Kenapa Lelaki Mudah Menumpangkan Perempuan?

Photobucket


Pernah tak suatu hari ada orang telefon kalian dan beritahu bapak korang atau suami korang prihatin menumpangkan anak dara atau mak janda? Apakah reaksi pertaman korang? Macam mana korang nak jawap soalan-soalan sindiran yang memecah gegendang telinga korang?

Secara ironi-nya memang la kan fitrah seorang lelaki tu mudah bersimpati untuk menumpangkan orang tak kira lelaki mahupun perempuan, tua atau muda berbanding dengan orang perempuan yang hanya memandang sekilas menggunakan cermin sisi. Dan sempat berkira-kira wajar atau tidak menumpangkan orang apatah lagi kalau orang yang melambai-lambai untuk ditumpangkan itu lelaki. Kebanyakan orang perempuan akan fikir menjaga hati sang pasangan untuk mengelakkan fitnah dan prasangka.

Tetapi, lelaki tidak pula berfikir seperti mana perempuan berfikir kan? Kenapa fikiran orang lelaki tak sama dengan perempuan? Bukan la maw 100% sama tapi kenapa orang lelaki tak fikir macam mana kalau orang lain nampak walaupun sekadar menumpangkan tidakkah perkara itu akan disampaikan pada isteri dan anak-anak di rumah?

Shiraz penat untuk memikirkan kenapa lelaki begitu baik hati untuk menumpangkan orang apatah lagi kalau orang tu perempuan? Wahai sang lelaki, adakah jawapan buat ku untuk soalan tersebut? Kalau ada pun korang akan jawab "kesian tengok jalan kaki". Dah yang selama ney pi kerja jalan kaki kenapa tiba-tiba nak menumpang plak... Kan?? Kalau perempuan mesti setuju dngan jawapan Shiraz kan?

Kenapa Shiraz bangkitkan perihal ney? One day kawan baik Shiraz call dia bagitaw dia gaduh dengan suami dia. Shiraz macam shock sekejap sebab before this Shiraz taw dia dngn husband hubungan macam mana.. So, Shiraz tanya dia apa cerita sampai gaduh-gaduh ney. Kawan Shiraz ney bgtaw yang husband dia tumpangkan anak dara umah hujung pi kerja dah dekat sebulan baru dia taw minggu lepas itu pun bila ada orang bagitaw kat dia. Kawan Shiraz tanya pada si suami dan jawapan dia "kesian tengok jalan kaki". Kawan Shiraz ney punya la angin satu badan tanya lagik kenapa tak pernah beritahu? Husband dia jawap "L.U.P.A" Kalau Shiraz berada di tempat Sha pun Shiraz geram jugak bila husband jawap Lupa sedangkan dah dekat sebulan menumpangkan si perempuan tu. Shiraz tak tahu nak nasihat apa. So, panggilan telefon tu hanya dipenuhi dengan maki-amun pada si suami dia.
Tapikan, beberapa hari yang lepas plak Shiraz pula yang terkena bila ada kawan Shiraz call "Rajinnya bapak kau hantar ***** kerja?" Shiraz dah terdiam tak tahu nak jawap apa masa tu.. Lama jugak la Shiraz fikir nak beri jawapan apa. So, dengan tidak semena-mena Shiraz pun jawap la " alaa takpe la ***** tu kan sebaya aku je, duk depan umah aku jugak. Anak-anak je dengan bapak aku." Jawapan selamat la konon. Then, kawan Shiraz cakap ape  "iya la kalau ***** tu boleh la anak2, kalau bapak kau tumpangkan orang lain?"
Part soalan tu Shiraz memang tak tahu nak jawap apa? Shiraz just teringat dekat Sha dengan suami dia.. Kalau Sha tak boleh nak hadapi masalah dia dengan suami, Shiraz macam mana plak nak hadap abah Shiraz tu? Shiraz call Sha tanya mcm mana dengan masalah dia. Dia dngn mertua dah jumpa budak perempuan tu. Dah marah2 pun bapak mertua dia pun dah marahkan2 si suami. Okay la kurang2nya Sha dapat peluang untuk marah2 dan Shiraz? Shiraz nak marah siapa sebenarnya?

Nampak tak situasi dekat atas tu? Mende remeh bagi lelaki tapi sebenarnya menyakitkan hati kaum wanita, betul tak? Pernah tak korang hadapi semua ney? Shiraz nak tanya pada kaum adam, kalau isteri korang tumpangkan lelaki pi kerja apa kata korang? Yang pastinya kalau isteri korang tumpangkan lelaki korang pandai pulak akan cakap "tak malu dekat orang ke?" atau " tak fikir ke perasaan saya?" Tapi, lelaki pernah tak fikir perasaan perempuan???