih rasa mood raya ke walaupun dah bermulanya minggu kerja dan minggu  sekolah? Masih berulang-alik sambil didendangkan lagu-lagu mood sedih di pagi hari? Masih bermalas-malasan di tilam empuk? Tu semua mood yang kita terpaksa hadapi kan.. Tapi, lain pulak dengan budak-budak miskin yang masih mencari duit raya walaupun terpaksa mengayuh basikal di tengahari panas terik... 

Rumah Shiraz antara rumah yang selalu dikunjungi budak2 dari kawasan Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) ney. Walaupun ada yang dah datang 3-4 kali, Shiraz still bagi duit raya. Walaupun diaorang ney datang dengan niat nak kumpul duit raya tapi bila Shiraz hidang air dengan kuih raya, habis diaorang minum dan makan.. Takde la semua balang kuih tu habis tapi sekurang-kurangnya diaorang hargai la jasa tuan rumah hidangkan air dan makanan buat diaorang.

Tapi, yang sedihnya bila diaorang pergi rumah jiran tetangga tak de seorang pun yang nak jawab salam. Please la diaorang bukannya penjual kain + ubat ke, diaorang bukannya orang yang jual penapis air... Diaorang cuma nak datang beraya. Berkali-kali diaorang bagi salam, tak tengerak ke pada pendengaran korang untuk layan diaorang sekejap. Mustahil la kalau tak dengar kecuali la ada telinga tapi sengaja dipekakkan. Sedih la Shiraz tengok sikap orang kita.  Kesian la dekat diaorang. Raya cuma setahun sekali je kan..Apa salahnya kalau hulurkan je duit raya dekat diaorang. Diaorang kalau dapat rm 1 bukan main seronok lagi. Tapi, anak2 kita ada ke macam diaorang. Siap complaint lagi pergi rumah besar tapi duit dapat rm 1 je.. Macam mana tu?


Tolong la diaorang walaupun cuma RM 1.

Cuba bayangkan kalau anak2 kita or adik2 kita macam diaorang..

Raya cuma setahun sekali!!!

  • Harap2 tak de la blogger2 yang berperangai macam dioarang erk... Kasihankanla diaorang erk..