Masih Belum Lupa...

Photobucket

Tengah duk leka melayan timeline tweet yang kecoh dek kerana Azwan Ali, mata terpandang pada new request friend dkt blog... Tapi, masa tu malas benar rasanya nak klik pada icon di blog tu..

Dan tatkala detik pukul 1:56 pagi ney baru la terasa nak tengok.. First Impression, wow!!!  I'm proud with you, girl...Good luck duk kat negara orang. Jaga diri dan jaga maruah... Siapakah dia??? Dia adalah gadis tinggi lampai yang Shiraz kenal masa di bumi Mekah Al-Munawarrah. 

.....................................................................................................................................................
(rewind kejap detik-detik perkenalan Shiraz dengan jemaah umrah dari Wira Saujana)

Shiraz masih ingat awal permulaan dan tibanya kami di bumi Mekah hubungan antara keluarga Shiraz dan beberapa keluarga jemaah yang sama agensi travel dari Malaysia tidak beberapa baik. Seingat Shiraz, waktu itu agak janggal untuk mengeluarkan kata-kata apatah lagi untuk mengukirkan senyuman. Kalau ikutkan Shiraz memang agak menyampah dan marah dengan pengurusan dari wakil Wira Saujana. Bila fikir-fikir balik, keluarga Shiraz saja ke yang mengalami nasib sebegitu? Adakah jemaah baru dari Wira Saujana yang pergi selepas rombongan kami mengalami nasib seperti yang terjadi pada keluarga Shiraz dulu? Adakah Wira Saujana kini sudah bertukar wajah dan pengurusan? 

Agak lama hubungan 'kejanggalan' itu berlaku. Sehingga suatu hari ada perjumpaan di musholla. Para jemaah dan beberapa orang mutawwif turut menghadiri perjumpaan itu. Tapi, ada sesuatu yang Shiraz agak kesal dan sehingga kini Shiraz kesal sebenarnya. Ada sebuah keluarga dan 'orang' yang bertindak sebagai wakil Wira Saujana yang mengakibatkan 'kesilapan kecil' sewaktu kami tiba di Mekah tidak menghadiri sama dalam perjumpaan itu. Yang sebenarnya Shiraz menantikan adakah dia dan keluarganya juga akan turut mengakui kesilapan seperti mana keluarga, keluarga jemaah dan mutawwif mengakui kesilapan yang berlaku itu.

Selepas perjumpaan itu baru la ada sedikit sinar senyuman dan tegur-menegur yang berlaku. Boleh tak korang bayangkan sepanjang berada di 'alam  kejanggalan' itu Shiraz dan keluarga cukup berasa tidak selesa?  Bolehkah korang bayangkan betapa kami berada di dalam keadaan 'serba-salah'? Bolehkah korang bayangkan betapa kami merasakan keadaan itu 'kerdil' buat kami?  Dan bolehkah korang bayangkan betapa kami rasa 'dipinggirkan'? 

Shiraz bersyukur sebenarnya sekurang-kurangnya hubungan kejanggalan itu masih dapat diperbaiki. Hubungan yang baru nak berputik itu tidak dapat disulamkan dengan lebih lama di kota Mekah. Agak sedih di situ. Namun, perjalanan yang memakan masa 6 jam dari Mekah ke Madinah itu sebenarnya yang berjaya memulihkan sedikit hubungan yang janggal itu. Baru dapat berkenalan, bersembang, dan bergurau-senda. 

Hari terakhir di Kota Madinah adalah hari terawal perkenalan yang indah itu. Baru tahu nama...umur...tempat  tinggal... Hihi kelakar kan. Tapi, hakikatnya itu yang berlaku. Baru berani nak amek gambar bersama. Dan itulah detik perkenalan Shiraz dengan gadis tinggi lampai yang Shiraz ingin ceritakan. Gadis bernama Syafua ini akhirnya berjaya menyambung pelajaran ke Beijing, China. Mujurlah dapat curik sedikit email facebook untuk terus kekal berhubungan. Hihi..

Perkenalan yang singkat itu akhirnya menjadi kenangan terindah dalam hidup Shiraz sebenarnya. Begitu juga hubungan antara Shiraz dengan mutawwif2 Wira Saujana.. Terima kasih ya Ustaz.

Dan hakikatnya Shiraz masih belum lupa akan kenangan itu......

>>Aisyah, Atikah, Anis, Syafua, dan Sara<<

>>Ustaz Ahmad Sarwani yang sentiasa komen di wall post facebook Shiraz<<

>>Jarang dapat bersembang dengan Ustaz Shuhaimi<<

>>Ustaz Nabil yang disangkakan Ustaz Don Daniyal sewaktu ketika..<<

>>rindu saat2 dalam bas macam ney<<

>>i miss this moment too<<

Sesungguhnya pertemuan itu masih segar di ingatan.....